“Canva for Work membantu merungkai isu media sosial. Terutamanya bagi organisasi bukan untung yang kakitangan mereka tidak mengetahui cara menetapkan saiz, mengubah saiz dan mencipta imej."

JESSICA LOVE, PENGARAH KOMUNIKASI FISTULA FOUNDATION

Fistula Obstetrik merupakan masalah kesihatan yang menyeksakan, bermungkinan berlaku semasa kelahiran terhalang. Tanpa capaian mudah mendapatkan penjagaan kesihatan, bayi boleh maut manakala si ibu mungkin menghadapi masalah kawalan kencing lemah yang berterusan. Fistula Foundation adalah sebuah organisasi bukan untung beribu pejabat di California, membiayai rawatan Fistula di 29 buah negara membangun di seluruh Afrika dan Asia. Kempen terkini mereka sedang mengumpul $250,000 untuk Gynocare Fistula Hospital & Maternity Centre milik Dr. Mabeya di Eldoret, Kenya.

Jessica Love adalah Pengarah Komunikasi di Fistula Foundation. Memanfaatkan ketelitian Warga Kerja Komunikasi Ashley Burke, Jessica menggunakan Canva for Work dan membuat kandungan kempen #EndTheWait. Berkat kemurahan hati seorang penderma, mereka sedang menggerakkan kempen yang berlangsung selama sebulan di media sosial. Ia kali pertama Fistula Foundation menjalankan usaha mengumpul dana dalam jangka masa yang cukup singkat.

“Canva for Work membantu merungkai isu media sosial", kata Jessica. “Terutamanya untuk organisasi bukan untung yang tidak mempunyai kakitangan yang mengetahui cara menentukan saiz, mengubah saiz dan mencipta imej." Jessica sering menggunakan fungsi Ubah Saiz Ajaib, yang mencipta versi baharu reka bentuk anda serta-merta bagi setiap spesifikasi saiz wadah media sosial.

Sebelum menemui Canva, Fistula Foundation mencipta imej mereka menggunakan Microsoft Paint. Kini, Jessica dan Ashley menyelaraskan semua unsur grafik kempen dalam talian. Kit Jenama Canva for Work membantu mereka mencipta imej yang kekal sejajar dengan penjenamaan Fistula Foundation.

“Apabila warna dipramuat dalam templat tersebut, kami menjimatkan masa", kata Jessica. “Saya tidak perlu mencari kod heks setiap kali memerlukannya. Memang bagus apabila dapat mengekalkan ketekalan setiap kali saya membuka Canva for Work." Untuk kempen ini, warna firus jubah hospital menjadi motif utama, di samping warna perang pengenalan Fistula Foundation.

Ashley telah mencipta begitu banyak kandungan untuk kempen #EndTheWait bulan ini. Beliau menjelaskan bahawa Fistula Foundation sentiasa bersikap paling agresif di Twitter. Sejak menaik taraf kepada Canva for Work, hampir semua tweet mereka disertai dengan imej.

“Tentu sekali kami mendapati ada peningkatan jumlah penglibatan dan tweet semula", kata Ashley. “Imej dinamik dan bagus yang disertakan turut menyumbang kepada peningkatan tersebut. Keupayaan untuk mengatur foto kami dalam Canva for Work juga benar-benar menjimatkan masa."

Dalam sektor bukan untung, sumber amatlah terhad. Dengan setiap sen disalurkan untuk penyediaan rawatan untuk wanita seluruh dunia, Fistula Foundation tidak mempunyai peruntukan belanja untuk penyusunan media sosial. Kedua-dua Jessica dan Ashley menyuarakan sokongan terhadap inisiatif Canva untuk Kebaikan, menyediakan langganan percuma Canva for Work untuk organisasi bukan untung seperti Fistula Foundation.

“Untuk NGO kecil-kecilan, sedikit sahaja wang yang diperuntukan bagi pemasaran dan reka bentuk grafik", kata Jessica. “Sukar untuk meyakinkan pihak pengurusan bahawa itu adalah pelaburan yang berbaloi. Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Canva for Work telah menyingkirkan sedikit kekangan ini."

See what Canva can do for your team!

Request a demo now

Pertingkatkan tahap reka bentuk anda dengan Canva Perusahaan

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana Canva boleh membantu pasukan anda? Berikan butiran anda dan seseorang dari pasukan kami akan menghubungi anda!
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.