Canva dalam misi untuk menyembuhkan planet ini agar komuniti dan petani tempatan dapat bertani dengan lebih lestari.
Dengan menanam dan melindungi pokok, kami meningkatkan pembendungan air, kepelbagaian hayat dan perlindungan habitat di samping turut mewujudkan peluang dalam pertanian dan perhutanan tani.
Kami menanam spesies asli untuk memulihkan ekosistem yang penting dan terancam.
Untuk memupuk kepelbagaian tumbuhan, kami telah menanam lebih 205 spesies pokok asli yang berbeza daripada pokok Ara hingga pokok Balete hinggalah Afzelia Quanzensis.
Tumbuhan Satu Cetakan, Satu Pokok juga melindungi spesies terancam dengan menyelamatkan habitat spesis tersebut.
Ini merupakan titik fokus tapak penanaman pokok kami di Filipina, yang menyokong komuniti tempatan untuk mencari habitat bagi spesies terancam seperti Helang Filipina dan Buaya Filipina.
Kami telah bekerjasama dengan Yayasan Helang Filipina untuk melindungi Helang Filipina yang terancam. Kami komited untuk memastikan kemandirian spesis berkenaan, kepelbagaian hayat yang diwakili oleh spesis itu, dan penggunaan sumber hutan kami secara lestari untuk dinikmati oleh generasi akan datang.
Helang Filipina — burung kebangsaan Filipina — merupakan sejenis helang yang jarang sekali ditemui di dunia. Burung ini adalah burung pemangsa gergasi yang disenaraikan sebagai terancam secara kritikal oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN), dengan anggaran jumlah hanya 400 pasang lagi di hutan belantara. Helang ini terancam setiap hari oleh aktiviti manusia — hutan merupakan satu-satunya tempat tinggal helang tersebut.
Malangnya, pembalakan haram dan penggunaan sumber yang tidak bertanggungjawab telah mengakibatkan kehilangan habitat hutan helang tersebut, dengan sekurang-kurangnya seekor helang Filipina yang terbunuh setiap tahun. Memandangkan semakin banyak hutan kita yang hilang, Helang Filipina pergi lebih jauh daripada tempat buruannya yang biasa untuk mencari mangsa untuk diburu. Spesies burung yang megah dan semakin pupus ini tidak boleh ditemui di tempat lain kecuali di Filipina. Kehilangan spesies akibat kepupusan juga bermakna dunia kehilangan warisan biologi yang berharga.
Rakan kongsi penanaman kami di Sungai Betsiboka menumpukan perhatian untuk memulihkan hutan bakau yang berharga di situ. Muara Betsiboka pernah dikelilingi oleh hutan bakau yang menampung pelbagai habitat untuk spesies tumbuhan dan haiwan yang unik. Berabad-abad lamanya, penduduk tempatan Malagasi telah bergantung pada ikan dan kerang-kerangan yang hidup dalam ekosistem ini untuk mendapatkan sumber makanan yang lestari. Sistem akar pokok bakau yang dalam juga penting untuk menstabilkan garis pantai dan mengurangkan hakisan.
Terletak di daerah Boane, tapak Mahubo memiliki kawasan seluas kira-kira 82km. Perkampungan tempatan terdiri daripada lebih dari 100 ribu orang, yang kebanyakannya bergantung pada pertanian untuk saraan hidup. Kawasan ini telah menyaksikan kehilangan besar hutan bakau disebabkan penuaian berlebihan arang dan kayu. Canva akan memulihkan kawasan seluas kira-kira 20 hektar dengan menanam lebih daripada 200,000 batang pokok bakau, khususnya spesies asli Rizhopora, Ceriops dan Bruguiera.
Di sebelah utara ibu kota Kenya, Nairobi, kampung Kijabe terletak di pinggir Lembah Rengkahan Besar. Tempat ini terkenal dengan rupa bumi curam yang kering dan hutan Afromontane. Hutan unik di Kenya ini merupakan tempat tinggal banyak komuniti pastoral yang bergantung kepada ekosistem tempatan untuk menyara diri mereka dan ekonomi. Disebabkan acara pembasmian hutan yang berkaitan terutamanya dengan penuaian arang, tanah tersebut sangat merosot. Rakan kongsi pemulihan kami akan menggunakan pelbagai kaedah perhutanan semula, termasuk pertumbuhan semula secara semula jadi yang diuruskan oleh petani (FMNR) untuk membantu memulihkan kawasan tersebut.
