didier

Didier Sibellas

Pereka Bentuk Digital Kanan

Hidupkan kommputer yang anda boleh kembali menggunakannya pada bila-bila masa. Dengan seni, jika anda melukis bulatan atau segi empat tepat, walaupun itu hanya bentuk asas, memang mudah menjadi tidak kemas. Tiada cara mudah untuk memilih warna atau membuat asal kesilapan anda, perkara yang saya telah biasa lakukan sekarang. Bukan mudah, tetapi itulah perkara yang terbaik.

mel-2

Melanie Perkins

Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif

Setelah anda memulakannya, anda akan menyedari bahawa anda telah dapat membayangkan kreativiti dan kemudian anda boleh bina atasnya. Cara terbaik untuk mencabar kepercayaan anda tentang apa-apa sahaja ialah dengan memulakannya. Lakukannya sedkit demi sedikit setiap hari.

Risiko terbesar ialah tidak melakukan apa-apa. Jika anda tidak melakukan apa-apa, anda tentu akan gagal.

chris

Chris Doble

Jurutera Bahagian Depan

Semua orang mahu belajar. Semua orang mahu berjaya. Kami tidak peduli jika kejayaan itu dicapai berdasarkan keputusan kami atau orang lain. Kami hanya mahu bergerak ke depan bersama-sama.

jim

Jim Tyrrell

Jurutera Bahagian Akhir

Keluar. Cari pengalaman. Tiada cara terbaik untuk mempelajari tentang kejuruteraan perisian daripada terus mencubanya. Jika anda sedang belajar di universiti, habiskan secepat mungkin supaya anda boleh mula belajar dengan betul.

Dave

David Hearnden

Pimpinan Pembangunan

Saya syaki kebanyakan orang tidak selalu melihat dunia mereka berlaku pada batu biru pucat yang tidak seberapa, satu daripada berdozen berputar mengelilingi bintang yang tidak seberapa, satu daripada ratusan billion berputar dalam kumpulan bintang yang tidak seberapa, satu daripada ratusan billion yang kita boleh lihat.  Jika semua masa yang telah berlalu diringkaskan menjadi setahun tunggal, semua kewujudan manusia akan berlalu pada 8 minit terakhir, dan setiap daripada kita akan hidup untuk kurang daripada suku saat.

Mengetahui betapa kecilnya kita dan begitu singkatnya kita hidup di dunia ini membuatkan saya menghargai betapa berharganya dan betapa takjubnya bagi kita tahu perkara yang diketahui, dan betapa pentingnya kita meluangkan masa yang singkat ini secara berfaedah!

Zach

Zach Kitschke

Ketua Komunikasi 

Tiada cara yang lebih pantas untuk belajar daripada berada dalam pasukan kecil yang cuba menakluk dunia.

pat

Patrick Lee

Jurutera Bahagian Depan & Pereka Bentuk

Hanya melihat produk, ia seperti diklik. Saya tidak berfikir. Saya hanya melihatnya dan saya tahu ia mempunyai potensi.

damon-02

Damon Oehlman

Jurutera Bahagian Depan

Apabila semua yang lain berputus asa, seperti "Saya tidak mempunyai petunjuk cara menyelesaikan masalah ini." Inilah masa saya bermula.

Anna Guerrero

Anna Guerrero

Pemasaran Pertumbuhan

Saya berkawan dengan orang yang saya boleh pelajari sesuatu. Saya sentiasa dahagakan ilmu baharu dan mencari cara yang lebih baik dalam melakukan sesuatu.
Stel De Vera

Stel De Vera

Pereka Bentuk Grafik

Saya tidak mempercayai syurga dan neraka. Kehidupan yang anda lalui sekarang - itulah dia. Ini bukan satu raptai pakaian untuk sesuatu yang lebih besar selepas itu. Anda hanya mempunyai satu peluang, lakukan semua yang anda ingin lakukan, katakan apa yang anda ingin katakan. "Marilah kita bergembira hari ini kerana besok kita akan mati!".

andrew

Andrew Bennett

Jurutera Perisian iOS

Pilih projek peribadi, usahakannya dengan bersungguh-sungguh dan pamerkan sumber tersebut kepada dunia supaya anda mendapat maklum balas. Apabila orang lain melihat kod anda, itu merupakan cara terbaik untuk meningkatkan diri sendiri.

