Tidak pernah semudah ini untuk bermula dengan pengaburan foto. Anda boleh cuba menggunakan ciri pengaburan foto pada mana-mana foto daripada pustaka kami atau daripada muat naik anda. Pilih foto, kemudian klik "penapis" dan "pilihan lanjutan". Gelangsar ke kanan untuk mengaburkan foto, dan ke kiri untuk menajamkan foto.
Pengaburan bukan sahaja untuk menyerupai dunia indah jarak dekat. Terdapat pelbagai cara untuk menyerlahkan reka bentuk anda dengan sedikit pengaburan. Gerakkan gelangsar anda perlahan-lahan untuk melihat kesan pengaburan. Kaburkan landskap untuk menyuntik kualiti awang-gemawang khayalan atau tambahkan sedikit kabur pada potret untuk memberikan kesan kios foto.
Latar berwarna rata sesuai untuk buku telefon dan dokumen DMV. Dalam kata lain, membosankan. Cuba gunakan foto dengan kekaburan tinggi sebagai latar untuk memberikan tekstur dan sentuhan organik pada reka bentuk anda atau gunakan foto kabur untuk membangkitkan tema reka bentuk anda. Imej kabur pemandangan laut, garis langit bandar dan sudur hutan yang setiap satunya mempunyai palet warna jelas yang anda boleh gunakan sebagai latar reka bentuk anda.
Walaupun berlabel “Kabur”, gelangsar kabur boleh berfungsi lebih daripada itu: gerakkan gelangsar kabur ke kiri dan ia menjadi alat penajam. Penajaman foto membantu menyerlahkan edge antara warna, meningkatkan definisi dan merupakan cara yang terbaik untuk memproses tangkapan yang berada di luar fokus.
Luahkan kreativiti anda! Alat kabur mempunyai pelbagai kegunaan selain mencomotkan kanta metafora. Gunakan kabur bersama kesan lain dan unsur reka bentuk untuk mencipta pelbagai jenis rupa dan gaya. Kaburkan foto dan jadikannya telus untuk kesan tera air atau gabungkan kekaburan yang amat tinggi bersama beza jelas tinggi untuk menyerupai cahaya terang. Terdapat banyak cara untuk menggunakan alat kabur bagi mencetuskan inspirasi anda.