Persembahan data anda dengan mudah dengan pembuat carta pai dalam talian percuma Canva.

Jadikan data anda kelihatan menarik dan mudah difahami

Misalnya jika anda mahu menunjukkan bahagian pasaran perniagaan anda atau melihat produk yang terlaris. Selain menunjukkan nombor dan kategori secara rawak, tukarkan data anda menjadi carta pai yang menyampaikan maklumat penting dengan mudah.

Hanya tambahkan nilai dan kategori anda ke dalam jadual data dan biarkan Canva menghasilkan carta untuk anda. Sesuaikan warna, pilih fon dan ubah saiz serta pilih skala untuk carta anda supaya sesuai dengan mana-mana slaid mahupun dokumen. Dengan ciri seret dan jatuh yang mudah serta pustaka elemen grafik yang hebat, anda mempunyai semua yang diperlukan untuk menghasilkan reka bentuk menarik di hujung jari anda.

Bina carta pai mengikut keperluan anda dengan beberapa langkah mudah ini:

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk Carta Pai anda sendiri.
  2. Pilih daripada pustaka templat dan carta kami yang menakjubkan.
  3. Bina graf anda dengan menambah label dan nilai dan kemudian sesuaikan butiran seperti warna dan fon.
  4. Pilih daripada rangkaian carta elemen kami yang menarik, seperti bingkai, bentuk dan garisan.
  5. Simpan dan kongsi.

Tambah dan edit data anda dengan hanya beberapa klik

Mula membina carta pai anda dengan memasukkan nilai dan kategori anda ke dalam Canva. Jadual yang mengandungi nilai lalai akan dipaparkan apabila anda mengklik butang “Data”. Anda boleh mengedit nilai tersebut satu per satu atau salin dan tampal dari fail sedia ada.  

Tambahkan label dan sertakan peratusan

Sertakan label dan peratusan atau nilai dalam carta pai supaya data anda lebih mudah difahami oleh pembaca anda. Gunakan alat teks Canva untuk mencipta label data dan pilih daripada lebih seratus fon yang tersedia untuk menyuaikan label data dengan dokumen atau format reka bentuk anda.

Bekerjasama dengan pasukan dan akses reka bentuk anda pada bila-bila masa

Dengan Canva, anda tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa program ke komputer anda. Semuanya dalam talian sepenuhnya dan reka bentuk anda disimpan pada awan, jadi anda boleh mengakses serta mengemas kini pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, dari mana-mana komputer, peranti iPhone, iPad atau Android anda. Adakah sesiapa dalam pasukan anda yang mempunyai nombor yang anda perlukan? Minta input mereka dengan memberi mereka akses ke salinan reka bentuk anda yang boleh diedit. Hanya klik kongsi, tandakan kotak semak yang memberi mereka kebenaran untuk mengedit dan hantar mesej atau e-mel pautan kepada mereka.

Sesuaikan warna dan pilih skala atau ubah saiz carta pai anda dengan mudah

Gunakan alat pemilihan warna Canva untuk memilih rona yang sesuai dan membezakan setiap bahagian pai anda. Masukkan kod heks warna atau pilih daripada roda warna. Mahu menambah carta pada laporan atau persembahan? Anda boleh mengubah saiz atau memilih skala untuk reka bentuk anda dengan mudah bagi menyuaikannya dengan mana-mana halaman atau slaid. Hanya seret pada penjuru untuk menyuaikan saiz.