Aktiviti penuaian berlebihan untuk kayu api dan bahan binaan telah memusnahkan hutan bakau di sepanjang garis pantai Haiti. Pencemaran, peningkatan aras laut dan ribut taufan juga memainkan peranan dalam mengancam kesihatan ekosistem pokok bakau dengan menyekat atau mengganggu aliran pasang surut. Menghutankan semula garis pantai selatan adalah sangat penting bukan hanya untuk ekosistem tetapi juga untuk kesihatan dan keselamatan komuniti tempatan. Penanaman pokok bakau akan membantu melindungi penduduk tempatan daripada kekuatan taufan yang terlalu kerap melanda Haiti.
Pada awal abad yang lalu, 70% daripada Filipina ditumbuhi hutan, tetapi ini telah menurun dengan cepat ke tahap rendah sekitar 18.3%. Ini sebahagian besar disebabkan oleh pembasmian hutan bersama-sama dengan kemerosotan tanah dan telah mendatangkan akibat yang membinasakan terhadap kepelbagaian hayat. Dengan lebih 304,000 ekar litupan hutan musnah di Filipina setiap tahun, hutan yang tersisa boleh hilang menjelang tahun 2036.
Dengan lebih daripada 20,000 spesies endemik, Filipina diiktiraf sebagai salah satu daripada 17 buah negara, bersama-sama, memiliki dua pertiga daripada kepelbagaian hayat bumi.
Dengan mengambil kira hal ini serta memandangkan Filipina merupakan sebahagian penting dalam keluarga Canva (pasukan luar pesisir terbesar kami berpusat di Manila), kami terdorong untuk bertindak. Melalui program ini, Komuniti Canva boleh membuat perbezaan di seluruh dunia dan di tempat kita sendiri.
Jean Zamanjisy
Ketua Antanamarina, Madagascar
Tidak, kami tidak menanam sendiri pokok-pokok ini. Kami telah bekerjasama dengan Reduce. Reuse. Grow. Inc. (RRG), sebuah perniagaan Kelestarian sebagai Perkhidmatan yang mengendalikan program untuk membantu mengimbangi kesan daripada industri cetak, barangan bungkusan pengguna dan teknologi.
RRG akan menguruskan proses penanaman pokok bagi pihak kami. Dengan bekerja di negara-negara ini, Canva bukan hanya akan menyumbang dalam memerangi perubahan iklim dengan menanam hutan pensekuesteran karbon dan hutan bakau, malah kami juga akan memberikan manfaat ekologi dan sosial kepada penduduk tempatan.
Rakan kongsi kami dalam usaha pemulihan ini menggaji penduduk kampung tempatan dalam aktiviti penanaman dan perlindungan perhutanan ini, yang mewujudkan rangsangan ekonomi.
RRG akan menguruskan proses penanaman pokok bagi pihak kami dan memilih lokasi yang paling sesuai untuk ditanam, di seluruh dunia. Kami akan memperluas lokasi penanaman ini setiap tahun.
Tapak-tapak ini dipilih kerana ia membolehkan kami memaksimumkan faedah alam sekitar yang kami berikan di samping turut mendorong kesan positif kepada penduduk di kawasan tempat kami menanam.
Adalah penting untuk kekal komited dan bekerja bersama-sama dengan penduduk kampung dan masyarakat tempatan untuk mencapai usaha perhutanan semula yang berjaya dan tahan lama. Rakan kongsi kami menggunakan metodologi "Menggaji untuk Menanam" bagi memberikan manfaat kepada ahli komuniti tempatan yang mendatangkan faedah daripada pesanan anda. Dengan pekerjaan stabil, penduduk kampung yang miskin boleh mula membeli keperluan harian seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, ubat-ubatan dan akhirnya menyedari manfaat memiliki hutan yang sihat untuk menampung masyarakat mereka.
Dengan perkembangan terus program kami, kami bersama-sama dengan RRG akan memperkenalkan tapak pemulihan yang baharu di serata dunia.
RRG akan memastikan penanaman pokok asli yang sesuai untuk tapak tersebut. Rakan kongsi kami tidak akan menanam atau memperkenalkan spesies invasif. Ada kalanya, tapak akan merangkumi penanaman peratusan tertentu spesies perhutanan tani untuk kegunaan komuniti yang lestari.