Elli

Elli Ong

Kurator Pasar

Saya amat setia. Apabila kita menjadi rakan, saya akan berada di samping anda seumur hidup. Melainkan anda melakukan sesuatu yang merosakkan kepercayaan saya. Keadaan ini akan sukar dipulihkan. Tetapi saya amat setia kepada rakan saya.

Kat Sales

Kat Sales

Pakar Sokongan

Jangan berhenti melakukan apa yang anda suka lakukan. Pada pengalaman saya, jika anda suka lakukan sesuatu dan anda berhenti melakukannya, amat sukar untuk kembali dan anda mungkin menyesalinya di penghujung.

Kate Ballecer

Pereka Bentuk Grafik Kanan 

Bertimbang rasalah kerana saya fikir kita cenderung melupainya. Setiap hari semua orang amat sibuk dengan masalah masing-masing sehinggakan mereka lupa akan orang lain di sekeliling mereka.

Lud Laxamana

Lud Laxamana

Pakar Sokongan

Dahulu, saya mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang lain. Tetapi, saya matang juga akhirnya. Sekarang, saya tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Saya memerangi perkara negatif. Saya seorang yang lebih kuat sekarang.

Nik

Nik Youdale

Jurutera Bahagian Akhir 

Mempunyai kesan positif pada cara orang bekerja. Sangat memuaskan melihat hasil kerja anda di tangan pengguna, mengubah cara mereka melakukan perkara, kadang-kala dalam cara yang mereka tidak pernah terfikir.

Alexey 1

Alexey Mitko

Pembantu Akauntan

Setiap individu di sini dilahirkan untuk melangkaui sempadan bagi perkara yang mustahil dan mempersoalkan kelaziman yang sudah utuh. Jika anda ingin berkembang secara peribadi dan profesional, anda perlu meletakkan diri anda dalam persekitaran seperti ini. Keselesaan ialah musuh kejayaan. Individu di sini bertenaga, kreatif dan adakalanya tidak boleh dikawal — ini menjadikannya mencabar dan menyeronokkan.

yani

Yani Hornilla

Sekutu Perekrutan

Saya bekerja sejurus selepas tamat pengajian. Walaupun saya mahu berehat, ibu saya memujuk saya. Beliau memberi saya hadiah, “Yani, ini hadiah tamat pengajian kamu!". Dan apabila saya membukanya - hadiah itu ialah beg pejabat! Apakah maksudnya?

maisie

Maisie Littaua

Pakar Kandungan

Kemenangan kecil dari Alam Semesta dan perasaan menyeluruh seperti segala-galanya siap teratur. Jika perkara itu munasabah.

rab

Rab Bustamante

Pakar Sokongan

Apakah yang membuatkan saya bangun dari katil setiap pagi? Jam loceng yang membingitkan itu.

pats

Pat Santos

Pakar Sokongan (Fusion Books)

Apakah yang membuatkan anda bangun dari katil setiap pagi?

Tanggungjawab dan bekerja untuk memenuhi impian saya.

justin

Justin Hunter

Penganalisis Produk

Banyak perubahan kecil semuanya berdasarkan kesanggupan untuk mencuba perkara baharu. Berpindah ke Singapura. Berpindah kembali. Bekerja sebagai penasihat. Bekerja dalam bidang kewangan. Bekerja dalam bidang teknologi. Mengembara. Berjumpa orang baharu. Menyertai pasukan sukan. Belajar meluncur.

