Bentangkan maklumat dan idea melalui pengelola grafik yang merangsang secara visual dengan Canva.

Cipta pengelola grafik yang menarik dan mudah difahami dalam masa beberapa minit

Pengelola grafik ialah cara hebat untuk pelajar menunjukkan pengetahuan mereka tentang topik tertentu kerana ia memerlukan mereka menunjukkan perhubungan dan kaitan antara idea umum dengan topik yang lebih khusus. Sebaliknya, pengelola grafik juga merupakan alat mengajar yang hebat terutamanya kepada pelajar yang mempunyai ketidakupayaan pembelajaran dan lebih tertarik dengan pembelajaran visual dan pemikiran.

Sebagai pendidik, anda boleh menggunakan Canva untuk mencipta pengelola grafik yang direka bentuk dengan baik sendiri untuk kegunaan dalam bilik darjah atau sebagai alat bantuan mengajar. Tidak begitu yakin dengan kemahiran mereka bentuk anda? Tiada masalah!Tidak kira tahap reka bentuk anda, koleksi templat dan alatan seret dan lepas Canva akan menjadikan mereka bentuk satu proses yang menyeronokkan dan mudah, jadi anda boleh kembali melakukan perkara yang menjadi kepakaran anda — menginspirasikan serta membentuk pemikiran!

Mereka Bentuk Pengelola Grafik dalam Canva hampir tidak memerlukan usaha.

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk pengelola grafik anda sendiri.
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan Pengelola Grafik anda menurut keperluan anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami dengan lebih 1 juta foto, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks anda untuk menghasilkan gaya tambahan.

Jangan risau tentang susun atur dan reka bentuk, tumpukan kepada kandungan anda sahaja

Tidak tahu bagaimana untuk bermula atau tidak pasti bagaimana rupa pengelola grafik? Jangan takut! Pustaka susun atur Canva yang mengagumkan boleh membantu anda bangkit dan mereka bentuk segera. Pilih daripada pelbagai jenis pengelola grafik, merangkumi semua jenis topik akademik. Perlukan sesuatu yang lebih khusus? Tiada masalah! Gunakan templat sebagai titik permulaan, kemudian sesuaikan dengan alatan seret dan lepas kami serta pustaka grafik, bentuk, ikon dan banyak lagi. Tukar fon dan warna reka bentuk anda atau tambah, keluarkan atau tukar kedudukan elemen dan garisan untuk mencipta pengelola grafik yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda.

Tambah imej, foto atau ilustrasi ke pengelola grafik anda

Ilustrasi dan imej boleh ditambah kepada reka bentuk anda untuk menjadikannya lebih menarik serta kreatif. Melalui Canva, anda mempunyai akses kepada pustaka media yang besar mengandungi foto dan grafik percuma serta premium. Dengan beberapa klik dan seret dan lepas, anda dengan mudah boleh mengubah saiz foto, mewarnakan semula vektor dan menempatkannya di kedudukan yang anda mahu pada reka bentuk anda.

Anda juga boleh memuat naik imej dan lakaran anda sendiri ke dalam Canva secara percuma. Pergi sahaja ke tab Muat Naik, klik butang "Muat naik imej anda sendiri" berwarna hijau dan pilih mana-mana fail JPEG, PNG atau SVG dari peranti atau komputer anda. Selepas dimuat naik, imej disimpan secara automatik ke folder Muat Naik anda, sedia untuk digunakan semula dalam reka bentuk anda yang seterusnya.

Gunakan reka bentuk pengelola grafik anda sebagai templat

Selalunya, satu reka bentuk pengelola grafik boleh digunakan semula untuk mengilustrasikan topik atau idea lain. Jika anda telah mencipta reka bentuk pengelola grafik yang ingin anda gunakan semula sebagai templat, anda cuma perlu membuat salinannya dan mengedit semula agar sesuai dengan topik baharu anda. Buka reka bentuk anda dari laman Canva, kemudian klik Fail, Buat Salinan. Anda boleh membuat sebanyak mungkin salinan reka bentuk anda mengikut keperluan anda.

Anda juga boleh mengakses dan mengedit reka bentuk anda di mana-mana sahaja kerana aplikasi Android dan iOS kami. Tambah Canva ke peranti iPhone, iPad dan Android anda dengan memuat turunnya secara percuma dari App Store dan Google Play.

Soalan Lazim

Bagaimanakah saya boleh memformat teks pada reka bentuk pengelola grafik saya?

Anda boleh mengedit teks anda dalam pelbagai cara untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan reka bentuk anda. Menggunakan alatan teks, anda boleh menukar jenis, saiz, warna, penekanan, penjajaran, jarak huruf dan kelutsinaran fon. Anda juga boleh menukar teks anda menjadi senarai peluru atau bernombor.

Perubahan dilakukan pada semua teks dalam kotak teks. Untuk melaksanakan mana-mana perubahan di atas, pilih kotak teks yang ingin anda edit dan klik opsyen format yang ditemui dalam alat teks.

Adakah Canva mempunyai imej percuma yang saya boleh gunakan?

Ya! Pustaka stok pelbagai kami merangkumi lebih 1 juta stok imej, grafik dan ilustrasi. Kebanyakan imej ini adalah percuma,dan imej premium hanya berharga sekadar $1.

Penggunaan imej anda sendiri adalah percuma 100%. Setelah anda memuat naik imej dalam Canva, anda boleh menggunakan imej tersebut mengikut kesukaan anda.

Bagaimanakah ciri design usaha sama berfungsi dalam Canva?

Kadangkala anda mungkin perlu meminta maklum balas daripada rakan guru anda. Di sinilah fungsi kolaboratif Canva berguna.Untuk berkongsi reka bentuk pengelola grafik anda dengan rakan sekerja yang mungkin dapat membantu dengan reka bentuk, hanya klik butang Kongsi pada bar alat editor dan jemput mereka untuk mengedit reka bentuk melalui e-mel atau terus hantar pautan kepada mereka. Pastikan anda telah memilih opsyen Boleh edit sebelum menghantar.

Lebih banyak reka bentuk untuk guru