Graf garisan ialah cara mudah untuk mempersembahkan data anda secara visual sama ada anda ingin membandingkan dan membezakan masa, jarak atau untuk menjejaki perubahan dalam suatu tempoh masa. Tambah graf garisan ke laporan anda dengan mudah dan cepat dengan bantuan Canva.
Lebih daripada 20 jenis graf profesional untuk dipilih
Templat yang direka secara profesional, sangat cepat untuk menjejak aliran kerja anda
Pembayangan data dipermudahkan – tiada perisian yang rumit untuk dipelajari
Terbitkan, kongsi atau muat turun graf garisan beresolusi tinggi anda
Terapkan graf garisan anda dalam pembentangan, laporan dan banyak lagi tanpa kerumitan
Alat seret dan lepas yang mudah, dibuat dengan fikiran bukan pereka
Canva yang bersifat kolaboratif dan dalam talian sepenuhnya membolehkan anda mencipta reka bentuk anda dengan bantuan kumpulan atau rakan sekerja anda. Hanya masukkan data anda dengan memasukkan nilai dan label anda secara manual atau dengan menyalin dan menampal jadual yang sedia ada secara terus ke dalam editor. Kemudian, bersantai sambil menunggu Canva membina graf anda.
Projek berkumpulan mudah dilakukan dalam Canva kerana semuanya dijalankan dalam talian dan disimpan pada awan. Hanya kongsikan pautan ke salinan boleh diedit bagi reka bentuk anda dengan pasukan anda dan mereka akan dapat menambahkan input sendiri atau mengedit dengan mudah. Oleh sebab ia disimpan pada awan, mereka boleh mengaksesnya dari komputer riba, komputer meja, peranti iOS dan Android mereka sendiri, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
Mulakan membina graf garisan anda dengan mengklik butang “Data” pada bar alat. Sebuah jadual akan timbul dengan beberapa nilai lalai. Edit jadual ini dengan memasukkan nombor dan kategori anda secara manual atau salin dan tampal jadual yang sedia ada. Selain itu, mengklik mana-mana penanda dalam graf garisan akan menyerlahkan sel yang berkaitan dalam jadual, jadi anda boleh mengenal pasti dan mengedit nilai yang diberikan dengan mudah.
Peribadikan graf anda untuk menggambarkan warna atau pilihan jenama anda dengan melawati alat palet warna. Ini sangat membantu apabila anda ingin membezakan suatu graf garisan daripada yang lain untuk mempermudah perbandingan data. Anda juga boleh menggunakan alat ini untuk memastikan graf anda sepadan dengan skema warna seluruh dokumen anda.