Gunakan efek vignet pada foto anda dengan Canva untuk memberikan warna dramatik pada tangkapan anda atau menerapkan gaya retro.

Adakah anda pernah menjumpai foto lama yang semua orang berbaju tradisional dan berlatarkan bangunan lama? Pasti anda berasa nostalgia dan mengenangkan masa silam, dengan kesan foto lama yang cantik dan membangkitkan ingatan. Kini anda juga boleh membuat foto dengan kesan itu.

Tidak perlu menghabiskan wang untuk kamera vintaj yang memberikan kesan foto retro. Tambahkan efek vignet foto pada mana-mana imej dengan penapis vignet kami!

Gunakan vignet dalam Canva

Canva membawa vignet digital ke era media sosial

Efek vignet merupakan kesan beransur-ansur gelap yang berbentuk bulatan pada sisi gambar. Dalam bidang fotografi filem, efek vignet ialah hasil sampingan kamera murah yang tidak dapat melindungi cahaya sepenuhnya daripada menembusi kamera. Kini, anda boleh mendapat efek yang sama dengan mengklik "Penapis" pada mana-mana foto dan melaraskan gelangsar vignet. Efek vignet boleh memberi gambar anda pelbagai mood yang berbeza atau meningkatkan komposisi anda.

Gunakan vignet dalam Canva
Gunakan vignet dalam Canva

Gunakan penapis vignet untuk kenangan masa lampau

Anda boleh mula mengenali efek dan unsur vignet bermula sekarang. Anda boleh menggunakan efek vignet dengan mengerakkan gelangsar sedikit ke kanan untuk menjadikan foto anda antik. Teruskan mencuba-cuba dengan semua gelangsar kami sehingga foto anda kelihatan benar-benar retro. Penapis yang lembut adalah sesuai untuk menambah foto masa silam pada design (atau reka bentuk) anda atau menggabungkan subjek klasik dan moden.

Gabungkan foto vignet dengan imej skala kelabu untuk menyerlahkan tona gelap

Gabungkan penapis vignet dengan imej skala kelabu untuk menjadikan foto anda dramatik dan sedikit ngeri. Anda boleh mengubah mana-mana foto kepada monokrom dengan melaraskan gelangsar penepuan sepenuhnya. Jemputan parti Halloween anda akan menjadi lebih menarik dan menambat perhatian.

Gunakan vignet dalam Canva
Gunakan vignet dalam Canva

Alihkan tumpuan kepada bahagian tengah foto dengan melebihkan efek vignet

Selain menambahkan pada tona foto anda, penapis vignet boleh digunakan untuk meningkatkan persembahan dan komposisi foto. Cuba vignet yang berat untuk menarik perhatian khalayak kepada bahagian tengah foto. Mencuba-cuba dengan pemangkasan kreatif dan ruang negatif untuk menghasilkan foto yang indah, seimbang dan sedia untuk diletakkan di mana-mana sahaja.

Gunakan vignet merentasi deisgn dengan kod penapis

Jangan biarkan hasil usaha anda lenyap begitu sahaja! Jika anda menghabiskan banyak masa untuk melaraskan gelangsar, pastikan anda menyimpan hasil penapis tersuai anda. Sebaik sahaja anda menggabungkan vignet yang sempurna dengan gelangsar kami yang lain dengan teliti , simpannya untuk digunakan berulang kali pada masa yang akan datang. Buka tetingkap "Penapis" dan salin kod penapis, kemudian tampalkannya pada mana-mana foto untuk mencipta semula rupa dan rasa yang anda hasilkan dengan mahir.

Gunakan vignet dalam Canva