1. Cipta Logo Beranimasi

Pembuat logo beranimasi dalam talian percuma

Dalam dunia yang sentiasa berubah, anda tidak boleh membiarkan jenama anda pegun. Cipta reka bentuk animasi logo anda sendiri untuk menarik dan menambat perhatian kepada salah satu daripada aset jenama anda yang paling penting. Pusing, pop, lantun atau dedahkan logo dalam pelbagai cara menggunakan pembuat logo animasi mudah Canva.

Create Animated Logos

Hidupkan kisah jenama anda

Kita sememangnya akan tertarik kepada visual, lebih-lebih lagi visual yang bergerak. Tambah satu tingkat lagi kepada penceritaan jenama anda dengan mencipta versi beranimasi logo jenama anda. Anda boleh menyampaikan matlamat jenama anda dengan lebih jelas melalui logo yang bergerak dan membawakan keseronokan kepada sesuatu yang pada asalnya medium yang statik. Gunakan gaya gerakan menarik untuk mewakili jenama yang sentiasa berubah. Atau gunakan animasi yang lancar untuk menggambarkan logo yang lebih moden atau suasana korporat. Gerakan yang perlahan dan halus juga dapat menggambarkan pelbagai cerita tentang jenama anda .

Dengan Canva, penciptaan animasi logo mudah, terima kasih kepada editor yang amat ringkas. Bukan setakat mudah digunakan, bahkan bagi pereka baharu, aplikasi ini menyeronokkan! Hanya seret, lepas dan klik pada alat reka bentuk kami. Serta, dengan pustaka yang dipenuhi dengan templat percuma membolehkan anda mendapat inspirasi, anda tidak perlu bermula dengan halaman kosong yang menggentarkan. Hanya pilih templat dan sesuaikan ini dengan baik dengan menukar warna, fon dan berjuta-juta grafik dan unsur visual di hujung jari anda.

Cara menggerakkan logo animasi

Mula senarai: Cara menggerakkan logo animasi

Mula dengan Canva

Pertama, buka Canva dan pergi ke "Logo Beranimasi" untuk pustaka templat yang direka bentuk secara profesional untuk mendapatkan inspirasi dan sesuaikan ini.

Pilih gaya logo beranimasi yang betul untuk disesuaikan jenama anda

Kedua, pilih mana-mana logo beranimasi yang direka bentuk paling hampir dengan penampilan dan suasana yang anda inginkan. Semua templat ini boleh disesuaikan sepenuhnya. Anda boleh bermula dengan reka bentuk kosong daripada mula. Ini boleh seringkas-ringkasnya atau sekompleks yang anda inginkan!

Sesuaikan logo beranimasi anda

Sesuaikan animasi logo anda dengan menukar latar video, warna reka bentuk, gaya fon, saiz fon dan teks. Pilih kesan yang anda inginkan. Anda boleh menganimasikan unsur dan teks secara berasingan atau menggerakkan keseluruhan reka bentuk.

Muat turun sebagai video MP4 atau fail GIF

Setelah anda berpuas hati dengan animasi logo anda, simpan dan muat turun logo sebagai fail video MP4 resolusi tinggi atau GIF. Dengan fail video, anda boleh menyertakan audio, sementara fail GIF memberikan anda klip yang lebih pendek, termampat tanpa bunyi.

Tambah ini kepada pelbagai media penjenamaan visual anda

Akhirnya, pastikan anda mencipta ingatan kembali dan pengecaman untuk jenama anda dengan menggunakan logo beranimasi baharu anda dalam pelbagai media visual seperti tapak web, akaun media sosial dan video pengiklanan dan promosi berlainan.
Tamat senarai: Cara menggerakkan logo animasi
Buat logo beranimasi

Pertama, buka Canva dan pergi ke "Logo Beranimasi" untuk pustaka templat yang direka bentuk secara profesional untuk mendapatkan inspirasi dan sesuaikan ini.

Kedua, pilih mana-mana logo beranimasi yang direka bentuk paling hampir dengan penampilan dan suasana yang anda inginkan. Semua templat ini boleh disesuaikan sepenuhnya. Anda boleh bermula dengan reka bentuk kosong daripada mula. Ini boleh seringkas-ringkasnya atau sekompleks yang anda inginkan!

Sesuaikan animasi logo anda dengan menukar latar video, warna reka bentuk, gaya fon, saiz fon dan teks. Pilih kesan yang anda inginkan. Anda boleh menganimasikan unsur dan teks secara berasingan atau menggerakkan keseluruhan reka bentuk.