lee

Lee Torrens

Pengarah Fotografi Stok

Semasa saya meninggalkan Australia pada usia awal 20-an, saya tidak pasti berapa lama saya akan pergi atau ke mana saya akan tuju. Itulah permulaan perkembangan menakjubkan hidup saya, tetapi bukan sekadar dalam geografi. Saya menyelami budaya lain, bahasa lain, falsafah hidup lain, semuanya telah membentuk hidup saya dan kesan yang saya mahu berikan kepada dunia.

paulb

Paul Ballesty

Jurutera Bahagian Depan

Meninggalkan ruang selesa! Cucu anda akan bertanya tentang hidup anda jadi lebih baik anda mempunyai beberapa kisah yang hebat.

auguste

Auguste Levanaite

Chef

Saya fikir bahawa makanan ialah satu perkara yang boleh mempengaruhi perasaan seseorang. Apabila melihat pekerja Canva gembira semasa mereka menikmati makanan yang disediakan oleh saya dan Song, saya rasa mahu mencuba dengan lebih gigih lagi.

harley

Harley Mellifont

Jurutera Bahagian Depan

Ambil contoh satu saiz skrin yang biasa, mungkin 1280×720 piksel pada 32bit warna. Bilangan kemungkinan gambar yang skrin tersebut boleh paparkan ialah 2^(32*1280*720). Jika anda meneliti setiap kemungkinan gambar yang boleh dipaparkan oleh skrin tersebut, anda akan melihat semuanya. Setiap foto diri anda, ahli keluarga anda, haiwan peliharaan anda, tempat dan makanan kegemaran anda. Setiap orang yang pernah hidup. Setiap wayang yang pernah wujud. Setiap hasil seni dan reka bentuk yang boleh dicipta. Setiap bintang, planet, sistem solar, galaksi dan kelompok super. Segalanya. Jadi jangan takut untuk berfikir di dalam kotak. Walaupun semasa bekerja sambil menghadapi kekangan, kemungkinannya sukar dibayangkan

Kim

Kim Tomacruz

Pereka Bentuk Grafik

Saya menyedari bahawa keseluruhan proses kreatif patut diraikan, bukan sahaja kesempurnaan berkilat pada penghujungnya. Semua yang berterabur, tidak teratur dan “kegagalan" yang didakwa sendiri memberi tujuan yang bagus jadi tiada sebab untuk takut kepadanya.

kris

Kris Howard

Penyelaras Kejuruteraan

Selesakan diri bercakap di hadapan kumpulan. Ia teruk, semua orang membencinya, tetapi jika anda boleh bina reputasi anda sebagai seorang yang memberi ceramah teknikal dan tidak takut untuk bertanya soalan – ia hanya akan memberi anda manfaat dalam perjalanan anda. Ia bukanlah satu kemahiran yang semula jadi tetapi ia adalah sesuatu yang anda harus pupuk. Sertai kumpulan, aktifkan diri di dalamnya dan selesakan diri dengan mengangkat tangan dan bertanyakan soalan yang mungkin boleh mengubah seluruh kerjaya anda.

cliff

Cliff Obrecht

Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Operasi

Hebat. Saya suka melakukan sesuatu 100%. Berusaha gigih, bermain bersungguh-sungguh.

Hazel Gascon

Hazel Gascon

Pakar Sokongan Kanan

Orang ramai beranggapan yang saya sangat sensitif tetapi sebenarnya saya tidak. Tunggu sehingga anda lihat bagaimana saya di rumah. Tunggu, mungkin lebih baik anda tidak melihatnya.

Poppie2

Poppie Pack

Pereka Bentuk Kanan

Kerjaya saya memerlukan daya kreatif yang banyak. Mencari cara baharu untuk memastikan pengguna tertarik dan gembira memang agak mencabar, namun mendatangkan kepuasan. Melihat perkara yang individu boleh hasilkan dalam masa sejam di Canva masih mengagumkan saya.

