hero-image-hand-planting-mangroves

Mereka bentuk masa depan yang lebih mampan

Amalan dan matlamat kelestarian Canva


Kami berbangga dengan apa yang telah kami capai dan teruja dengan matlamat besar kami

2021

neutral karbon secara global

+90%

pengurangan pelepasan daripada perkhidmatan awan

5J+

pokok yang diumpukkan

800+

Perubahan iklim

canva-value-be-a-force-for-good-sticker

Jadilah tenaga untuk kebaikan dengan tindakan iklim yang berani

Kesepakatan saintifik adalah jelas bahawa kita mesti mengehadkan pemanasan global kepada 1.5°C. Untuk mencapai matlamat ini, planet ini perlu mengurangkan pelepasan sebanyak 50% menjelang tahun 2030 dan mencapai pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050.

Menangani perubahan iklim dan memikirkan perihal keupayaan kita sendiri untuk mengurangkan pelepasan karbon ialah salah satu cara utama untuk "menjadi daya untuk kebaikan," salah satu nilai panduan kami.

Menjangkau Sifar Bersih

Operasi Canva di Australia telah menjadi neutral karbon sejak tahun 2020. Setakat tahun 2021, keseluruhan operasi global kami, termasuk cetakan dan anak syarikat, juga neutral karbon. Kami kini telah memasuki fasa Menjangkau Sifar Bersih, apabila kami memberi tumpuan kepada penjanaan semula, membina impak kami dan menyembuhkan planet ini.

canva-community-photo
Tanda petikan
"Pada zaman ini, syarikat mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar daripada mantra lama untuk tidak melakukan kejahatan."

Melanie Perkins

CEO Canva


Pejabat mampan

  • canva-kitchen-man-cooking
  • canva-recycling-bins
  • canva-bee-hive-rooftop


canva-building-facade-sydney

Berjalan pada tenaga boleh diperbaharui

Operasi Australia dikuasakan oleh tenaga boleh dibaharui. Kami sedang berusaha untuk memadankan penjanaan dan penggunaan tenaga boleh diperbaharui kami 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Operasi serantau kami di Filipina, China, AS dan Eropah akan menyusul dalam masa terdekat.

Anda cetak, kami tanam

Untuk setiap pesanan cetakan yang dibuat dengan Canva, kami menanam sebatang pokok – itu ialah idea mudah dengan impak yang besar.

Canva sedang dalam misi untuk memulihkan planet ini dengan membaik pulih tanah ternyahgred yang menyediakan sumber kritikal untuk komuniti terpencil dan hidupan liar. Dengan menanam dan melindungi pokok, kami meningkatkan pengekalan air, biodiversiti dan perlindungan habitat di samping mewujudkan peluang dalam pertanian dan perhutanan tani untuk petani kecil bertani dengan lebih lestari.

girl-planting-seeds
man-harvesting-plants

Penyahkarbonan

Pengimbangan karbon ialah titik permulaan yang penting, tetapi itu bukan tumpuan kami. Selaras dengan mengehadkan pemanasan kepada 1.5°C, Canva amat komited untuk menangani cabaran pendekarbonan.

Kami akan mengalihkan tumpuan kami kepada bahan dan prinsip ekonomi kitaran, di samping menumpukan pada rantaian bekalan kami; berusaha untuk memahami langkah yang diambil oleh setiap rakan kongsi perolehan kami ke arah mengurangkan jejak alam sekitar mereka dan standard yang mereka patuhi.

Fokus pada kredit yang memberi kesan

Penting bagi Canva untuk bersikap transparen dalam pendekatan kami terhadap kredit karbon. Terdapat dua jenis kredit karbon utama yang ditakrifkan oleh Pasukan Petugas untuk Menskalakan Pasaran Karbon Sukarela:

  1. Projek pengelakan/pengurangan: mengurangkan pelepasan daripada sumber semasa. Contohnya dengan membiayai pelaksanaan teknologi karbon lebih rendah, seperti tenaga boleh dibaharui.
  2. Projek penyingkiran/pensekuesteran: mengeluarkan CO2 daripada atmosfera, termasuk melalui pensekuesteran berasaskan alam semula jadi, seperti penghutanan semula.

Kami memberi tumpuan kepada kredit penyingkiran dan kami merancang untuk membina projek Penjanaan Semula Semula Jadi Terurus Petani kami sendiri pada masa hadapan.

mountains-forest-photo

Templat kelestarian

Kekuatan kami adalah untuk memperkasakan dunia melalui reka bentuk. Kami telah mencipta pustaka templat tindakan iklim yang luas dan sentiasa berkembang. Pada tahun 2021, templat Hari Bumi kami telah dimuat turun sebanyak 3.1 juta kali.

lisa-blair-footer-banner-background

Lisa menerangi jalan

Lisa Blair adalah kuasa yang kuat untuk kebaikan. Beliau adalah wanita pertama yang belayar solo mengelilingi Antartika dengan satu hentian. Kini beliau keluar semula untuk belayar tanpa henti, solo dan tanpa bantuan mengelilingi Antartika dalam masa kurang daripada 100 hari untuk meningkatkan kesedaran tentang tindakan iklim. Kami telah bekerjasama dengan Lisa untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mengambil tindakan alam sekitar yang positif.