Dapatkan Cara Crop Foto Yang Profesional

Cuba alat memangkas imej di Canva yang mudah digunakan untuk memangkas mana-mana foto kepada saiz yang anda inginkan bagi mengimbangi reka bentuk dan mencantikkan foto anda.
crop
PemangkasImej_LP_01

Pangkas foto untuk mengadun penyusunan anda

Apakah sebenarnya pemangkasan? Pemangkasan ialah pengalihan keluar bahagian foto untuk mengubah saiznya. Terdapat banyak cara untuk menggunakan pemangkas imej kami: anda boleh memangkas foto supaya bentuknya sepadan dengan seluruh reka bentuk anda, atau anda boleh memangkas untuk mengubah fokus dan penyusunan foto. Digabungkan dengan pustaka imej kami yang luas, pemangkasan ialah cara terbaik untuk mencipta pelbagai imej dan tanggapan yang berbeza.

Klik dua kali pada mana-mana imej untuk memangkasnya dengan cepat dan mudah

Klik dua kali pada mana-mana foto atau pilih foto tersebut dan klik butang “Pangkas” dan kami akan melukis kotak di sekeliling bahagian yang akan dipangkas. Ubah saiz atau skalakan foto anda dan kawasan pangkasan dengan menarik penunjuk di penjuru kawasan tersebut, kemudian klik tanda semak apabila selesai. Pemangkas imej kami sangat pintar: ia akan memangkas selaras dengan unsur reka bentuk lain untuk menjajarkan reka bentuk anda dengan sempurna. Anda tidak perlu risau akan kehilangan data — jika anda mahu memangkas foto tersebut lagi, anda akan melihat seluruh foto asal, sama seperti kali pertama membuatnya.

PemangkasImej_LP_02
PemangkasImej_LP_03

Mulakan projek anda dengan satu daripada grid reka bentuk kami yang mengagumkan

Anda tidak perlu memeningkan kepala lagi memikirkan hal pemangkasan! Kami menawarkan banyak alat untuk memastikan foto anda dipangkas dengan sempurna setiap kali anda memangkasnya. Jika anda mahu reka bentuk yang mempunyai banyak foto dihimpunkan, cuba mulakan projek baharu menggunakan grid reka bentuk. Klik pada ikon “Grid” dalam anak tetingkap carian, kemudian pilih satu daripada reka letak grid kami yang banyak itu. Kemudian, seret dan lepaskan imej ke dalam kotak grid kosong dan kami akan memangkas imej tersebut untuk anda. Tidak perlu bersusah payah, tidak perlu memeningkan kepala.

Cuba gunakan bingkai dalam semua jenis bentuk yang menyeronokkan untuk memangkas foto anda

Ingin mencuba beberapa pemangkasan beraneka ragam dengan bentuk hati, lengkungan dan Q keriting? Dengan Canva, anda boleh mencipta reka letak buku skrap yang comel berbingkai! Hanya klik “Bingkai” dalam anak tetingkap carian dan tatal lalu bingkai segi empat tepat yang lazim untuk mempamerkan pilihan luas bingkai berseni kami, yang sedia untuk digunakan pada foto anda. Tambahkan bingkai tersebut pada reka bentuk anda, seret foto ke dalamnya dan kami akan memangkas foto anda mengikut bingkai, walau apapun saiz atau bentuk bingkai tersebut.

PemangkasImej_LP_04
PemangkasImej_LP_05

Ubah suai setiap imej yang dipangkas dengan alat pemangkas kami

Artis yang hebat tidak akan berpuas hati sehingga setiap coretan berus ditempatkan pada tempat yang sepatutnya. Malah apabila anda menggunakan grid reka bentuk atau bingkai, Canva menyerahkan tugas kepada anda: untuk melaraskan pemangkasan sebarang foto secara manual, pilih kotaknya dan klik "Pangkas". Kemudian skalakan dan ubah suai imej anda sehingga anda mendapat hasil terbaik daripada foto itu. Anda juga boleh cuba memangkas gambar yang sama dengan pelbagai cara untuk memberikan sentuhan mozek kepada reka bentuk anda.