Mick

Mick Evans

Pereka Bentuk UI 

Saya sering bertanya dan tertanya-tanya jika ada cara yang lebih baik untuk melakukan perkara yang kebanyakan kita menerimanya sebagai normal. Saya mengambil pendekatan yang sama terhadap kerja saya.

andre

Andrianes Pinantoan

Pemasar Pertumbuhan

Ini saya telah baca di suatu tempat: Apabila memulakan kerjaya anda, jangan pilih kerja yang anda mahu lakukan. Pilih pengurus/mentor yang anda mahu bekerja dengannya. Gagal berbuat demikian, pilih syarikat yang tepat untuk bekerja dengannya.

Pengurus yang benar akan mengajar anda perkara yang bernilai – perkara yang anda sendiri tidak sedar bahawa anda tidak tahu. Bekerja dalam syarikat yang betul memperlihatkan cara orang yang pakar dalam bidangnya berfikir dan anda boleh belajar banyak perkara hanya dengan berada bersama-sama mereka sepanjang hari.

brendan

Brendan Humphreys

Jurutera Kanan 

Saya membina mainan yang sangat bodah. Saya bercadang akan membuatkan mainan elektronik untuk hari lahir pertama anak yang berusia enam bulan, dan dia mendapatkannay apabila dia berusia empat tahun. Ia mengambil masa selama empat setengah tahun untuk selesai, tetapi ia ialah karya seni.

Kei San Pablo

Kei San Pablo

Pengurus Negara

Sepatutnya saya mengambil bidang perubatan. Mujur saya tidak meneruskannya. Jika tidak, tentu saya tidak berada di sini.

AJ

AJ Basilio

Ketua Kurator Pasar

Lakukan sesuatu yang membuatkan anda benar-benar gembira dan berpuas hati, walau apapun orang lain kata. Ada ketikanya beberapa orang mahupun keluarga anda sendiri tidak bersetuju dengan keputusan yang anda buat. Jika anda pasti langkah tersebut akan menggembirakan anda, teruskan.

_MG_0617

Keziah Canguilan

Pakar Sokongan

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Manila, jadi tinggal di luar metro agak menyedihkan. Tetapi keadaan itu boleh menyeronokkan dan mencabar juga. Perubahan membantu saya jadi matang.

mahesh-01

Mahesh Muralidhar

Operasi Individu

Adakah anda benar-benar ingin mengingati masa dahulu dan berfikir, "Saya memilih jalan yang kurang berisiko"? Anda akan membaca dan mendengar tentang kejayaan yang dicapai oleh orang lain dan sentiasa berfikir, saya tidak menetapkan diri saya setinggi itu.

Orak langkah lebih jauh. Beranikan diri. Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari perkara yang anda ingin lakukan. Keadaan akan berubah setiap masa, bersedialah menghadapinya.

Eris Basilio

Eris Basilio

Pakar Sokongan

Membayangkan cabaran. Perkara tersebutlah yang menyedarkan diri saya. Saya teruja untuk menghadapinya.

nic

Nic Wittison

Jurutera Perisian iOS

Sebenarnya saya banyak kali gagal. Proses saya melakukan perkara sangat mencuba dan ralat jadi ia membantu saya menjadi lebih baik dan melakukan perkara dengan cara yang betul. Terdapat pepatah lama “Lebih baik mencuba dan gagal daripada tidak mencuba langsung" dan saya fikir ia terutamanya tepat dalam bidang teknologi. Anda tidak tahu jika sebarang benda akan berfungsi sehingga anda mengambil langkah dan mencubanya. Anda perlu bersedia untuk gagal untuk berjaya.

Des Tan

Desiree Grace Tan

Pereka Bentuk Grafik

Cari dan kenal pasti individu yang anda sanjung dan pelajari perkara yang mereka lakukan untuk mencapai kejayaan. Sentiasa dan sentiasa belajar daripada yang terbaik, individu yang memberi inspirasi yang melakukan apa yang anda sentiasa impikan untuk melakukannya.

