Perkasakan guru, pelajar dan kakitangan anda untuk bekerjasama dan berkomunikasi secara visual dengan Canva untuk Pendidikan, 100% percuma untuk sekolah rendah dan menengah.
Ya, 100% percuma. Canva percaya dalam memberikan peluang yang sama untuk semua pelajar. Menjadikan Canva untuk Pendidikan 100% percuma untuk sekolah rendah dan menengah serta daerah merupakan cara kami untuk membalas budi.
Jana idea, cipta, semak semula dan bekerjasama dengan mudah antara guru, pelajar dan kakitangan – semuanya di satu tempat. Jadikan seluruh sistem sekolah anda bekerjasama dengan pantas.
Anda yang mengawal keadaan dengan Canva. Urus atau hadkan kebenaran seperti yang anda perlukan. Log masuk dengan pantas dan selamat dengan daftar diri tunggal (SSO). Canva untuk Pendidikan mematuhi FERPA dan COPPA, penandatangan Perjanjian Privasi Data Kebangsaan AS dan akan menyediakan Tambahan Pemprosesan Data yang mematuhi GDPR.
Sambungkan kerja kembali ke LMS anda dengan mudah. Buat tugasan yang menarik dengan Canva, kemudian kongsi dan semak semula tugasan pelajar daripada LMS anda. Canva menyokong integrasi dengan banyak sistem maklumat pelajar yang popular dan alat integrasi data, termasuk Canvas, Google Classroom, Schoology, Classlink, PowerSchool, Infinite Campus, Aeries, Skyward, Global Grid for Learning dan banyak lagi(dibuka di tab atau tetingkap baharu).
Akses beribu-ribu sumber pendidikan berkualiti tinggi untuk diperibadikan bagi pelajar anda. Cipta kandungan visual yang menarik dengan pantas untuk keperluan pentadbiran atau pendidikan dengan Docs, Presentations, Video, Laman-laman Web, Media Sosial, Papan Putih dan Print.
Canva menyokong semua orang di sekolah anda, daripada pentadbir, hingga ke guru dan pelajar.
Pastikan semua orang di institusi mendapat akses kepada tawaran pendidikan peringkat teratas Canva, dengan pelancaran ciri premium, kawalan pengurusan dan perlindungan data di seluruh domain. Sokong kerjasama yang lancar dan komunikasi visual untuk pelajar, guru dan kakitangan. Nikmati kemudahan dan keselamatan daftar diri tunggal (SSO) dan integrasi dengan alat kegemaran anda.
Sertai beribu-ribu sekolah di seluruh dunia yang menyukai Canva untuk Pendidikan
“Saya menganggap diri saya seorang yang kreatif di luar sekolah. Saya suka catan, seni dan kraf. Tetapi di sekolah, kreativiti saya dipamerkan melalui teknologi. Melaksanakan pelajaran dalam Canva adalah jauh lebih menyeronokkan sebagai seorang guru daripada menunjukkan dalam platform yang berbeza.”
Liz Johnson
Penolong Pengetua, Sekolah Awam Wirreanda
Sertai webinar mingguan dalam zon waktu anda untuk mengetahui lebih lagi perihal Canva untuk Pendidikan. Jika anda tidak dapat melihat masa yang sesuai, sila Hubungi pasukan Pendidikan.(dibuka di tab atau tetingkap baharu)
Ya! Canva untuk Pendidikan ialah 100% percuma, tanpa caj tersembunyi atau bayaran yang tidak dijangka.
Kami memberikan komitmen bahawa Canva akan kekal 100% percuma untuk pendidik Tadika hingga Tingkatan 5 (sekolah rendah dan menengah), pelajar mereka, serta daerah sekolah dan institusi yang layak.
Canva untuk Pendidikan memperkasakan guru, pelajar dan kakitangan untuk melakukan kerja terbaik mereka dengan mudah dan dengan kuasa komunikasi visual, 100% percuma.
Sama ada anda mempelajari kemahiran masa depan, melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah secara kreatif, bekerjasama dalam tugasan kumpulan, membangunkan surat berita, anda boleh melakukan semua perkara tersebut dengan Canva dan mencungkil potensi semua orang.
Dengan Canva untuk Sekolah & Daerah, seluruh sekolah atau daerah anda boleh mengakses semua yang ditawarkan oleh Canva untuk Pendidikan, 100% percuma. Perkara ini termasuk semua manfaat Canva untuk Pendidikan di samping akses kepada Kit Jenama dalam Hab Jenama anda sendiri untuk mencipta ketekalan, keselamatan, peruntukan akaun terpusat, penyepaduan alat dan banyak lagi.
Semua ciri Pasukan Canva disertakan dalam Canva untuk Pendidikan, serta ciri khusus untuk pendidik, seperti integrasi LMS, keupayaan untuk berkongsi kerja dan tugasan dengan pelajar, beribu-ribu templat pendidikan berkualiti tinggi dan banyak lagi.
