Biarkan Canva membuat pengiklanan anda boom! Buat iklan anda dan jana minat pelanggan anda dengan mereka bentuk poskad mel terus melalui Canva. Daftar dan guna.

Pasarkan syarikat anda dengan poskad mel terus

Tiada cara yang lebih baik dan lebih mesra untuk menyampaikan mesej anda daripada menghantarnya melalui mel. Berhubung dengan jiran anda tentang bisnes, acara atau perjuangan setempat anda dengan menghantar poskad mel terus yang menarik perhatian dan direka bentuk menggunakan Canva! Gabungkan dengan penggunaan susun atur bergaya dan pustaka luas kami yang mengandungi lebih 1 juta foto dan imej stok. Anda pasti akan mencipta design menarik yang kelihatan lebih menyerlah daripada semua mel sarap yang membosankan itu. Dalam hanya beberapa minit, anda akan menghasilkan mel terus yang akan menarik pelanggan.

Hasilkan poskad mel terus yang menawan melalui beberapa klik sahaja

  1. Buka Canva dan pilih jenis design "Poskad".
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan poskad mel terus anda untuk mempamerkan jenama anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Hias poskad mel terus anda dengan pustaka kami yang mengandungi imej berkualiti tinggi

Setelah anda memilih susun atur poskad untuk bermula, anda boleh menambah imej jenama atau produk sendiri serta-merta, dan tampalkan ayat dan perkataan anda yang tersusun cantik. Akan tetapi, bukan setakat itu sahaja! Tambahkan sedikit gaya daripada koleksi imej berkualiti tinggi kami, yang sedia untuk diseret dan lepas ke dalam design anda. Cari dalam pustaka luas kami yang mengandungi lebih 1 juta foto, imej dan unsur design stok untuk mendapatkan imej yang padan dan menyerlahkan penampilan naskhah iklan anda. Dengan banyak imej tersedia secara percuma dan imej premium hanya berharga sekadar $1, anda boleh menyebarkan berita tanpa terlebih belanja.

Promosikan produk atau acara anda melalui media sosial

Adakah anda mahu mempromosikan perkhidmatan penghantaran sarapan yang anda usahakan pada laman web yang popular? Poskad mel terus anda juga kelihatan indah pada skrin! Hanya dengan beberapa klik, anda boleh berkongsi poskad mel terus anda ke Twitter, Facebook atau ke peti masuk e-mel sesiapa sahaja. Adakah anda sedang mempromosikan perkhidmatan sarapan itu dalam tujuh bahasa yang berbeza? Bahagikan tugas dan bekerjasama! Anda boleh membuat pendua poskad mel terus dan menghantar design anda kepada orang lain untuk disesuaikan mengikut komuniti dan keperluan mereka. Hanya klik butang “Kongsi” kemudian tandai kotak untuk membolehkan orang lain menyunting design anda, seterusnya e-melkan poskad anda kepada penterjemah. Dengan antara muka kami yang mudah digunakan, poskad anda akan tersedia dalam bahasa Cina dan Tamil dengan cepat!