Gayle Villarojas

Gayle Villarojas

Pakar Sokongan

Pada mulanya saya berasa sukar, daripada berada di rumah kepada bekerja di pejabat. Bagaimanapun, akhirnya saya boleh menyesuaikan diri dengan keadaan orang ramai di pejabat.

sebastian

Sebastian Grail

Jurutera Perisian iOS

Kami berdua sedang mengembara dan berjumpa di sebuah hostel di Bosnia. Apa yang saya ingat ialah saya mendekati dia dan membuat lawak menakjubkan dan membuatkan dia kagum. Pada dia, saya sedikit kelakar dan banyak bercakap. Apapun, saya mesti telah mengatakan sesuatu yang tepat kerana kini dia adalah isteri saya.

Anne Mayores

Anne Mayores

Pakar Sokongan

Saya cenderung untuk menjadi seorang yang pentingkan kesempurnaan; saya mahu semuanya dirancang. Tetapi dalam kenyataan, tidak semua berlaku dengan cara yang anda rancang. Saya mahu semuanya sempurna – hidup rumahtangga saya, kerjaya saya, dan itulah sebab saya bergelut untuk mengimbangi semuanya.

jaykee

Jaykee Evangelista

Ketua Pasukan Reka Bentuk

Kejar impian anda. Kejar minat anda. Hidup untuk sesuatu, bukan hanya duit.

pat

Trish Andaya

Pakar Sokongan

Perkara yang paling menyeronokkan ialah menjadi sebahagian daripada komuniti dalam talian yang bergaul mesra, dan ini bermaksud bercakap dengan semua orang dari segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia.

jj

JJ Udani

Pakar Sokongan

Orang ramai mempunyai pelbagai pendapat tentang siapa diri saya tetapi pada umumnya saya jenis yang agak pelik. Ada bagus dan tidak bagusnya bagi orang yang berbeza sifatnya tetapi saya tidak mahu mengubah sifat ini kerana itu membuatkan saya unik dan hal ini cuma bergantung pada siapa yang boleh mengikut cara saya dan siapa yang berusaha untuk mengetahui jenis orang seperti saya di sebalik pelbagai sifat yang saya tunjukkan.

aileen

Aileen Dayanghirang

Pakar Sokongan

Saya amat gembira kerana masih hidup dan sihat! Saya juga amat gembira apabila bersama orang tersayang. Mereka memberi saya kekuatan, kegembiraan, kasih sayang dan cahaya. Perkara kedua selain bersama dengan keluarga, saya seronok mengembara dan menerokai budaya lain. Bawa sahaja saya ke pantai, sudah tentu saya akan tersenyum gembira.

danny

Danny Wu

Jurutera Bahagian Depan

Berikan satu tanggapan yang salah tentang diri anda kepada kami yang anda mahu perbetulkan?

Tanggapan salah: ‘Saya membaiki barang.' Saya sebenarnya merosakkan barang.

Apakah satu perubahan yang anda telah lakukan yang paling memberi kesan dalam hidup anda?

Menyertai Canva, serius ni!

bob

Robert John Mohan

Ketua Kewangan

Berikan satu tanggapan yang salah tentang diri anda kepada kami yang anda mahu perbetulkan?

Orang bahagian kewangan menjalani hidup yang terlalu serius – hidup saya juga lebih kurang begitu.  Anak perempuan saya memanggil saya Mr. Beavis.

tiny

Tiny Pang

Saintis Data

Bersimpati sesama manusia. Cuba berjumpa dan bercakap dengan seberapa banyak orang yang berlainan yang boleh. Dengar luahan hati mereka dan ketahui tentang pengalaman mereka. Apabila mempunyai kumpulan rakan yang pelbagai, anda boleh melihat dunia dari sudut pandangan orang lain. Meluangkan masa sesama manusia pula mengajar kita tentang masalah yang orang lain hadapi disebabkan oleh bangsa, jantina, agama, usia, kelas mereka dan sebagainya yang kita mungkin tidak hadapi atau ketahui akan kewujudannya. Mengetahui tentang kesusahan yang dihadapi oleh orang lain dan cara keistimewaan anda sendiri memberikan kesan kepada pandangan anda terhadap dunia ialah alat berkesan yang boleh digunakan untuk menjadi orang yang lebih baik. Kita semua ialah manusia dan kita patut melayan sesama kita dengan sewajarnya.

