Efek Bingkai Foto

Lengkapkan Sebarang Foto Dengan Sebuah Bingkai Yang Mengagumkan Dalam Canva
frame
Terokai bingkai yang mengagumkan dalam Canva

Pilih bingkai untuk disesuaikan dengan mana-mana reka bentuk

Paparkan koleksi foto kami dengan membuka anak tetingkap carian dan mengklik ikon "Bingkai" bagi memuatkan halaman demi halaman bingkai yang anda boleh gunakan dengan mana-mana foto — sama ada anda memilih daripada koleksi imej stok kami yang luas atau memuat naik foto anda sendiri. Malah kami turut mengubah saiz dan memangkas foto anda secara automatik untuk dimuatkan dalam bingkai anda.

Perkukuhkan reka bentuk anda dengan pembingkaian kreatif

Bingkai ialah alat reka bentuk yang berkuasa untuk memberi penekanan pada foto anda dan mengawal ruang antara foto dan unsur lain dalam reka bentuk anda. Gunakan bingkai untuk membezakan secara jelas foto dengan imej latar dan tekstur, atau cuba uji dengan warna dan ruang untuk menyerlahkan reka letak anda dan menyorot pandangan penonton.

Terokai bingkai yang mengagumkan dalam Canva
Terokai bingkai yang mengagumkan dalam Canva

Jangan gunakan yang bersegi sahaja! Cuba gunakan bingkai berbentuk

Canva menyertakan banyak jidar berbentuk kotak, tapi ada lagi yang lebih menyeronokkan! Kami juga ada timbunan bingkai yang funki serta berbentuk luar biasa untuk menyerlahkan sebarang subjek. Daripada bulatan kepada bentuk bintang dan kepingan susun suai gambar (jigsaw), biarkan bingkai kami yang pelbagai bentuk ini membantu anda memangkas dengan kreatif!

Dapatkan inspirasi dengan bingkai berkonsep tinggi

Pernahkah anda berdiri di hadapan sebuah bingkai yang cantik di dalam kedai kraf dan membayangkannya terletak pada dinding anda? Kadangkala sebuah bingkai yang sangat bergaya boleh mencetuskan idea hebat dan kami menawarkan banyak bingkai seperti itu untuk dipilih. Dapatkan gaya noir dengan bingkai foto Polaroid kami atau rakamkan detik sentimental dengan mencipta halaman seperti buku skrap.

Terokai bingkai yang mengagumkan dalam Canva
7

Letakkan bingkai untuk menjana reka letak sedia untuk digunakan

Bingkai bukan sekadar sentuhan terakhir sahaja, bingkai juga boleh menjadi asas untuk reka bentuk anda. Cuba gunakan bingkai untuk merancang susun atur anda sebelum foto anda siap. Adakah anda sedang menyediakan bentangan majalah dan mahukan salinan yang tepat? Letakkan bingkai dan tambahkan gambar kemudian! Anda juga boleh membuat susun atur untuk menu, risalah dan banyak lagi, semuanya sedia untuk menerima foto anda dengan hanya beberapa klik. Mereka bentuk di mana-mana sahaja mudah dilakukan, dengan adanya aplikasi percuma iOS dan Android Canva.