Penapis Foto Pelbagai Efek (Photo Filter Effect)

Tambahkan Kesan Foto Najam Untuk Menghasilkan Gambar Yang Indah dan Mengagumkan
photo-enhancer
LP_FotoFX_01

Gunakan penapis foto yang lembut dan aneh

Kami mempunyai banyak penapis foto untuk dipilih bagi pelbagai majlis. Pilih penapis "Rosie" untuk penghasilan umpama dibaluti bunga ros, sempurna bagi pasangan kekasih dan detik-detik manis bercinta. Atau cuba penapis "Retro" untuk kesan vintaj yang diinspirasikan daripada buku skrap yang menjadi kegilaan sekarang. Anda boleh mengklik lewa semua penapis kami untuk melihat penapis terbaik yang boleh memberikan hasil menawan. Jika salah satu penapis kami tidak begitu menarik, usah bimbang! Hanya klik "Normal" dan foto anda akan kembali kepada yang asal, seperti baharu.

Jadikan imej anda kelihatan menonjol dengan penapis foto yang menyerlah

Penapis foto kami bukanlah semuanya comel dan biasa dilihat — kami turut mempunyai banyak penapis foto yang misteri dan menggoda! Cuba penapis "Nordic" kami untuk memberi foto anda penampilan yang sejuk, seperti merenung merentas Lautan Baltic atau menikmati waktu pagi di San Francisco. Pilih penapis "Epic" untuk menaikkan seri warna foto anda dan berikan graviti dengan warna beza jelas serta suntikan retro. Penapis "Street" kami boleh memberi gambar anda pemberat hitam putih dengan sedikit warna kusam dan vignet tebal. Kami mempunyai penapis foto untuk setiap ragam perasaan!

LP_FotoFX_02
LP_FotoFX_03

Memperkenalkan gelangsar kabur

Ingin menghapuskan sudut kasar dan cela? Jadikan foto anda mengasyikkan dan lembut dengan gelangsar kabur. Hanya pilih foto anda dan buka tetingkap penapis, kemudian klik “pilihan lanjutan” untuk mendedahkan khazanah gelangsar penyunting foto. Alihkan gelangsar kabur ke kanan untuk mengaburkan foto anda dengan perlahan-lahan. Anda boleh nampak foto menjadi semakin cantik semasa gelangsar digerakkan. Teruskan menggelangsar sehingga setiap ketulan dan bonjolan kelihatan lembut, kekuningan dan glamor.

Tambahkan kesan hitam dan putih yang menawan

Mahukan foto anda kelihatan lebih Ingrid Bergman daripada Natalie Portman? Suntik foto anda dengan gaya lama berasap dengan menukar foto anda kepada warna hitam putih yang menawan! Daripada pandangan penapis, seret gelangsar penepuan ke kiri untuk menghilangkan warna daripada gambar anda. Seterusnya, berikan imej anda kesan penuh filem hitam putih, laraskan gelangsar kecerahan dan beza jelas untuk memberikan garisan terang dan bayang kuat pada foto anda.

LP_FotoFX_04
LP_FotoFX_05

Tukar rupa dan rasa imej anda dengan ketepuan dan seri warna

Warna menerangkan segala-galanya tentang ragam perasaan foto itu. Kami menyediakan alat dan ciri untuk menyerikan warna dan seri foto anda. Daripada tetingkap penapis, gerakkan gelangsar ketepuan ke kanan untuk memperkaya warna agar warna merah bertambah merah dan biru bertambah biru. Keseluruhan palet warna foto anda boleh diubah dengan gelangsar seri warna. Contohnya, beri foto anda seri warna jingga untuk menjadikannya ala musim panas dan disinari mentari atau beri foto anda seri warna biru untuk kelihatan selesa dan santai.