callan

Callan McNamara

Jurutera Bahagian Belakang

Banyak perkara yang saya ingin lakukan berkaitan hidup saya dan memikirkan bahawa setiap hari saya semakin hampir dengan matlamat itu membuatkan saya gembira dan memberi saya banyak dorongan.

robie

Robbie Hazlewood

Saintis Data & Jurutera Bahagian Akhir

Saya sedang mengembara sendirian merentasi Kanada semasa saya berpeluang menjalani tempoh pertukaran pelajar. Saya mengambil bas merentasi negara dan dalam usaha untuk menjimatkan bayaran hostel, saya cuba mengambil perjalanan bas semalaman. Cara itu pernah gagal sekali, membuatkan saya terpaksa tidur separuh malam di atas bangku taman di Bandar Quebec.

Cameron Adams

Cameron Adams

Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Produk 

Satu perkara yang telah membentuk pandangan saya terhadap dunia ialah keseronokan kreativiti. Saya tidak dapat bayangkan menjalani hidup di mana saya tidak menambah sesuatu kepada dunia, sama ada sebuah lagu, lukisan ataupun perniagaan baharu. Mengeksperimen dan meluahkan diri saya telah membuatkan saya lebih gembira dan saya telah menjadikannya misi hidup untuk membantu orang lain mencipta dan berkomunikasi juga.
Guy-Kawasaki

Guy Kawasaki

Ketua Duta Jenama

Hidup saya mudah untuk difahami. Saya jenis lelaki Apa Yang Anda Lihat Itu Ialah Saya. Dahulu, saya sedar jika anda jujur ​​dan terbuka, ia lebih mudah untuk hidup kerana anda tidak perlu bekerja keras untuk menyimpan pembohongan tekal.

shamal

Shamal Singh

Pengurus dan Pereka Bentuk Vibe

Apakah yang paling menarik menjadi pengurus Vibe di Canva?
Sudah pasti warganya. Kami tidak berminat terhadap politik dan cuba untuk menyelesaikan tugas secepat mungkin.

Apakah bahagian paling sukar tentang kerja tersebut?
Oh, semestinya tentang individu.

song-01

Song Fa-A-Long

Chef Dalaman

Saya hanya mencari kerja untuk beberapa jam sehari supaya saya boleh menjaga anak lelaki saya. Semasa saya bermula, saya berfikir yang ia mengambil masa enam bulan untuk orang menjadi bosan dengan makanan saya dan kemudian saya akan pergi. Tetapi selepas enam bulan mereka meminta saya untuk tinggal dan saya mula mencuba perkara baharu. Kini, saya masak hidangan baharu hampir setiap hari dan saya adalah sebahagian daripada keluarga besar ini.

Mike

Michael Koukoullis

Jurutera Perisian iOS 

Teknologi membolehkan orang ramai melakukan perkara yang mereka tidak dapat lakukan sebelum ini. Kerja yang hebat sebagai seorang jurutera boleh menjadikannya.

