Jadikan sesuatu yang rumit lebih ringkas dan mudah dengan Gambar rajah Venn yang menarik daripada Canva.

Ringkaskan berbilang data atau kategori menggunakan Gambar rajah Venn

Sudah cukup sukar untuk mempersembahkan dua atau tiga set data atau kategori sudah pun sukar, apatah lagi untuk mempersembahkan empat set data atau kategori. Pastikan set anda berada dalam keadaan yang teratur dan mudah difahami dengan menggunakan Gambar rajah Venn. 

Walaupun mempersembahkan data dalam bentuk ilustrasi yang mudah difahami bukanlah sesuatu yang mudah, Canva, dengan alat reka bentuknya yang mudah digunakan, memudahkan tugas anda dengan menyediakan templat yang dihasilkan oleh pasukan pereka kami yang hebat. Gunakan Gambar rajah Venn baharu anda dalam laporan, persembahan mahupun kiriman media sosial anda supaya khalayak anda boleh membanding dan membezakan kategori dan melihat bahagian yang bertindih dengan mudah.

Cipta Gambar rajah Venn dalam Canva dengan beberapa langkah mudah:

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula  4-mereka bentuk gambar rajah venn bulat anda sendiri.
  2. Pilih templat dan kemudian, klik pada teks dan imej untuk mula menyesuaikan diagram anda.
  3. Sesuaikan perincian seperti warna dan fon.
  4. Pilih daripada rangkaian menarik elemen graf kami seperti bingkai, bentuk dan garisan.
  5. Simpan dan kongsi.

Dapatkan bantuan untuk reka bentuk anda daripada rakan-rakan sejawat anda

Hilang beberapa data penting dan memerlukan input daripada rakan sekerja? Minta mereka tambahkan edit mereka terus ke reka bentuk anda. Hanya klik pada butang kongsi, tandakan kotak semak bagi memberi mereka akses untuk mengedit dan kemudian, hantarkan pautan kepada mereka. Canva menyimpan reka bentuk anda pada awan agar rakan sekerja dari mana-mana di seluruh dunia boleh mengaksesnya pada bila-bila masa, di mana-mana komputer, peranti iPhone, iPad atau Android.

Sesuaikan setiap elemen reka bentuk

Dengan pelbagai pilihan alat reka bentuk Canva yang mudah digunakan, anda boleh memilih atau menentukan setiap elemen dalam gambar rajah anda dengan sepenuhnya. Pastikan kategori anda diterangkan dan dibezakan dengan jelas daripada satu sama lain dengan memilih warna yang berlainan untuk bulatan anda menggunakan alat pemilihan warna. Pilih rona pilihan anda atau masukkan kod heks yang spesifik. Labelkan data anda dengan jelas dan pilih daripada lebih seratus fon yang tersedia dalam Canva bagi menyuaikan dengan gaya atau nada anda.

Tambahkan imej, ilustrasi atau grafik pada gambar rajah anda

Selain teks, apa kata anda persembahkan idea-idea abstrak dengan pelbagai imej yang menarik? Tambahkan lebih banyak elemen visual pada gambar rajah anda dengan lebih daripada sejuta foto, grafik dan ikon yang boleh didapati dari pustaka Canva yang hebat. Kemudian, hanya seret dan jatuhkan elemen grafik yang dipilih dalam reka bentuk anda dan letakkannya di mana-mana bahagian yang yang anda mahu.