CPG0-Header-SimpleBanner-Img

Canva untuk Barangan Pengguna Berbungkus

Reka bentuk dengan mudah label pembungkusan selaras dengan jenama, siaran media sosial dan video produk untuk syarikat barangan pengguna berbungkus anda menggunakan Canva.
Aruba
Hubspot
IDC
Pearson
Be Military Fit
1-CPG-ContentFeature

Reka bentuk pemasaran tidak pernah semudah ini

Canva dapat membantu dengan semua yang anda perlukan untuk membina strategi pengiklanan barangan pengguna berbungkus yang hebat. Daripada reka bentuk logo dan pembinaan jenama untuk media sosial hingga label pencetakan untuk keluaran produk terbaharu anda, pasukan anda dapat menyertai Canva dan mula mencipta reka bentuk menarik perhatian yang menjadikan produk anda menyerlah — walaupun tanpa pengalaman reka bentuk.

Reka bentuk logo dan bina jenama anda

Reka bentuk barangan pengguna berbungkus merupakan sebahagian besar kejayaan syarikat, maka adalah penting untuk mempunyai alat yang tepat dalam menimbang keputusan reka bentuk anda dengan teliti.

Canva merupakan platform terbaik untuk tugas tersebut. Terdapat ribuan imej dan elemen untuk dipilih dalam pustaka aset, dan sebaik sahaja anda menetapkan skema warna, anda boleh membina reka bentuk dalam Kit Jenama — tidak perlu lagi meneka sekiranya warna biru itu berbeza sedikit daripada yang digunakan dalam ujian logo pada minggu lalu.

Cipta jenama anda dan kekal menggunakan jenama tersebut

  • Pustaka Aset: Pilih daripada lebih 100 juta imej dan elemen reka bentuk yang percuma dan premium.
  • Folder: Simpan, tuju semula, kongsi dan simpan aset dengan selamat.
  • Editor Foto: Edit dan terbitkan foto produk dan pasukan anda.
  • Elemen berkunci: Lindungi jenama syarikat CPG anda.
2-CPG-ContentFeature
3-CPG-ContentFeature

Jadikan setiap penyampaian tidak dapat dilupakan dengan pembentangan yang selaras dengan jenama

Apabila mencari pembiayaan — sama ada buat kali pertama atau untuk mengembangkan operasi semasa anda — anda memerlukan pembentangan menarik yang menyentuh semua perkara utama dalam rancangan perniagaan anda. Canva dapat membantu anda menyediakan pembentangan tersebut.

Pembentangan Canva merupakan cara terbaik untuk menggambarkan jenama dan produk anda, sama ada anda menggunakan satu daripada ribuan templat prareka bentuk kami dan disesuaikan dengan warna jenama anda, atau anda mereka bentuk pembentangan dari awal.

Pikat pelabur dengan pembentangan yang sempurna

  • Pustaka Templat: Pilih daripada ribuan templat percuma dan premium.
  • Templat Jenama: Cipta templat pasukan berjenama untuk seluruh pasukan anda.
  • Kit Jenama: Muat naik dan akses logo, warna jenama dan fon anda dengan mudah.

Cipta label, pelekat, barang dagangan, sepanduk, papan tanda kedai dan banyak lagi

Pada masa kini, perniagaan perlu menghasilkan reka bentuk grafik yang hebat untuk usaha pemasaran digital mereka — laman web, halaman media sosial, surat berita e-mel, halaman produk, siaran blog dan banyak lagi. Namun, pengiklanan barangan pengguna berbungkus melibatkan semua perkara tersebut serta sejumlah besar bahan bercetak.

Cetakan Canva membantu anda mereka bentuk semua yang anda perlukan, daripada pelekat label hingga barang dagangan, sepanduk dan kad produk untuk pembekal. Anda boleh mencetak semua ini dengan mudah dan membuat penghantaran.