Daerah sekolah dan institusi juga boleh menikmati ciri keselamatan gred perusahaan, kerah tugas melalui SSO, sokongan suai tugas dan latihan pembangunan profesional - semuanya percuma.
Canva untuk Pendidikan tersedia untuk pendidik sekolah, daerah dan individu di peringkat Tadika hingga Tingkatan 5 (rendah dan menengah).
Pelajar boleh mencipta, bekerjasama dan berkomunikasi secara visual dalam bilik darjah, sementara guru dan pentadbir boleh menjimatkan masa dan melibatkan khalayak mereka dengan mudah. Lihat garis panduan kelayakan(dibuka di tab atau tetingkap baharu) penuh kami.
Canva untuk Sekolah & Daerah hanya tersedia untuk pendidik, pelajar dan kakitangan Tadika hingga Tingkatan 5 (rendah dan menengah) di daerah sekolah dan institusi yang layak. Lihat garis panduan kelayakan(dibuka di tab atau tetingkap baharu) penuh kami. Institusi pendidikan tinggi boleh mendapatkan akses kepada Canva untuk Kampus(dibuka di tab atau tetingkap baharu).
Dengan Canva untuk Sekolah & Daerah, semua orang di sekolah anda boleh mengakses semua yang ditawarkan oleh Canva untuk Pendidikan pada skala.
Keperluan teknikal untuk Canva untuk Sekolah & Daerah termasuk:
Tiada masalah. Setelah sekolah atau daerah anda bersepadu dengan Canva, pengguna bukan sahaja akan mendapat akses kepada pasukan sekolah terurus baharu mereka, malah juga akan mengekalkan akses kepada kandungan sedia ada, semuanya melalui log masuk tunggal.
Manfaat Canva untuk Sekolah & Daerah ialah:
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut? Hubungi kami(dibuka di tab atau tetingkap baharu) untuk bermula.
Tawaran daerah dan pendidikan khusus kami adalah patuh FERPA dan COPPA, dan kami juga merupakan penandatangan Perjanjian Privasi Data Kebangsaan. Kami komited terhadap pematuhan GDPR dan menawarkan kandungan yang selamat untuk sekolah.
Kami komited untuk memastikan pelajar dapat memanfaatkan potensi penuh Canva sambil mengekalkan keselamatan sepenuhnya apabila perkara tersebut berkaitan dengan kandungan yang dapat diakses oleh mereka dalam pustaka Canva.
Canva menggunakan set perlindungan berbilang lapisan untuk memastikan kandungan dalam platform Canva untuk Pendidikan kami selamat untuk sekolah dan selamat untuk pelajar. Selain set istilah carian yang disekat, kami juga memanfaatkan platform pembelajaran mesin terbaik dalam kelasnya yang mengimbas koleksi berjuta-juta foto dan grafik kami yang sedia ada untuk mengenal pasti, menandai dan mengalih keluar akses kepada kandungan "tidak selamat untuk sekolah" bagi pengguna Canva untuk Pendidikan. Koleksi kami disemak oleh moderator kandungan manusia untuk memastikan pematuhan dengan takrifan "tidak selamat untuk sekolah" kami.
Pelajari Canva dengan memanfaatkan pustaka sumber pendidikan yang luas(dibuka di tab atau tetingkap baharu) kami termasuk tutorial produk, kursus dan sumber, atau sumber pelajar yang direka bentuk oleh rakan guru untuk guru.
Sertai komuniti pengajaran dalam talian global atau tempatan kami untuk belajar dan mendapat inspirasi daripada rakan guru. [Sertai kami di Facebook](dibuka di tab atau tetingkap baharu)[Ikuti kami di Twitter](dibuka di tab atau tetingkap baharu)
Canva menyediakan sokongan strategik yang berterusan untuk seluruh sekolah atau pasukan pendidikan anda, termasuk pelaporan yang terperinci dan diperibadikan, sumber serta pembangunan profesional untuk guru dan sekolah anda.
Canva disepadukan dengan alat bilik darjah yang paling popular, termasuk Canvas, Google Classroom, Schoology, Classlink, PowerSchool, Infinite Campus, Aeries, Skyward, Global Grid for Learning dan banyak lagi di sini(dibuka di tab atau tetingkap baharu).
Guru, sekolah dan sistem sekolah Tadika hingga Tingkatan 5 (rendah atau menengah) layak untuk Canva untuk Pendidikan(dibuka di tab atau tetingkap baharu) atau Canva untuk Daerah. Jika anda dalam pendidikan tinggi,sila lawati halaman Canva untuk Kampus(dibuka di tab atau tetingkap baharu) kami untuk mengetahui lebih lanjut.