Pilih design profesional yang berkualiti tinggi dan siapkan poskad perniagaan anda dalam sekelip mata. Membuat poskad di Canva adalah mudah dan PERCUMA.

Hasilkan poskad bisnes yang anggun dan mudah menarik perhatian

Katakanlah hujung minggu lepas anda bertemu sekumpulan ahli perniagaan dan bertukar-tukar kad bisnes Mungkin anda hanya teringat satu atau dua orang dalam majlis itu. Jangan biarkan jalinan rangkaian hujung minggu tersebut terbazir seperti itu! Pastikan kenalan anda mengingati anda dengan mencipta dan menghantar poskad bisnes menggunakan Canva!

Kami memudahkan anda mereka bentuk poskad bisnes hasil karya anda sendiri agar anda boleh membuat susulan, memberikan tanggapan yang berkesan dan terus berhubung. Tanpa mengira jenama atau gaya anda, jangan berlengah — mulakan buat design!

Mereka bentuk poskad bisnes yang canggih hanya dengan beberapa klik

  1. Buka Canva dan pilih jenis design "Poskad".
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan poskad bisnes agar sepadan dengan jenama anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Cipta poskad bisnes yang mudah diingati dengan koleksi imej berkualiti tinggi kami yang mengagumkan

Berikan tanggapan yang melebihi panggilan telefon — pastikan poskad bisnes anda mudah diingati! Muat naik dan tambah gambar produk, logo atau senyuman positif anda terus ke dalam mana-mana susun atur kami yang menarik. Kemudian, tambah maklumat perhubungan sahaja supaya telefon anda tidak putus-putus berdering.

Adakah poskad anda kekurangan sesuatu? Cari dalam koleksi besar kami yang mengandungi lebih 1 juta foto, imej dan unsur design stok— untuk menyampaikan mesej anda — walau apa jua perniagaan anda, daripada jualan wafel kecil-kecilan sehinggalah insurans hayat, kami pasti mempunyai bahan untuk menjadikan poskad bisnes anda bertambah menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk berhubung dengan orang

Canva ialah kawan baik ahli perniagaan yang banyak berjalan. Sama ada anda berada di rumah, pejabat atau ke tempat kerja, anda boleh mengedit reka bentuk anda di mana-mana sahaja dengan mengakses Canva dalam talian atau memuat turun aplikasi iOS dan Android percuma kami.

Kami menyimpan semua karya anda pada awan, agar design anda tersedia pada bila-bila masa anda memerlukannya.

Anda turut boleh bekerjasama bersama rakan sekerja dengan berkongsi poskad perniagaan anda dan membenarkan mereka menyesuaikannya. Kongsikan sahaja reka bentuk anda dan tandakan kotak yang membenarkan orang lain mengedit. Sesiapa sahaja yang anda pautkan boleh membuka, mengedit dan menggunakan poskad perniagaan anda untuk menjalin hubungan dan meraih pulangannya.