Tin Atanacio

Tin Atanacio

Sumber Manusia dan Pegawai Pentadbir

Untuk sekian lama, saya tidak pernah mementingkan diri. Saya selalu memikirkan tentang orang lain. Jadi perubahan yang paling hebat dan yang memberi kesan terbesar pada hidup saya adalah saya belajar untuk lebih menyayangi diri saya sendiri. Ia bukanlah tentang mementingkan diri, ia adalah tentang mengetahui bila anda boleh memberi lebih dengan menyayangi diri anda.

merv

Mervyn Weir

Akauntan Pengurusan

Apakah yang membuatkan anda bangun daripada katil pada waktu pagi?
Anak anjing saya Maia, apabila ia menangis. Secara literal.

sam-02

Sam Killin

Jurutera Bahagian Akhir

Saya mendapat keseronokan yang sama daripada pembinaan perisian sebagaimana jurutera memperoleh keseronokan daripada kejayaan membina jambatan. Perisian lebih abstrak, tetapi tiada perbezaan ketara. Apabila anda melancarkan tapak web atau apl, anda mendapat kepuasan yang sama seperti yang dirasai oleh jurutera lain semasa mereka menghadiri upacara memotong riben. Saya juga seorang yang berdaya saing, oleh itu dorongan saya datang daripada desakan diri sendiri untuk mengejar kepuasan tersebut.

Andy Libunao

Pembantu Pengarang

Keberanian bukanlah bermaksud bersuara lantang atau melakukan sesuatu yang melampau. Kadangkala, keberanian lebih kepada ketabahan dalam diam untuk meneruskan kehidupan.

matt-01

Matt Hardy

Pereka Bentuk

Saya suka kerana dapat membuat reka bentuk setiap hari dan dikelilingi oleh ramai orang yang berbakat. Keadaan ini memaksa anda mengalu-alukan cabaran baharu dan tidak menolak perkara yang anda fikir anda tidak bersedia untuk mencubanya.

Scott_

Scott Hughes

Jurutera Bahagian Depan

Saya benar-benar mengambil berat terhadap perkhidmatan pelanggan. Saya banyak terdorong untuk melakukan "perkara yang saya fikir betul". Apabila bekerja dengan produk yang digunakan oleh berjuta-juta orang, mudah untuk memandang rendah terhadap kesan penambahbaikan kecil. Jika anda boleh membuat kerja seseorang. 001 % lebih mudah atau menjadikan hari mereka. 001 % lebih menyeronokkan, ini sangat ketara apabila anda menganggap ia berganda.

Paul Gernale

Paul Gernale

Pereka Bentuk Grafik

Sekarang gunung menjadi tempat saya melarikan diri daripada kesibukan bandar. Setiap kali saya mendaki gunung, saya berasa gembira dan teruja untuk melihat pemandangan daripada puncak. Ketakutan pasti terasa - takut pada ketinggian, takut ular, takut tidak sampai ke puncak dan takut sesat. Tetapi apa yang paling menakutkan saya ialah kehabisan air semasa mendaki. Anda tidak akan sukakannya. Jimatkan air!

jay

Jay Santos

Pereka Bentuk Grafik

Jika terdapat sesuatu atau seseorang yang berbahaya dalam hidup anda, anda boleh memilih untuk melepaskannya.

Tom

Tom Slack

Penyunting Digital

Sekarang? Sebilangan projek penulisan peribadi jangkamasa panjang sedang membuahkan hasil untuk semua kerja keras, yang sentiasa memberikan senyuman pada diri saya.

Jem Mondonedo

Jem Mondonedo

Pakar Sokongan

Beranikan diri. Jika anda mahu mencapai matlamat dan berjaya dalam hidup, anda perlu mencuba perkara baharu dan lihat peluarng yang ada di luar sana.

Thea

Thea Cinco

Pereka Bentuk Grafik

Saya seorang yang telus. Apa yang anda lihat, itulah saya yang sebenarnya. Saya tidak fikir ada sebarang salah tanggapan terhadap saya.  Setahu saya, tiada. Jika ada, sila beritahu saya.

Ivan Averion(2)

Ivan Averion

Pakar Sokongan Kanan

Sebelum ini saya takut akan perkara baharu, akan perubahan. Jika terdapat perkara baharu yang perlu saya lakukan, saya sentiasa berfikir secara automatik, “Ini perkara baharu bagi saya, saya akan gagal dalam perkara ini". Tetapi kini berbeza, saya fikirkannya sebagai satu cabaran. Kini saya selalu fikirkan perubahan sebagai sesuatu yang saya pasti boleh lakukan.

