Canva Bukan untuk Keuntungan

Persatuan Leukemia & Limfoma sendiri menghasilkan komunikasi pemasaran sedia cetak dengan Canva

Daripada satu templat, pasukan mencipta reka bentuk yang serupa untuk setiap platform media sosial menggunakan butang Ubah Saiz Ajaib. Ini lebih mudah berbanding mencipta semula setiap reka bentuk untuk setiap saluran dalam talian. Untuk pasukan yang kekurangan masa, setiap saat amat berharga.

Perihal Persatuan Leukemia & Limfoma

Leukemia & Lymphoma Society berusaha di seluruh Amerika Syarikat, mengumpul dana untuk mengubati leukemia, limfoma, penyakit Hodgkin dan 'myelome'. Kempen mereka turut berjuang untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit dan keluarga mereka. Ellen O'Connor ialah pakar kempen untuk cabang LLS yang merangkumi negeri Connecticut, serta rantau New York di Westchester dan Hudson Valley. Ellen mencipta kandungan untuk kempen pengumpulan dana, membangunkan komunikasi untuk rangkaian penderma dan penaja mereka.

Pasukan LLS menggunakan reka bentuk buatan Canva untuk pengedaran di media sosial.

Canva untuk sesiapa sahaja

Pasukan LLS menggunakan reka bentuk buatan Canva untuk diedarkan pada saluran media sosial dan surat berita e-mel mereka. Cabang serantau Ellen berhubung dengan ribuan penyokong untuk setiap kempen. Kumpulan tersebut telah menggunakan Canva selama lebih setahun, tetapi baru sahaja menerima naik taraf bukan untung kepada Canva Pro.



“Kami tiada individu khusus untuk mengendalikan pemasaran dan komunikasi, jadi kami memerlukan alatan yang mudah dan cepat untuk digunakan,” ujar Ellen. “Canva membantu saya menghasilkan imej berkualiti dan sedia dicetak dengan cara yang menjimatkan masa dan ringkas. Saya sukakan ciri yang membolehkan saya memilih templat prabuat untuk grafik yang perlu dihasilkan dengan cepat, atau yang boleh mereka bentuk sesuatu daripada asas untuk penampilan yang lebih tersuai."

Tanda petikan
“Sangat bagus untuk mempunyai alat yang begitu mudah untuk digunakan semasa menghasilkan komunikasi untuk mempamerkan acara akan datang, berterima kasih kepada sukarelawan dan penderma, dan berkongsi berita dengan penyokong!”

Ellen O’Connor

PAKAR KEMPEN LLS

Ringkasan

Ellen sedang menggunakan Canva Pro untuk mengumpul bahan untuk kempen Lelaki & Wanita Tahun Ini LLS. Beliau teruja tentang imej muka depan yang tekal untuk acara Facebook yang boleh menyampaikan maklumat penting dengan cepat. Kit Jenama Canva Pro membantu Ellen dan kumpulannya membangunkan identiti visual merentasi media sosial.



“Canva Pro sememangnya alat yang hebat kegunaannya untuk mencipta imej cantik tergabung dan kemas untuk mempromosikan acara akan datang,” kata Ellen. “Ubah Saiz Ajaib ialah ciri yang banyak menjimatkan masa saya. Bagus sekali apabila dapat melaraskan saiz imej dengan pantas berbanding memulakannya semula."



Daripada satu templat, Ellen mencipta reka bentuk yang serupa untuk setiap wadah media sosial menggunakan butang Ubah Saiz Ajaib. Ini lebih mudah berbanding mencipta semula setiap reka bentuk untuk setiap saluran dalam talian. Untuk pasukan yang kekurangan masa, setiap saat amat berharga.

"Akhirnya, Canva Pro menjimatkan masa saya, meninggalkan lebih banyak masa untuk memberikan tumpuan pada memajukan misi kami," kata Ellen.

Ciri-ciri yang Disebutkan

Brand Kit

Keep your branding consistent with brand kits you can apply to any piece of content.

Easy design platform

Easy design platform

Premium content

Access 75 million+ photos, audio videos and graphics

Templates

420,000+ professional templates to choose from

Canva untuk pasukan

Lihat cara Canva boleh membantu perniagaan anda

Untuk penyelesaian Perusahaan, minta tunjuk cara.