Dengan pembuat carta pai Canva, anda boleh membuat carta pai dalam kurang daripada seminit. Ia amat mudah untuk digunakan. Mulakan dengan templat – kami mempunyai beratus-ratus contoh carta pai untuk dipilih.Kemudian hanya klik untuk menukar data dan label. Anda boleh mendapatkan rupa yang anda inginkan dengan melaraskan warna, fon, latar belakang dan banyak lagi.
Lebih daripada 20 jenis graf profesional untuk dipilih
Templat yang direka secara profesional, sangat cepat untuk menjejak aliran kerja anda
Pembayangan data dipermudahkan – tiada perisian yang rumit untuk dipelajari
Terbitkan, kongsi atau muat turun graf beresolusi tinggi anda
Benamkan carta pai anda dalam pembentangan, laporan dan banyak lagi tanpa kerumitan
Alat seret dan lepas yang mudah, dibuat dengan fikiran bukan pereka
Carta pai juga dikenali sebagai carta bulatan, merupakan gambar rajah bulatan yang disusun sebagai pai. Setiap ‘kepingan’ mewakili satu kategori daripada data yang menjadikannya keseluruhan. Bersama, pai mewakili 100 peratus. Saiz bagi setiap ‘kepingan berkaitan dengan bahagiannya daripada keseluruhan. Carta pai boleh menjadi amat rumit jika terdapat banyak kategori data yang diproses. Carta pai yang bagus sepatutnya memberikan maklumat dengan sekilas pandang.
Carta donut atau carta donut ialah sejenis carta pai yang mewakili data dalam satu cincin dan bukannya bulatan. Ia berkhidmat sebagai fungsi yang sama, jadi anda boleh gunakannya secara boleh ditukarkan, bergantung kepada rupa apa yang anda suka.
Langkau pengiraan yang rumit – dengan penjana carta pai Canva, anda boleh menukarkan data mentah kepada carta pai yang lengkap dalam masa beberapa minit. Satu klik yang mudah akan membuka bahagian data di mana anda boleh menambahkan nilai. Anda juga boleh menyalin dan menampal data daripada lembaran hamparan. Klik pada teks untuk mengedit label.
Canva dibuat dengan memikirkan pasukan. Jemput pasukan anda dan kawal siapa yang boleh menukar apa dengan memberikan akses Lihat dan Edit. Tiada lagi emel yang berulang untuk membuat pelarasan kecil – dengan Canva, seluruh pasukan anda boleh bekerja pada graf yang sama. Graf anda disimpan dalam awan, jadi anda boleh mengaksesnya di mana sahaja anda mempunyai sambungan internet.
Jadikan carta pai anda satu kerja seni. Di Canva, anda boleh menambah palet warna buatan pereka ke carta pai anda dengan mudah. Ia merupakan cara yang hebat untuk menjadikan carta anda menonjol – membuat maklumat anda menarik perhatian dan mudah untuk difahami dengan sekilas pandang. Anda juga boleh skalakan atau mensaizkan semula carta pai anda kepada saiz yang anda inginkan.
Carta pai Canva boleh dibenamkan dalam semua jenis grafik dan dokumen. Kami mempunyai beribu templat untuk dipilih, supaya anda boleh kekal konsisten dan nampak bergaya. Hanya pilih apa yang ingin anda lakukan – sama ada ia satu pembentangan, infografik atau perkara lain – kemudian pilih templat. Tambah carta pai anda dari panel sisi di editor Canva.
Setelah anda selesai, anda boleh memuat turun carta pai anda sebagai fail JPEG, PNG atau PDF, kongsikannya pada media sosial anda atau emelkannya terus kepada seseorang.