Dalam akaun MDWA masing-masing, pasukan ini kini boleh berkongsi logo, warna dan imej khusus jenama. Keseluruhan pasukan MDWA yakin bahawa sebarang reka bentuk yang dihasilkan dalam Canva Pro akan dipaparkan dalam talian sama seperti yang mereka ingini.
Distrofi otot ialah gangguan saraf yang mengakibatkan kemerosotan kekuatan dan fungsi otot. Keadaan genetik ini, dalam 70 variasinya, menjejaskan 20,000 orang Australia. Muscular Dystrophy Western Australia mengutip dana untuk penyelidikan, menyediakan perkhidmatan untuk pesakit dan menyara keluarga mereka. Brianna O'Donnell ialah Pengurus Komunikasi MDWA. Beliau menyelaraskan kandungan dalam talian dan menggalakkan kesedaran tentang Distrofi Otot. Brianna dan pasukan MDWA menggunakan Canva Pro untuk mempromosikan acara Ride For Someone Who Can’t, iaitu cabaran tahunan bagi basikal bukit mereka.
Pasukan MDWA mempromosikan acara "Ride for Someone Who Can’t".
Brianna O’Donnell
Pengurus Komunikasi MDWA
Para peserta bermandi peluh dalam acara maraton basikal bukit sejauh 40km atau 100km sebagai sebahagian daripada acara 'Ride For Someone Who Can’t'. Kempen #rfswc2015 berjaya mengumpul kurang sedikit daripada $90,000 yang akan membantu warga Australia Barat yang mengalami Distrofi Otot. Brianna percaya bahawa reka bentuk baharu buatan Canva ini telah menjadikan usaha pengumpulan dana mereka berkesan. Bagi pasukan kecil MDWA, cabaran terbesar ialah membuat kandungan visual dengan cepat, sambil memastikan reka bentuk kreatif dan segar.
“Canva telah banyak membantu kami dalam jangka masa yang pendek”, kata Brianna. "Kami boleh menyiapkan kiriman facebook atau sepanduk dengan beberapa klikan dan reka bentuk tersebut menjadi arah aliran. Kelebihan tambahan ialah walaupun anda menggunakan salah satu reka bentuk yang bukan percuma, harganya jauh lebih murah berbanding tapak stok yang lain.
Sebagai organisasi bukan untung, MDWA menerima naik taraf percuma kepada Canva Pro. Dalam akaun masing-masing, pasukan ini kini boleh berkongsi logo, warna dan imej khusus jenama. Brianna mengaku yang beliau menyukai ciri Ubah Saiz Ajaib baharu. Dengan satu klikan, beliau boleh mereplikakan mana-mana reka bentuk dengan serta-merta untuk disesuaikan dengan spesifikasi saiz setiap platform media sosial. Keseluruhan pasukan MDWA yakin bahawa sebarang reka bentuk yang dihasilkan dalam Canva Pro akan dipaparkan dalam talian sama seperti yang mereka ingini. “
Canva Pro telah membantu kami bekerja dengan lebih cekap dan berjimat,” kata Brianna. "Dalam pasukan kecil kami, apabila kami mengadakan acara berturutan dalam usaha meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana, hal itu amat penting. Saya tahu bahawa kami hanya mencari lebih banyak kegunaan untuk Canva, lebih banyak cara untuk menjadi kreatif dan memaksimumkan jangkauan kami."
Kit de marca
Mantenha a consistência do seu branding com Kits de Marca que podem ser aplicados a qualquer conteúdo.
Plataforma de design fácil de usar
Plataforma fácil de design
Conteúdo premium
Aceda a mais de 75 milhões de fotos, áudios, vídeos e elementos gráficos
Templates
Mais de 420 mil templates profissionais para escolher
Untuk penyelesaian Perusahaan, minta tunjuk cara.