Beritahu keluarga dan kawan anda bahawa kehadiran mereka sangat bermakna kepada anda dengan menghantar kad perkahwinan yang diperibadikan secara dalam talian.

Cipta kad perkahwinan dalam talian yang sebagaimana sempurna seperti upacara perkahwinan anda yang akan datang

Hari istimewa ini hanya berlangsung sekali seumur hidup, dan oleh itu, ia layak mendapat layanan istimewa baginya. Anda sedang melangkah ke peringkat hidup baharu dan mahu meraikan acara istimewa ini bersama orang yang terdekat dalam hidup anda.

Tandakan tarikh hari istimewa anda menggunakan Canva — kami mempunyai ribuan grafik dan imej berkualiti tinggi serta templat yang direka secara profesional untuk membantu anda mereka bentuk pengumuman tarikh perkahwinan dalam talian yang paling dikenangi kemudian untuk dihantar kepada rakan, keluarga dan orang tersayang yang anda mahu kongsikan acara penting ini. Pada dasarnya, anda, pasangan anda dan cinta antara anda berdualah yang paling penting pada hari itu!

Sesuaikan kad perkahwinan dalam talian anda dalam sekelip mata

  1. Buat akaun baharu dalam Canva untuk memulakan design kad Tarikh Perkahwinan atas talian anda.
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan kad simpan tarikh anda dengan mudah untuk mencerminkan hari istimewa anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Cipta design kad perkahwinan sekali seumur hidup untuk hari istimewa anda

Memberitahu orang tersayang tentang acara sekali seumur hidup anda sememangnya memerlukan pelbagai bentuk usaha — perhatian dan penelitian perlu diberikan pada setiap perincian. Dengan Canva, anda mempunyai banyak kebebasan dalam mereka bentuk pengumuman khas ini untuk hari istimewa anda: Anda boleh memilih untuk menggunakan foto percintaan anda sendiri bagi Kad Tanda Tarikh Perkahwinan agar lebih peribadi dan semuanya 100% percuma! Atau anda turut boleh menggunakan mana-mana daripada 1 juta imej, grafik dan ilustrasi berkualiti tinggi Canva, yang sebahagiannya percuma, serta imej premium hanya berharga $1 setiap satu.

Pilih daripada templat kad perkahwinan dalam talian profesional sedia cipta yang berkualiti tinggi

Sama ada anda mahu kolaj foto terperinci anda bersama pasangan, pengumuman berbunga yang seringkas cetakannya atau idea unik yang sukar dibuat oleh orang lain selain anda, anda tidak perlu mengupah pereka bentuk profesional; templat Kad Perkahwinan Canva yang menawan telah dihasilkan dengan menarik oleh pasukan pereka bentuk kami yang mahir. Ia memberi anda design serupa yang mengagumkan, yang hanya anda boleh mengubah dan menyesuaikannya mengikut cita rasa peribadi anda, menambah imej, teks, grafik dan kesan pilihan anda. Lagipun, sememangnya anda patut mendapat segalanya yang anda mahu untuk hari istimewa anda seperti yang inginkan!

Simpan kad perkahwinan anda dalam Canva untuk penyuntingan atau kegunaan semula masa depan

Anda perlu bergegas ke sesi mencuba baju pengantin sedangkan anda belum melengkapkan design (atau reka bentuk) anda? Atau, jangan-jangan, tarikh perkahwinan yang anda umumkan telah berubah? Jangan risau! Canva membolehkan anda menyimpan design anda untuk kegunaan masa depan. (Dan jika anda tidak tahu jenis design yang dikehendaki, lihat halaman idea kad tarikh perkahwinan dan idea kad jemputan perkahwinan kami.)

Tambahan pula, anda tidak perlu bermula daripada asas jika anda ingin mencipta Kad Perkahwinan yang berlainan bagi orang tersayang yang berbeza-beza! Setiap kali anda mereka bentuk di Canva, reka bentuk itu akan disimpan ke halaman utama anda, yang boleh anda akses pada bila-bila masa yang anda mahu. Malah anda boleh mengakses dan mengedit reka bentuk anda di mana-mana sahaja dengan adanya aplikasi iOS dan Android percuma kami. Kemudian, hanya seret dan lepaskan imej, teks dan efek baharu untuk versi alternatif reka bentuk anda atau buat reka bentuk serba baharu terus. Mudah sahaja, bukan?

Kongsikan kad perkahwinan anda pada laman web anda atau siarkan pada halaman media sosial anda

Adakah anda ingin memuat naik kad perkahwinan kepada blog anda; atau menerbitkannya dalam rangkaian dalam talian anda melalui media sosial? Semua itu boleh dilakukan menggunakan butang "Kongsi" Canva yang tangkas!

Selepas mereka bentuk dengan sepenuh hati, hanya pilih butang Kongsi dan pilih sama ada untuk menghantar kad temu janji yang telah disimpan melalui emel atau siarkannya terus ke media sosial anda—atau keyakinan berganda dan lakukan kedua-duanya. Itu sahaja! Anda kini telah memberitahu kenalan anda tentang hari istimewa anda.