Imej Bertekstur Untuk Design Anda

Berikan unsur seni tekstur kepada karya anda dengan menggunakan Canva. Kami mempunyai semua alatan untuk menambahkan tekstur pada design (atau reka bentuk) anda, bersama-sama dengan pustaka imej hebat kami yang penuh dengan tekstur dan sedia untuk memberikan inspirasi kepada anda!
texture
LP_Texture_01

Tambahkan tekstur pada warna untuk menghasilkan kilauan yang menawan atau kersik yang realistik

Sebelum anda mula menggayakan design anda dalam korduroi dan denim, apakah itu tekstur sebenarnya? Tekstur ialah unsur yang membuat bahan-bahan berbeza kelihatan seperti mempunyai sentuhan yang berlainan. Contohnya, warna berkilau akan kelihatan licin atau halus, manakala fabrik bertekstur kasar akan kelihatan kasar atau lusuh. Canva memudahkan penambahan tekstur pada design anda bagi menambah daya tarikan dan suasana design anda.

Bina asas warna yang indah dengan tekstur latar

Jadikan tekstur sebagai asas design anda dengan memilih latar yang bertekstur. Hanya klik anak tetingkap "latar" dan menatal untuk melihat semua tekstur percuma dan yang premium serta corak yang anda boleh cuba, daripada corak jejaring silang mudah sehinggalah gambar dedaun dan ira kertas berkualiti tinggi. Hanya klik latar dan kemudian mula tambahkan lebih banyak unsur ke atasnya untuk membuatkan semua teks anda dan unsur lain benar-benar menyerlah!

LP_Texture_02
LP_Texture_03_

Layari pustaka imej kami untuk mendapatkan tekstur indah yang tidak terhingga banyaknya

Anda sudah melihat semua tekstur latar kami? Kami mempunyai lebih banyak lagi untuk ditawarkan daripada yang anda dapat lihat dalam anak tetingkap latar! Cari "tekstur" atau "corak" dalam pustaka imej kami untuk digunakan sebagai latar atau sebagai unsur lain bagi design anda. Anda mahu mencari sesuatu yang khusus? Cuba cari pustaka imej kami untuk mendapatkan tekstur yang anda kehendaki. Kemudian seret imej ke dalam design anda, ubah saiz dan pangkas bagi menggunakan sepenuhnya mana-mana tekstur foto tersebut.

Perindahkan warna anda dengan tekstur lembut dan telus

Adakah design anda boleh bergabung dengan sedikit tekstur yang lembut, seperti tekstur renda yang samar-samar? Cari corak yang anda suka daripada pustaka imej kami dan masukkanya ke dalam design anda, kemudian pilih tekstur dan klik anak panah "bawah" untuk memaparkan gelangsar ketelusan. Gerakkan gelangsar sedikit ke kiri untuk tekstur lembut dan semakin ke kiri gelangsar itu, semakin lembut kesan teksturnya. Kemudian, cuba gunakan tekstur transparen bersama-sama dengan warna rata atau imej lain yang bertekstur juga. Anda boleh membuat apa-apa sahaja yang anda mahu!

LP_Texture_04
LP_Texture_05

Muat naik foto anda sendiri untuk mencipta tekstur daripada benda-benda harian

Jika anda mencari pustaka imej kami dan tidak dapat menemui tekstur yang kelihatan seperti sempurna daripada pakaian malam nenek anda, tiada masalah! Ambil foto atau imbas satu-satunya tekstur anda dan muat naik ke Canva, kemudian gunakannya sepertimana anda menggunakan mana-mana tekstur dari pustaka imej kami. Tidakkah kamera anda dapat menangkap pati tekstur anda? Anda sentiasa boleh memberikan sentuhan foto bagi tekstur anda dengan kumpulan alat edit foto kami. Adakah anda suka mengambil foto dengan telefon atau tablet anda? Aplikasi iPhone, iPad dan Android Canva akan membantu anda.