Canva membantu anda memberi tanggapan pertama yang menakjubkan apabila orang penting dalam industri anda melihat profil anda di Google Plus. Gunakan alat reka bentuk kami yang amat ringkas untuk mencipta muka depan Google Plus yang profesional, yang akan menyerlahkan profil anda dalam kalangan yang terbaik!

Berikan tanggapan pertama yang berkekalan

Alatan design (atau reka bentuk) percuma Canva membolehkan anda mengemas kini Profil Google Plus anda dengan kerap dengan mencipta design banner yang menarik dengan mudah. Pilih daripada pilihan susun atur yang direka secara profesional dan sesuaikannya dengan imej, fon dan warna yang tepat mengikut kesukaan anda.

Dengan jutaan pengguna aktif pada Google Plus, Canva boleh membantu anda memberikan tanggapan pertama yang hebat dan menonjol antara yang terbaik.

Cukup mudah untuk mencipta Banner Google Plus yang mengagumkan dalam Canva

  1. Buka Canva dan pilih jenis design “Banner Google Plus”
  2. Pilih daripada ratusan susun atur yang direka bentuk dengan profesional
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
  4. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks
  5. Simpan dan kongsikan

Sesuaikan Banner Google Plus anda dalam 4 langkah yang mudah

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon baharu.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Koleksi susun atur terbaik pada web

Canva ialah alatan design seret dan lepas percuma yang memudahkan anda membuat design banner Google Plus. Kumpulan pereka bentuk kami yang hebat sentiasa mengemas kini pustaka susun atur kami yang anda boleh gunakan secara percuma. Pilih susun atur kegemaran anda dan ubah imej, fon dan warna untuk mencipta banner Google Plus yang menarik.

Tiada proses format imej yang rumit

Antara rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter dan Pinterest, pasti sukar untuk anda mengekalkan dimensi imej yang tepat bagi setiap rangkaian. Semua susun atur kami diformatkan terlebih dahulu mengikut saiz optimum bagi setiap rangkaian. Oleh itu, banner Google Plus anda akan sentiasa kelihatan menarik tanpa sebarang pengubahan saiz imej yang rumit.

Gunakan imej premium atau muat naik imej anda sendiri

Pemilihan imej yang tepat adalah penting untuk membuatkan banner Google Plus anda kelihatan profesional dan menonjol. Selain memuat naik imej anda sendiri dengan percuma, Canva memberi anda capaian kepada lebih 1 juta imej, grafik dan ilustrasi premium. Kebanyakan imej ini adalah percuma, manakala selebihnya hanya berharga $1 satu. Ini membolehkan anda mencipta grafik profesional dengan kos yang jauh lebih rendah daripada mengupah pereka.

Soalan Lazim

Bolehkah saya menggunakan Canva pada telefon atau tablet saya?

Ya! Muat turun aplikasi iPhone dan iPad kami dari App Store atau aplikasi Android kami dari Google Play untuk mereka bentuk dari pejabat, rumah atau di mana-mana sahaja!Ataupun pergi ke www.canva.com untuk mencipta reka bentuk di web tanpa perlu memuat turun atau memasang apa-apa.

Bagaimanakah saya boleh menambahkan penjenamaan syarikat saya pada banner Google Plus saya?

Cipta cover Google Plus yang mudah dicam dengan memuat naik logo anda, menggunakan palet warna jenama anda dan fon yang konsisten.

Adakah saya boleh menyunting banner Google Plus saya selepas menyimpannya?

Kami mahu anda menghasilkan banner Google Plus anda yang cukup sesuai. Anda boleh menyunting dan menyimpan banner anda mengikut kesukaan anda.