Gunakan Canva untuk mereka bentuk panduan visual ke tapak web anda dan membantu memastikannya teratur.

Bantu pengguna menavigasi tapak anda dengan peta tapak yang hebat

Sama seperti peta geografi yang bertindak sebagai panduan anda ke destinasi, peta tapak bagi tapak web anda ialah alat navigasi yang membantu anda dan khalayak anda mencari maklumat dengan cepat. Selain itu, peta tapak juga bertindak sebagai panduan untuk perangkak enjin carian. Tanpa peta tapak, enjin carian mungkin menumpukan pada halaman berkeutamaan rendah dan terlepas yang berkeutamaan tinggi.

Untuk reka bentuk penting seperti peta tapak, biasanya anda memerlukan bantuan pereka bentuk profesional dan kerja berjam-jam untuk membina peta itu. Namun begitu, dengan Canva, anda boleh mengurangi tekanan dan masa yang diperlukan untuk mencipta peta tapak visual dengan bantuan templat profesional siap dibuat dan alatan reka bentuk seret dan lepas. Dengan platform reka bentuk yang jelas, mudah dan tidak rumit seperti Canva, anda boleh beralih daripada idea abstrak kepada peta tapak konkrit dalam beberapa klik sahaja.

Reka bentuk peta tapak dalam Canva menggunakan langkah-langkah mudah ini

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk peta tapak anda sendiri.
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan peta tapak anda dengan beberapa klik

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami dengan lebih 1 juta foto, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks anda untuk menghasilkan gaya tambahan.

Gunakan templat profesional sebagai titik permulaan anda

Pasukan pereka bentuk Canva yang mengagumkan telah menghasilkan pustaka templat yang boleh anda gunakan sebagai batu loncatan untuk mencipta peta tapak disesuaikan anda sendiri. Templat ini direka bentuk agar sesuai dengan sejumlah besar industri dan gaya reka bentuk. Sebaik sahaja anda menemui satu templat yang menarik perhatian dan memenuhi keperluan anda, anda boleh terus mengedit. Alih, ubah saiz, ubah warna, tambah atau padam elemen mengikut keperluan. Tambah teks, tukar jenis atau saiz fon. Dengan menggunakan templat tersedia Canva, kami akan melakukan kerja yang rumit dalam mereka bentuk agar anda boleh kekal fokus pada perancangan dan pengurusan keseluruhan tapak web anda.

Gunakan ikon, teks atau kedua-duanya untuk memetakan tapak web anda

Mereka bentuk dalam Canva memberikan anda cara yang fleksibel untuk mereka bentuk. Anda boleh memilih untuk menggunakan ikon bagi menggambarkan halaman tertentu atau biarkannya ringkas dengan menggunakan teks biasa. Apa jua pilihan anda, anda cuma perlukan beberapa klik dan seret dan lepas. Untuk mencari ikon, pergi ke tab Elemen dan klik folder ikon. Mengklik ikon akan menambahkannya pada reka bentuk anda. Dari situ, anda hanya perlu menyeret ikon ke tempat yang anda mahu, mengubah saiz atau mengubah warnanya agar sesuai dengan reka bentuk anda.

Anda boleh memformat teks anda dengan mudah menggunakan bar alat teks. Cipta penekanan dengan menggunakan format tebal, italik atau garis bawah atau dengan menukar gaya dan saiz fon. Anda juga boleh mengubah penjajaran dan penjarakan dalam beberapa klik.

Tambah hiperpautan ke peta tapak anda

Memandangkan peta tapak adalah persembahan visual laman web anda, kandungan boleh klik adalah yang terbaik. Untuk menambah hiperpautan kepada mana-mana ikon, ilustrasi atau teks dalam rekaan anda, hanya klik pada elemen yang anda ingin jadikan hiperpautan anda,klik pada ikon pautan, masukkan pautan laman web atau kandungan yang anda ingini untuk menghalakan pembaca anda dan tekan enter untuk mencipta hiperpautan. Walau bagaimanapun, anda mesti memuat turun rekaan anda sebagai PDF, supaya pembaca anda akan boleh untuk menekan klik pada pautan dan membukanya pada pelayar mereka. Hiperpautan juga berfungsi dengan berkongsi rekaan anda melalui pautan emel atau paparan.

Soalan Lazim

Adakah Canva tersedia untuk peranti mudah alih?

Ya! Muat turun aplikasi iPhone dan iPad kami dari App Store atau aplikasi Android kami dari Google Play untuk mereka bentuk dari pejabat, rumah atau di mana-mana sahaja!Ataupun pergi ke www.canva.com untuk mencipta reka bentuk di web tanpa perlu memuat turun atau memasang apa-apa.

Bagaimanakah saya boleh mengubah saiz ikon atau elemen dalam reka bentuk saya?

Untuk mengubah saiz sebarang ikon atau elemen dalam reka bentuk anda, mula-mula klik padanya. Garisan bertitik dengan bulatan 4 pada setiap penjuru akan terpapar di sekeliling elemen. Klik, tahan dan seret mana-mana bulatan 4 untuk mengubah saiz ikon. Sebaik sahaja anda berpuas hati dengan saiz baharu, lepaskan bulatan itu.

Bagaimanakah kerjasama berfungsi dalam Canva?

Kadangkala, anda memerlukan bantuan ahli kumpulan atau rakan sekerja untuk mencipta peta tapak anda. Untuk berkongsi reka bentuk peta tapak anda, klik butang Kongsi dan kemudian, pilih opsyen Boleh edit atau Boleh lihat. Opsyen boleh edit akan memberikan mereka akses untuk mengedit reka bentuk anda dalam akaun Canva peribadi mereka. Tiada had terhadap bilangan orang yang boleh mengedit reka bentuk anda.