Muscular Dystrophy Western Australia

Distrofi otot ialah gangguan saraf yang mengakibatkan kemerosotan kekuatan dan fungsi otot. Keadaan genetik ini, yang mempunyai 70 variasi, menjejaskan 20,000 orang warga Australia. Muscular Dystrophy Western Australia mengutip dana untuk penyelidikan, menyediakan perkhidmatan untuk pesakit dan menyara keluarga mereka. Brianna O’Donnell ialah Pengurus Komunikasi MDWA ini. Beliau menyelaraskan kandungan dalam talian dan menggalakkan kesedaran tentang Distrofi Otot. Brianna dan pasukan MDWA menggunakan Canva Pro untuk mempromosikan acara "Ride For Someone Who Can’t", iaitu cabaran tahunan bagi basikal bukit mereka.

"Reka bentuk ini agak berbeza daripada apa yang telah kami gunakan sebelum ini", jelas Brianna. "Reka bentuk ini juga mendapat perhatian ramai pada akaun media sosial kami, yang mendapat lebih banyak suka, perkongsian dan jangkauan siaran yang lebih besar daripada reka bentuk yang kami siarkan sebelum ini. Kesedaran ialah kuncinya, jadi itu merupakan manfaat yang besar kepada kami."

Para peserta bermandi peluh dalam acara maraton basikal bukit sejauh 40km atau 100km sebagai sebahagian daripada acara ‘Ride For Someone Who Can’t’. Kempen #rfswc2015 berjaya mengumpul kurang sedikit daripada $90,000 yang akan membantu warga Australia Barat yang mengalami Distrofi Otot. Brianna percaya bahawa reka bentuk baharu buatan Canva ini telah menjadikan usaha pengumpulan dana mereka berkesan. Bagi pasukan kecil MDWA, cabaran terbesar ialah membuat kandungan visual dengan cepat, sambil memastikan reka bentuk kreatif dan segar.

“Canva telah banyak membantu kami dalam jangka masa yang pendek”, kata Brianna. "Kami boleh menyiapkan kiriman facebook atau sepanduk dengan beberapa klikan dan reka bentuk tersebut menjadi arah aliran. Kelebihan tambahan ialah walaupun anda menggunakan salah satu reka bentuk yang bukan percuma, harganya jauh lebih murah berbanding tapak stok yang lain.

Sebagai organisasi bukan untung, MDWA menerima naik taraf percuma untuk Canva Pro. Dalam akaun masing-masing, pasukan ini kini boleh berkongsi logo, warna dan imej khusus jenama. Brianna mengaku yang beliau menyukai ciri Ubah Saiz Ajaib baharu. Dengan satu klikan,  beliau boleh mereplikakan mana-mana reka bentuk dengan serta-merta untuk disesuaikan dengan spesifikasi saiz setiap wadah media sosial. Keseluruhan pasukan MDWA yakin bahawa sebarang reka bentuk yang dihasilkan dalam Canva Pro akan dipaparkan dalam talian sama seperti yang mereka ingini.

"Canva Pro telah membantu kami bekerja dengan lebih cekap dan berjimat", kata Brianna.  "Dalam pasukan kecil kami, apabila kami mengadakan acara berturutan dalam usaha meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana, hal itu amat penting. Saya tahu bahawa kami hanya mencari lebih banyak kegunaan untuk Canva, lebih banyak cara untuk menjadi kreatif dan memaksimumkan jangkauan kami."