Tatal ke bawah untuk mula mencipta imej tersuai bagi kedai Etsy anda dan semua keperluan sosial anda dalam masa beberapa minit.

Sediakan kedai anda agar mudah ditemui dengan mencipta ikon kedai dan foto kulit yang meraikan gaya unik jenama anda. Dengan visual yang betul, anda boleh mendapat tarikan kedai fizikal dan menghubungkan produk yang dibuat dengan cantik dan dipilih secara teliti kepada pengguna yang tepat.

Cipta reka bentuk percuma yang tersuai untuk foto kulit dan ikon kedai Etsy anda

Beri pembeli-belah inspirasi dan wakili jenama anda

Gunakan alat reka bentuk Canva untuk mencipta imej yang menyerlahkan keunikan item anda dan menggambarkan identiti tersendiri jenama anda.

Kami tahu identiti jenama yang kuat adalah penting kepada kejayaan perniagaan Etsy anda. Penjenamaan kedai anda mestilah unik, menginspirasikan dan mudah diingati kerana ia mewakili kedai anda di seluruh pasaran Etsy.

Pembeli-belah dari seluruh dunia datang ke Etsy untuk membeli barangan unik yang tidak dapat ditemui di tempat lain. Mereka mencari item dari kedai-kedai Etsy yang membolehkan mereka meluahkan personaliti unik dan pilihan mereka yang tersendiri. 

Gambarkan perkara yang menjadikan anda diri 'anda' di media sosial

Foto yang anda kongsikan di media sosial harus menyerlahkan keunikan item anda dan menggambarkan pandangan tersendiri jenama anda. Media sosial ialah alat yang baik untuk memperkenalkan kedai anda — lakukan dalam cara yang betul dengan menggabungkan kisah kreatif dan gambar produk menarik anda menjadi beberapa grafik media sosial yang boleh dikongsi.

Mencipta reka bentuk dalam Canva adalah mudah

  1. Buka Canva dan pilih templat kedai Etsy atau templat sosial
  2. Muat naik foto anda sendiri atau pilih daripada ratusan templat yang direka bentuk secara profesional
  3. Laraskan imej anda, tambah penapis yang menarik dan edit teks
  4. Simpan dan muat turun reka bentuk anda, kemudian kembali ke kedai Etsy atau saluran sosial anda untuk memuat naiknya!

Canva adalah percuma dan mudah digunakan—anda dapat mengakses imej, grafik dan ilustrasi berkualiti tinggi yang akan membantu anda membina jenama kukuh yang menggambarkan diri anda. Kebanyakannya adalah percuma dan yang tidak percuma harganya hanya $.

Anda juga boleh memuat naik dan memperibadikan imej anda sendiri dengan menambah teks serta menyesuaikan fon dan warna.

Edit reka bentuk anda sekerap yang anda mahu

Anda tidak perlu bermula dari awal setiap kali anda mencipta reka bentuk baharu di Canva. Setiap kali anda mencipta reka bentuk, ia akan disimpan ke laman utama Canva anda. Malah anda boleh mengakses reka bentuk anda pada peranti mudah alih anda dengan menambahkan Canva ke peranti iPhone, iPad atau Android anda. Muat turun aplikasi kami secara percuma dari App Store dan Google Play.

Reka bentuk percuma dan profesional

Tiada bayaran dikenakan untuk menggunakan platform Standard Canva. Anda boleh memuat naik dan mereka bentuk dengan imej anda sendiri secara percuma. Anda juga dapat mengakses pustaka Canva yang mengandungi lebih daripada sejuta imej stok, ikon dan ilustrasi profesional premium dan percuma yang boleh anda gunakan dalam reka bentuk anda. Imej premium berharga AS $ setiap satu dan anda hanya perlu membayar apabila anda menerbitkan reka bentuk anda.

1742_canva_partnership_logo-lock-up-03_rgb-2