Efek Stiker Untuk Design Anda

Hiaskan reka bentuk anda dengan pelekat yang mengagumkan dalam Canva
stickers
Jalankan eksperimen dengan Pelekat di Canva

Pilih daripada bertan-tan pelekat yang boleh disesuaikan

Bagaimanakah kami mencipta semula gambar pelekat yang berkilat, yang disukai ramai? Dengan ketepatan digital dan penjagaan hasil tangan. Pelekat kami ialah teks berasaskan vektor dan bentuk yang anda boleh seret terus ke dalam reka bentuk anda. Hanya cari "pelekat" untuk melayari koleksi pelekat kami yang luas dan percuma, serta sedia untuk melengkapkan foto anda dan mewarnainya.

Hiasi foto percutian anda dengan pelekat

Baru pulang dari perjalanan di seluruh dunia, atau berkelah di taman? Pelekat menukarkan Canva menjadi kios foto acara yang sarat dengan setem dan kilauan, sedia untuk menambahkan gaya cerita pada mana-mana pengembaraan. Cuba memasangkan pelekat dan bingkai untuk mengubah gambar anda bersama rakan ke dalam ciptaan hebat yang sedia untuk dipaparkan di media sosial.

Jalankan eksperimen dengan Pelekat di Canva
Jalankan eksperimen dengan Pelekat di Canva

Cantikkan grid reka bentuk dengan pelekat

Pelekat tidak perlu terapung di atas foto anda; ia muat dengan tepat ke dalam sebarang reka bentuk. Cuba gunakan warna terang pelekat dan ilustrasi untuk memberikan beza jelas pada kolaj foto anda. Ubah saiz pelekat untuk bersarang dalam grid reka bentuk atau beri penekanan kepada satu daripada pelbagai reka letak kami. Pelekat bersifat serba funa, ceria dan anda juga boleh menyesuaikan warna!

Beri tanggapan dengan pelekat yang sepadan

Adakah anda mempunyai berita menarik yang ingin dihebahkan? Biarkan pelekat mewakili anda. Kami mempunyai banyak pelekat untuk mengiklankan penjimatan runcit dan tawaran istimewa musim cuti, tetapi kami juga mempunyai pelekat apabila anda ingin menjerit "YOLO!" Tambahkan pelekat melucukan pada profil Facebook anda, pengepala blog anda atau di mana-mana anda ingin meninggalkan kesan! Buat reka bentuk di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa inspirasi menjelma dengan menambahkan Canva pada peranti iPhone, iPad atau Android anda.

Jalankan eksperimen dengan Pelekat di Canva
5

Tukarkan warna dengan pelekat dan penapis foto

Pelekat boleh digunakan untuk mencipta pelbagai lagi ragam perasaan daripada hanya perkara mengarut. Pelekat juga boleh mewarnai saat bersiar-siar ketika matahari terbenam atau detik manis. Gunakan pelekat bersama dengan penapis foto dan pemangkasan kreatif untuk mewujudkan misteri, ruang, kersik atau apa-apa sahaja yang anda boleh bayangkan. Semak lewa pelekat kami untuk menyemarakkan imaginasi anda dan memastikan rentak reka bentuk anda berterusan.

Apa mereka katakan tentang Canva