Cagaran bercetak untuk CPG

  • Cetakan Canva: Cetak secara lestari dan hantar reka bentuk ke pintu rumah anda.
  • Reka Bentuk Produk Promosi Syarikat: Cipta beg jinjing, baju dan aksesori berjenama yang menggambarkan perniagaan anda.
4-CPG-ContentFeature
pexels-vlada-karpovich-4050319

Cipta siaran media sosial dan laman web yang hebat

Pemasaran digital untuk barangan pengguna berbungkus sebahagian besarnya tertumpu pada media sosial dan kedai dalam talian yang hebat. Gunakan Canva bagi mereka bentuk templat media sosial untuk semua jenis siaran — pengumuman produk baharu, tumpuan utama ahli pasukan, jualan dan promosi dan banyak lagi. Sebaik sahaja anda menyiapkan siaran anda, anda dapat menyambungkan akaun sosial anda serta menjadualkan dan menerbitkan siaran itu terus daripada Canva.

Media sosial dan kedai dalam talian CPG dipermudah

  • Templat Laman Web: Membina laman web melibatkan banyak kerja. Permudah kerja anda dengan mula menggunakan salah satu templat laman web Canva yang boleh disesuaikan.
  • Penjadualan Sosial: Cipta dan jadualkan kandungan pada lapan akaun sosial yang berlainan, terus daripada Canva.
  • Perubahan Saiz Ajaib: Perubahan semula saiz satu klik daripada sebarang format kepada TikTok, Pinterest, Instagram, Facebook, LinkedIn, YouTube dan banyak lagi.

Pamerkan produk anda dengan video berjenama

Sebaik sahaja perniagaan anda beroperasi, pelanggan gemar melihat semua perkara berkaitan cara perniagaan anda dijalankan. Fikirkan video proses pembotolan atau pengetinan produk atau malah video proses pembungkusan atau nyahkotak. Anda mungkin hanya ingin memperkenalkan diri anda dan pasukan anda kepada pengikut anda.

Walau apa jua cara yang anda lakukan, video sosial dapat menarik minat pengikut anda serta mempamerkan produk dan personaliti syarikat anda. Dengan editor video Canva, anda dapat memuat naik bahan visual yang diambil pada telefon anda dengan cepat dan mudah, memangkas dan mengedit dalam sekelip mata, menambah penjenamaan anda, kemudian menjadualkan bahan visual untuk disiarkan secara langsung pada semua platform. Penghasilan video sosial yang menarik tidak pernah semudah ini.

Video iklan dan promosi

  • Video Canva: Pangkas, edit dan jenamakan video anda terus dalam Canva.
  • Folder: Simpan, tuju semula, kongsi dan simpan aset dengan selamat.
  • Editor Foto: Edit dan terbitkan foto produk anda, pasukan anda dan kemudahan anda dengan editor foto Canva yang mudah digunakan.
pexels-canva-studio-3194518
pexels-canva-studio-3153199

Selesaikan tugas anda di mana-mana sahaja

Memulakan perniagaan barangan pengguna berbungkus bukan untuk mereka yang lemah semangat. Itulah sebabnya antara muka Canva yang responsif dan kolaboratif sesuai untuk perniagaan baharu. Anda dapat mereka bentuk di mana-mana sahaja pada aplikasi Canva pada telefon atau tablet anda, memberikan maklum balas secara komen langsung dan menerbitkan di mana-mana sahaja anda berada. Selain itu, sebarang perubahan yang dibuat oleh pasukan anda akan dipaparkan secara langsung agar anda dapat bekerjasama pada reka bentuk dalam masa nyata.

Bekerja bersama-sama, dari mana-mana sahaja

  • Kerjasama Masa Nyata: Bekerjasama dalam masa nyata dari mana-mana sahaja — pada komputer meja atau sebarang tablet mahupun telefon dengan aplikasi Canva.
  • Aliran Kerja Proses Kelulusan: Semak dan luluskan reka bentuk dengan serta-merta.

SOALAN LAZIM

solutions-footer

Canva membantu syarikat beralih daripada idea kepada perusahaan

Jemput semua orang dalam pasukan anda untuk mencipta dan bekerjasama dengan Canva untuk Pasukan.