Mereka bentuk lencana yang anda boleh sematkan dengan perasaan bangga dan memakainya semasa acara penting anda yang akan datang.

Anda tidak akan memulakan perbualan dengan, "Helo, nama saya..." jadi, mengapa lencana anda pula yang perlu sedemikian? Serlahkan diri dalam kalangan orang ramai melalui lencana tersuai yang hebat dan direka bentuk dalam Canva. Tidak perlu bersusah-payah memperkenalkan diri anda di acara dengan adanya lencana yang memperkenalkan diri anda!

Kami mempunyai banyak susun atur dan pemegang teks yang sedia untuk diubah menjadi lencana acara yang sesuai dengan nama samaran anda terpampang padanya. Malah, anda boleh mengeksport lencana anda dengan mudah sebagai PDF untuk dicetak secara profesional. Bukankah itu sesuai sekali dijadikan sapaan anda?

LP_Lencana_Screenshot

Buat grafik lencana untuk meraikan pencapaian atau mempromosikan jenama anda

Adakah anda mengelola acara, pertandingan atau menganjurkan parti hari jadi? Lencana ialah item serba guna yang memudahkan lagi langkah pengenalan dan keraian. Cetak dan sematkan pada baju dengan bangganya atau kongsikan dengan semua rakan anda!

LP_Lencana_01
LP_Lencana_02

Dapatkan sumber lencana media sosial daripada pustaka ikon kami dengan mudah

Pustaka foto stok kami yang mudah dicari ini dipramuat dengan ikon media sosial kegemaran anda, jadi anda boleh letak terus ke dalam design (atau reke bentuk) lencana anda sendiri. Berikan tema kepada lencana media sosial anda untuk dipadankan dengan design anda yang selebihnya supaya anda kekal pada jenama atau mengekalkan nada riang yang tekal.

Jenamakan lencana anda dengan logo, warna dan banyak lagi

Lencana memberikan tanggapan pertama. Tambahkan penjenamaan tersuai untuk mewakili perniagaan anda dengan bersemangat di acara anda yang seterusnya. Buka design Canva anda yang terdahulu untuk meminjam imej, warna dan fon demi mencipta lencana yang sedia dibawa ke dewan pameran.

LP_Lencana_03
PemangkasImej_LP_04

Sematkan lencana anda untuk tujuan yang baik

Lencana mempunyai ciri istimewa yang menjadikannya sempurna untuk menimbulkan kesedaran jenama dalam suatu acara. Sebarkan maklumat untuk kebajikan tempatan atau gerakan antarabangsa dengan mencipta lencana yang memudahkan orang lain berkongsi dan menunjukkan sokongan mereka.

Benarkan orang lain menyunting lencana anda

Sebarkan lencana anda dengan lebih meluas dengan membenarkan orang menyunting design anda untuk disesuaikan dengan laman web, penerbitan atau muka kedai mereka sendiri. Hanya klik pada butang kongsi dan tandai kotak supaya sesiapa sahaja boleh meminda latar lencana anda, menyesuaikan warna atau membuat apa-apa sahaja yang diperlukan oleh mereka untuk memaparkannya dengan sempurna. Kami akan turut mengendalikan pengehosan.

LP_Lencana_05