Ini bergantung pada kawasan tempat kami menanam. Jawapannya adalah sama ada tapak semaian komersial atau pengumpulan benih langsung. Untuk tahun pertama ini, sebahagian besar benih kami akan dikumpulkan oleh penduduk kampung tempatan dari hutan tersisa yang berdekatan. Jika perlu menambah benih yang dikumpulkan, benih dibeli dari bank benih tempatan yang dipercayai. Semua anak benih Canva ditanam di tapak semaian tempatan yang khusus rakan kongsi pemulihan untuk memastikan kualiti dan kadar percambahan.
Sebilangan besar projek dijana pesanan cetak Canva terletak di atas tanah kerajaan yang berada di bawah kuasa langsung komuniti tempatan. Beberapa projek perhutanan tani kami yang berskala kecil di Haiti terletak di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh petani.
Pokok-pokok itu dimiliki oleh komuniti tempatan yang mengambil bahagian secara aktif dalam pemulihan hutan kawasan mereka. Satu pengecualian adalah apabila pokok perhutanan tani ditanam di atas tanah milik petani tempatan. Dalam kes sedemikian, petani memiliki pokok-pokok itu bersama dengan hasil daripada pokok-pokok tersebut.
RRG mempunyai rangkaian rakan kongsi pemulihan yang akan bekerjasama dengan penduduk daripada komuniti tempatan untuk merekrut pasukan penanaman. Matlamat kami ialah untuk menanam pokok dan juga mengurangkan kemiskinan yang melampau. Pekerjaan akan diberikan kepada penduduk yang hidup di bawah garis kemiskinan dalam komuniti tersebut bagi mewujudkan sumber pendapatan yang boleh diharap untuk mereka dan keluarga mereka.
Pelbagai kaedah penanaman yang kami gunakan termasuk pembuangan akar lebihan (singling) atau pertumbuhan semula secara semula jadi yang diuruskan oleh petani, bola benih, semaian biji benih, pemindahan akar dedah dan penanaman propagul pokok bakau.
Secepat mungkin. Kadang-kadang adalah secepat tiga bulan sehingga pokok anda ditanam. Ini bergantung pada negara tempat pokok anda diperuntukkan dan kebermusiman untuk penanaman.
Kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan hutan yang kami tanam berkekalan dan lestari.
Setakat ini, rakan kongsi pemulihan kami bekerjasama secara teliti dengan semua peringkat kerajaan untuk mendapatkan perjanjian bertulis yang menetapkan tapak pemulihan sebagai dilindungi selama-lamanya dan kami tidak menanam di kawasan pembalakan. Pasukan mereka mengupah penduduk kampung tempatan untuk menanam pokok supaya ada insentif ekonomi bagi memastikan kesejahteraan projek pemulihan dan mereka juga membekalkan penduduk kampung tempatan dengan sumber bahan bakar alternatif (tungku kayu kering yang jimat bahan bakar dan tungku parabola solar) yang mengurangkan dan/atau menghapuskan kebergantungan mereka pada arang. Akhir sekali, mereka mengupah pengawal hutan sebagai sebahagian daripada tenaga buruh. Sebenarnya, salah satu rakan kongsi penanaman kami, Eden Restoration, baru-baru ini telah mewujudkan Kumpulan Wang Endowmen Pengawal Hutan yang memasukkan satu sen daripada harga sebatang pokok ke dalam dana untuk penjagaan dan perlindungan jangka panjang tapak perhutanan semula tersebut.
Peratusan kematian anak benih dan propagul tidak dapat dielakkan. Apa yang didapati oleh RRG ialah kematian menjadi tidak relevan kerana pertumbuhan semula secara semula jadi mula berlaku dan mula melipatgandakan kesan. Di tapak paya bakau, pertumbuhan semula secara semula jadi biasanya melebihi 200% daripada jumlah asal yang ditanam. Perkara yang sama berlaku di tapak daun luruh yang kering di Madagascar.
Setakat 1 Ogos 2022, kami telah menanam 2.4 juta pokok. Angka ini sentiasa berkembang kerana kami komited untuk menanam lebih banyak pokok.
Tidak. Kami memperoleh kertas daripada sumber yang lestari, terpisah daripada projek perhutanan semula kami.