Kath

Kath Cuevas

Pembangun dan Pereka Bentuk Web

Masa yang saya habiskan untuk melakukan sesuatu, biar pada perkara yang berbaloi.

Shanice Garcia

Shanice Garcia

Pereka Bentuk Grafik

Sangat baik untuk mempunyai orang yang percayakan anda walaupun anda tetap mengatakan anda tidak boleh.

cj

CJ Camua

Pakar Sokongan

Walau betapa teruknya saya jatuh sakit, penat atau tidak gembira, masih ada satu perkara yang saya syukuri –– iaitu saya masih hidup, dan saya dapat bekerja dengan orang yang mengagumkan.

tezzy

Tezz Calvo

Pengurus Dapur

Saya membuat keputusan meninggalkan England kerana cinta. Saya amat merana kerana lelaki itu tidak memilih saya. Dan beberapa hari yang lalu, dia mula menghubungi saya semula selepas bertahun-tahun. Saya mengenalinya selama hampir dua dekad dan saya tidak fikir yang saya telah meneruskan hidup seperti biasa.

stephan

Stephan Schwiebert

Jurutera Bahagian Belakang

Berpindah ke Australia, meninggalkan rakan dan keluarga, dan membuang semua yang saya miliki untuk sampai ke sebelah sana dunia dengan hanya sebuah beg pakaian merupakan pengalaman yang sangat menarik. Di samping itu, saya mempunyai bahu titanium. Jangan cari pasal dengan saya.

max

Max Scheffler

Jurutera Bahagian Belakang

Apakah perkara tentang anda yang kebanyakan orang tidak tahu?

Dalam kehidupan yang lain, saya akan menjadi sama ada seorang tukang masak atau tukang kayu.

ramon

Ramon Forti

Pakar Sokongan (Sepanyol)

Pergelutan terhebat: apabila tidak bergelut.

georgia

Georgia Vidler

Penyetempatan dan Pemasaran

Saya sentiasa terdorong untuk berjaya. Sejak kecil lagi, saya mahukan kedudukan teratas di dalam kelas, pencapai tertinggi, menjadi bintang. Dan saya cenderung menyalahkan diri sendiri apabila atau jika saya tidak mendapatnya. Keadaan ini telah berubah bagi saya sejak kebelakangan ini. Agak mengerikan bunyinya, tetapi pada hari pengebumian saya, saya menyedari tiada sesiapapun akan peduli sama ada saya berkedudukan teratas dalam kelas, atau pencapai tertinggi. Mereka hanya peduli tentang kehidupan orang lain yang saya telah ubah. Jadi sedikit sebanyak hal itu mendorong saya untuk mengubah dunia agar menjadi lebih baik.

elaine

Elaine Xie

Pembantu Akaun

Saya mahukan hidup saya sesempurna kisah dongeng yang saya dengari semasa saya kecil. Tetapi kini saya tahu ketidaksempurnaan itulah yang memberi saya sebab untuk menangis dan ketawa. Keadaan itu membentuk diri saya hari ini dan membolehkan saya memilih keadaan diri yang saya ingini pada masa akan datang.

matta

Matthew Anderson

Seiring dengan peningkatan rentak kehidupan, kita mudah terlupa akan sebab kita melakukan perkara tertentu. Satu perkara yang saya telah mula lakukan ialah memastikan saya makin kurang sibuk dari masa ke masa. Dari segi kerja, saya mungkin menarik diri daripada projek dan meluangkan masa merenung kembali matlamat keseluruhan.

precy

Precy Serneo

Pakar Pasar

Jangan takut untuk mengambil peluang. Anda tidak akan tahu, itu mungkin keputusan terbaik yang anda pernah lakukan.

Ingin mengenali kami dengan lebih lanjut? Jom sertai pasukan kami – kami sedang mencari pekerja!