Reka carta organisasi untuk syarikat atau organisasi anda secara percuma dengan pembuat dalam talian Canva.

organizational-chart

Sertakan panduan visual dalam struktur syarikat anda

Carta Organisasi merupakan gambar rajah struktur hierarki syarikat atau organisasi anda. Carta Organisasi adalah alat yang mempunyai maklumat yang mungkin merupakan carta ringkas yang terdiri daripada kotak teks yang mengandungi nama atau jawatan yang dihubungkan dengan garisan bagi menunjukkan hubungan atau terdapat sesetengah organisasi yang menambah foto ahli mereka atau imej bagi menunjukkan bahagian yang berbeza.

Dengan Canva, anda boleh mereka bentuk carta organisasi yang berkualiti profesional anda sendiri secara percuma tanpa perlu mendapatkan khidmat pereka grafik. Ia boleh dilakukan dengan mudah dengan cara memilih daripada templat dan susun atur yang tersedia yang dihasilkan oleh pasukan pereka kami dan seterusnya menyuaikan templat hingga sempurna dengan alat reka bentuk Canva yang tidak hanya hebat tetapi juga mudah digunakan.

Hasilkan carta organisasi dalam Canva dengan beberapa langkah mudah ini:

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk Carta Organisasi anda sendiri.
  2. Pilih templat dan klik pada kotak teks untuk mula menyuaikan carta anda.
  3. Sesuaikan perincian seperti warna dan fon.
  4. Pilih daripada rangkaian menarik elemen graf kami seperti bingkai, bentuk dan garisan.
  5. Simpan dan kongsi.

Tambah imej atau ikon dalam reka bentuk anda

Cara yang hebat untuk menjadikan carta organisasi anda lebih peribadi adalah dengan menambah foto pekerja atau ahli anda dalam carta. Dengan Canva, anda boleh memuat naik seberapa banyak imej yang anda mahu secara percuma Ia hanya semudah dengan menyeret dan menjatuhkan fail imej dari komputer anda ke dalam Canva. Sebaik sahaja dimuat naik, imej akan disimpan di dalam akaun anda dan boleh digunakan dan diguna semula sebanyak mana yang anda perlukan. Anda juga boleh menggunakan ikon atau ilustrasi untuk menunjukkan pelbagai bahagian atau pasukan. Hanya pergi ke tab elemen dan klik pada “Ikon” untuk mencari pustaka media Canva yang hebat. Jika terdapat sebarang penstrukturan semula atau perubahan dalam kakitangan, reka bentuk carta organisasi anda boleh dikemas kini dengan mudah untuk memaparkan perubahan tersebut.

Suaikan warna untuk menunjukkan identiti jenama anda

Mengedit dan memilih warna dalam Canva semudah beberapa klik sahaja. Hanya klik pada alat pemilihan warna untuk memilih mana-mana rona dari spektrum. Tukar warna kotak atau garis penyambung ke bahagian kod warna atau ikut panduan penjenamaan dan gunakan pelet anda sendiri dengan memasukkan kod heks warna yang spesifik.

Bekerjasama dengan pasukan atau jabatan yang berbeza

Menyiapkan carta organisasi untuk konglomerat besar atau kumpulan dengan ahli yang berselerak di seluruh dunia boleh jadi mencabar jika dibuat seorang diri, jadi apa kata minta pasukan anda untuk membantu? Sebagai platform dalam talian, memang mudah untuk bekerjasama dengan pasukan dalam Canva. Klik sahaja pada kongsi, tandakan kotak yang akan membenarkan orang lain mengedit reka bentuk anda dan hantarkan pautan kepada mereka. Mereka akan dapat mengakses dan menambahkan edit mereka sendiri pada reka bentuk itu dari mana-mana sahaja di seluruh dunia, pada mana-mana komputer, peranti iPhone, iPad atau Android.

Cetak Carta Organisasi anda dalam Resolusi Tinggi

Sebaik sahaja anda selesai mengedit dan mengumpulkan input, anda boleh memuat turun reka bentuk anda yang telah siap sebagai PNG atau PDF resolusi tinggi dan cetak reka bentuk anda dalam resolusi terbaik untuk digunakan di mana-mana sahaja yang anda perlukan. Atau, anda boleh menghantar reka bentuk anda melalui e-mel kepada pasukan anda dengan mengklik butang kongsi. Hanya salin dan tampal dari buku alamat anda dan hantarkannya secara terus dari Canva.