Apabila dunia bergerak ke arah cara baharu kerja hibrid, Canva untuk Pasukan ialah platform reka bentuk kolaboratif yang memberikan inspirasi kepada pasukan untuk melakukan kerja kreatif terbaik mereka dari mana-mana sahaja. Sumbang saran, kongsi idea dan cipta dalam masa nyata. Berikan maklum balas serta-merta dengan ulasan langsung dan dapatkan cerapan dengan pelaporan pasukan. Kekal segerak, percepat proses kreatif anda dan bergerak lebih pantas, bersama-sama.
Permudah dan perkemas proses reka bentuk pasukan anda dengan semua yang anda perlukan untuk menikmati kreativiti dan produktiviti. Gunakan Canva untuk Pasukan untuk mencipta bersama-sama daripada mana-mana peranti, di mana-mana sahaja, dengan alat intuitif seperti Pengalih Keluar Latar, Perubahan Saiz Ajaib dan animasi satu klik. Walaupun tanpa pengalaman reka bentuk, sesiapa sahaja dalam pasukan anda boleh mencipta pembentangan, video, dokumen yang menonjol atau menerbitkan kandungan sosial ke mana-mana saluran dalam beberapa minit.
Manfaatkan sumber utama untuk inspirasi dan pencetus kreativiti. Beri pasukan anda akses tanpa had kepada 100 juta+ foto stok premium dan 600k+ templat, video, audio, grafik dan banyak lagi yang direka bentuk secara profesional. Atau kumpul susun dengan teliti aset berjenama dan templat pasukan untuk memperkasakan pasukan anda bagi menghasilkan sendiri reka bentuk selaras dengan jenama yang profesional.
Canva untuk Pasukan membantu organisasi anda mereka bentuk apa sahaja, selaras dengan jenama, setiap masa. Dengan berbilang Kit Jenama, anda boleh memuat naik warna, fon dan logo jenama atau kempen anda dan terapkan pada sebarang reka bentuk. Cipta templat berjenama yang boleh digunakan semula dan disesuaikan untuk sebarang tujuan merentas pasukan, dan tetapkan kebenaran untuk mengunci dan mendedahkan elemen reka bentuk dalam templat.
Akses templat, imej, fon dan warna premium tanpa had.
Cipta templat boleh guna semula dengan warna, fon, dan logo jenama anda.
Pastikan penjenamaan anda tetap konsisten dengan Kit Jenama yang boleh anda gunakan pada sebarang kandungan.
Dapatkan fungsian kerjasama premium untuk menyokong pasukan pada skala.
Integrasikan Canva dengan Daftar Diri Tunggal (SSO) dan Pengesahan Dua Faktor.
Pusatkan semua kandungan dan aset jenama anda dengan keizinan akses.
Gunakan alat pengurusan jenama dan pengurusan pasukan yang canggih.
Jadualkan siaran media sosial lebih awal dan lihat prestasi siaran tersebut dengan cerapan.
Dapatkan cerapan premium tentang individu yang melihat reka bentuk anda dan waktu mereka melihat.
Akses platform diperakui ISO 27001 Canva dan sokongan 24/7.
Akses pengebilan fleksibel yang membolehkan anda mengembangkan pasukan anda mengikut keperluan.
Scott Gamble
Pengurus Strategi Media Sosial, Perbadanan Penyiaran Australia
Bekerja dengan pasukan anda di Canva. Lihat pelan Canva yang sesuai untuk anda.