Apakah yang menyebabkan gambar elok menjadi herot? Foto menjadi bengkok kerana pelbagai sebab. Mungkin anda sedang mengimbas foto lama yang tidak lurus pada kaca pengimbas atau mungkin ayah anda mengambil beberapa gambar dengan bersungguh-sungguh seperti jurugambar pelancong. Walau apapun sebabnya, kami boleh membantu. Dengan alat putar kami yang mudah digunakan serta panduan dan pembaris berguna, anda dapat memastikan garis foto anda sama dengan semua foto yang lain, teks dan unsur reka bentuk anda.
Mudah sahaja untuk meluruskan foto. Muat naik foto tersebut dan lepaskan ke dalam reka bentuk anda. Pilih foto, kemudian tahan dan seret penunjuk putar yang terapung betul-betul di bawah foto anda. Teruskan menyeret sehingga foto anda menjadi lurus. Malah kami memaparkan berapa darjah foto anda telah diputar. Mahukan putaran lebih jitu? Foto anda akan ditempatkan pada kedudukannya pada setiap empat puluh lima darjah putaran, memberi anda sudut yang tepat dan betul.
Mahukan kejituan? Cari “pembaris” dalam pustaka imej kami dan seret keluar pembaris boleh regang dan boleh skala terus ke dalam reka bentuk anda. Gunakan pembaris tersebut untuk membariskan foto anda dengan unsur reka bentuk lain serta menyurih garisan rujukan dalam foto lain. Kemudian seret penunjuk putar foto senget anda sehingga foto tersebut berkedudukan betul dan lurus. Setelah selesai, anda boleh memadamkan pembaris — pembaris sentiasa berada dalam pustaka imej bila-bila masa anda memerlukannya.
Setelah anda menguasai langkah meluruskan foto, terdapat pelbagai lagi kegunaan alat putar tersebut. Sememangnya alat putar berfungsi untuk meluruskan foto tetapi anda juga boleh memencongkannya secara berseni. Beri foto anda sudut Belanda (Dutch angle) perfileman dengan memutarnya sedikit sahaja. Ciri berlawanan ini akan memikat pandangan penonton anda. Cuba uji dengan sudut dan bingkai berbeza sehingga anda mendapat kecondongan yang pelik dan menarik perhatian.
Selepas meluruskan foto, anda boleh berpatah balik pada bila-bila masa sahaja dan memutarkan lagi foto anda. Jika anda mahukan pelurusan kekal, anda hanya perlu meluruskan foto, kemudian muat turun reka bentuk anda. Pertama, cipta sebuah projek baharu dengan dimensi tersuai yang bersaiz hampir sama dengan foto bengkok anda. Kemudian, masukkan foto anda dan gunakan alat putar untuk meluruskannya. Ubah saiz foto anda supaya melangkaui tepi halaman di keempat-empat sisi, kemudian muat turun reka bentuk anda sebagai PDF. Sekarang, anda mempunyai versi baharu foto yang telah diluruskan dan dipangkas dan anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja!