Susun idea anda dan persembahkan idea hebat anda dengan Peta Minda yang menarik daripada Canva.

peta minda pelancaran produk

Gunakan peta minda untuk menyusun idea yang kompleks

Pernahkan anda mempunyai terlalu banyak idea bermain dalam fikiran anda? Memetakan idea anda mungkin adalah apa yang anda perlukan untuk perbincangan, mengambil nota atau menyelesaikan masalah yang rumit. Latihan ini membantu mengeluarkan idea anda dengan cara menghasilkan peta visual untuk idea anda supaya anda boleh mengingat dengan lebih baik, mengenal pasti hubung kait dan melihat gambaran yang besar.

Dengan pembuat Peta Minda dalam talian Canva yang percuma, anda boleh mencipta reka bentuk Peta Minda yang menarik dengan mudah. Pasukan pereka kami yang hebat telah mencipta templat yang profesional yang boleh anda edit dan sesuaikan dengan pantas. Hanya pilih templat yang terbaik untuk anda, edit elemen templat tersebut, dan mula memeta idea hebat anda.

Reka bentuk peta tapak dalam Canva menggunakan langkah-langkah mudah ini:

  1. Cipta akaun Canva baharu untuk mula mereka bentuk Peta Minda anda sendiri.
  2. Pilih templat dan klik pada teks dan imej untuk mula menyuaikan peta anda.
  3. Sesuaikan perincian seperti warna dan fon.
  4. Pilih daripada rangkaian menarik elemen graf kami seperti bingkai, bentuk dan garisan.
  5. Simpan dan kongsi.

Pilih warna yang spesifik untuk pendapat dan idea anda

Peta Minda boleh berubah dari topik ke topik, jadi pastikan idea anda tersusun dengan memberikan kod warna untuk reka bentuk anda. Tukar cabang atau warna kotak teks mengikut topik cabang dan kotak teks tersebut supaya anda boleh mencari dan menghubungkan idea-idea yang berkaitan dengan mudah. Gunakan alat pelet warna Canva untuk memilih mana-mana warna dalam spektrum atau masukkan kod heks yang spesifik.

Gunakan imej, ilustrasi dan ikon

Menambah elemen visual seperti imej dan ilustrasi boleh membantu anda untuk lebih fokus kerana visual adalah bahasa komunikasi semula jadi otak kita. Malahan, menggunakan imej untuk idea utama anda adalah digalakkan. Lihat pustaka media ikon, foto dan ilustrasi Canva yang menarik untuk digunakan dalam peta minda anda. Cari daripada lebih sejuta foto simpanan dan tambahkannya pada reka bentuk anda dengan menyeret dan menjatuhkan foto simpanan ke dalam editor.

Bekerjasama dengan rakan kongsi

Berbincang dengan pasukan anda di mana-mana sahaja di dunia dengan mendapatkan input pasukan anda dalam reka bentuk Peta Minda anda. Ia semudah berkongsi pautan ke versi boleh edit untuk reka bentuk anda. Kini pasukan anda boleh mengakses Peta Minda anda dan menambah edit, pandangan dan idea mereka sendiri pada bila-bila masa dan dari mana-mana komputer meja, komputer riba, peranti iPhone, iPad atau Android. Apabila selesai anda boleh memuat turun reka bentuk anda sebagai fail JPEG, PNG atau PDF, kongsikan pada media sosial anda atau e-mel terus kepada seseorang.