Perjalanan Canva bermula sejak 2007 sewaktu Melanie Perkins belajar di University of Western Australia. Melanie mengajar pelajar tentang cara menggunakan atur cara seperti InDesign dan Photoshop — atur cara yang sukar dipelajari dan lebih sukar lagi untuk digunakan.

Selepas mendapat buah fikiran tentang alatan dalam talian untuk mencipta buku tahunan sekolah, Melanie dan pengasas bersama Canva, Cliff Obrecht, memohon pinjaman dan membawa masuk pasukan teknikal yang hebat untuk membina Fusion Books. Mereka tidak begitu tahu apa yang mereka ceburi tetapi mereka bersyukur kerana dapat belajar banyak perkara—merangkumi cara menjual, cara mengambil pekerja dan cara membina perniagaan.

Fusion Books masih terus kukuh. Syarikat ini kini menjadi penerbit buku tahunan sekolah yang terbesar di Australia dan telah berkembang ke Perancis dan New Zealand. Melanie dan Cliff percaya teknologi mereka mempunyai kegunaan melangkaui pasaran buku tahunan dan mereka tahu yang mereka mesti meneruskan wawasan mereka.

Melanie dan Cliff hanya memerlukan seperkara lagi iaitu pengasas bersama teknologi yang hebat. Agak lama juga mereka mencari sebelum menjumpai Cameron Adams, seorang pengguna Google tegar, yang telah mengusahakan Wave dan beberapa projek lagi. Beliau mempunyai wawasan dan kebudayaan yang sama seperti mereka berdua, dan kini beliau merupakan Ketua Pegawai Produk di Canva.

Canva mempunyai pasukan pereka bentuk, pembangun, artis, pemasar, pelabur dan penasihat yang hebat. Mereka datang dari tempat yang tidak dijangka: ada yang meninggalkan pekerjaan terdahulu, ada yang meninggalkan syarikat yang baru dibangunkan, malah ada yang memendekkan tempoh lawatan mengelilingi dunia untuk menyertai pasukan di Canva.

Perjalanan ini cukup luar biasa setakat ini, dan itu baru permulaan buat kami!

Mulakan membuat reka bentuk sekarang di Canva.com.