Persembahkan data anda dalam bentuk graf bar yang menarik secara dalam talian dan percuma!

Pantau dan persembahkan data anda dengan graf bar yang menarik daripada Canva

Cipta graf bar yang menarik untuk disertakan dalam laporan, persembahan dan infografik anda dengan pembuat Graf Bar dalam talian Canva — secara percuma! Walaupun nombor adalah penting, namun kita biasanya jarang menghiraukannya. Jangan biarkan pembaca anda berasa bosan. Tarik perhatian mereka dengan graf bar yang boleh membandingkan dan menganalisis nombor dengan mudah.

Canva akan melakukan semuanya untuk anda — hanya masukkan label dan nilai anda atau salin dan tampalkannya dari helaian dan Canva akan membina graf anda. Sesuaikan warna dan fon anda dan kemudian kongsikan graf dengan khalayak anda.

Gantikan nombor anda dengan visual menggunakan beberapa langkah mudah ini:

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk Graf Bar anda.
  2. Pilih templat dan klik pada teks dan imej untuk mula menyuaikan graf anda.
  3. Sesuaikan perincian seperti warna dan fon.
  4. Pilih daripada rangkaian menarik elemen graf kami seperti bingkai, bentuk dan garisan.
  5. Simpan dan kongsi.

Semuanya adalah secara dalam talian dan dihasilkan bersama-sama

Canva berjalan sepenuhnya dalam talian; anda tidak akan perlu memuat turun atau memasang apa-apa fail sama sekali. Hanya cipta akaun dan anda akan mula mereka bentuk dalam masa beberapa minit. Semua reka bentuk anda disimpan pada awan, jadi anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa, di mana-mana dari mana-mana komputer riba, komputer meja atau pada peranti iPhone, iPad atau Android anda. Anda juga tidak perlu mencipta reka bentuk sendiri. Dapatkan bantuan rakan sekerja atau rakan anda dengan mengklik kongsi, menandakan kotak untuk memberi mereka akses mengedit reka bentuk anda dan hantarkan pautan itu kepada mereka. Mereka kemudiannya akan dapat menambahkan edit mereka sendiri pada reka bentuk graf bar anda.

Tambah dan edit data anda dengan hanya beberapa klik

Mula dengan mengklik butang “Data” pada bar alat. Kemudian, jadual yang mengandungi lajur “Label” dan “Values” akan dipaparkan. Anda boleh mula membina graf bar anda dengan memasukkan data ke dalam jadual tersebut. Masukkan data anda ke dalam setiap baris secara manual atau salin dan tampal dari fail sedia ada. Anda juga boleh mengedit data dengan mudah mengikut keperluan anda. Kotak yang berkaitan di dalam jadual akan diserlahkan apabila anda memilih bar yang spesifik dalam graf anda.

Ubah saiz dan skala graf bar anda mengikut kesesuaian

Anda tidak perlu risau jika reka bentuk graf baharu anda tidak sesuai dengan laporan anda. Canva membolehkan anda memilih skala dan menukar saiz grafik anda dengan cara mengklik dan menyeret tepi grafik tersebut. Bar dan data akan disesuaikan secara automatik dengan ruang yang tersedia.

Sesuaikan warna dan pilih fon yang sesuai

Pastikan graf bar baharu anda sepadan dengan pelet warna dalam dokumen atau persembahan anda dengan menggunakan alat pelet warna yang terdapat di bahagian pemilih warna. Tambah dan edit label data anda dengan memilih daripada lebih seratus fon yang tersedia dalam Canva.