Setelah anda berpuas hati dengan animasi logo anda, simpan dan muat turun logo sebagai fail video MP4 resolusi tinggi atau GIF. Dengan fail video, anda boleh menyertakan audio, sementara fail GIF memberikan anda klip yang lebih pendek, termampat tanpa bunyi.

Akhirnya, pastikan anda mencipta ingatan kembali dan pengecaman untuk jenama anda dengan menggunakan logo beranimasi baharu anda dalam pelbagai media visual seperti tapak web, akaun media sosial dan video pengiklanan dan promosi berlainan.
Buat logo beranimasi

Segala yang anda perlukan untuk menganimasikan logo anda, secara percuma

Dengan Canva, anda tidak perlu mengimbas sepuluh tapak web dan alat reka bentuk gerakan berbeza, hanya untuk mendapatkan bahan yang anda perlukan untuk mencipta logo beranimasi anda. Semua yang anda perlukan daripada palet warna, fon percuma, ikon dan unsur beranimasi, latar video, audio dan imej, semuanya ada di hujung jari anda. Hanya cari dalam pustaka kami yang dipenuhi dengan berjuta-juta bahan reka bentuk percuma. Pilih daripada pelbagai gaya animasi untuk menghidupkan logo anda. Pilih yang menarik seperti “Pop,” “Runtuh,” atau “Hentak,” atau pilih gaya yang kurang ketara seperti “Hanyut,” “Pudar,” atau “Bernafas.”

Yang terbaik adalah, sama ada anda perusahaan yang telah mantap atau perniagaan yang baru bermula, Canva ialah alat reka bentuk yang percuma. Anda hanya perlu membayar jika anda ingin menggunakan unsur atau ciri premium seperti Perubahan Saiz Ajaib, Templat Pasukan, Penghilang Latar dan banyak lagi.

Dapatkan inspirasi dengan templat logo beranimasi yang dicipta oleh profesional

Untuk bermula atau mendapatkan konsep reka bentuk merupakan proses yang paling sukar dalam proses kreatif. Tetapi, apabila anda dapat memilih atau mendapat ilham daripada templat, ini bukanlah tugas yang menggentarkan. Pasukan profesional kami telah menghimpunkan koleksi logo beranimasi dengan pelbagai gaya dan tema. Hanya pilih templat yang paling hampir dengan visi anda, kemudian sesuaikan templat tersebut sekurang-kurang atau sebanyak mana yang anda inginkan.

Kawal sepenuhnya penjenamaan dan visual anda

Dapatkan logo beranimasi yang paling sesuai untuk perniagaan dan jenama anda. Dengan Canva, anda mengawal semua perkara yang berkaitan dengan identiti visual anda. Apabila anda mencipta logo anda menggunakan Canva, sama ada beranimasi atau tidak, anda boleh mengawal warna dan gaya yang mewakili jenama anda. Muat naik logo asal anda, dan hanya tambah animasi, atau masukkan slogan iklan di bahagian bawah dan animasikan itu juga. Semuanya mengikut keinginan anda. Anda bukan pereka bentuk grafik gerakan profesional? Tiada masalah! Canva memudahkan proses mereka bentuk bagi semua orang dengan editor intuitif. Hanya seret, lepas dan klik untuk membuat animasi logo seperti profesional.

Soalan Lazim

Mencipta animasi logo mungkin menggentarkan, tetapi proses ini mudah dengan alat yang sesuai. Mulakan dengan templat atau daripada mula. Sejajarkan warna, unsur visual, latar dan fon mengikut garis panduan jenama anda. Kemudian, hanya animasikan pelbagai grafik dalam susun atur, secara berasingan atau seluruh reka bentuk. Selepas itu, simpan reka bentuk anda sama ada sebagai video MP4 atau fail GIF.

Bergantung pada kerumitan keperluan anda, logo beranimasi boleh menelan belanja beratus-ratus ringgit, tidak termasuk masa berharga anda yang dihabiskan berulang-ulang dengan agensi atau pereka bentuk. Tetapi, dengan menggunakan alat kami, anda boleh mereka bentuk logo beranimasi secara percuma dan mengawal setiap butiran dalam logo anda.

Malah imej statik atau rata boleh hidup dengan unsur, warna dan fon visual yang baik. Tetapi, dengan logo beranimasi, anda boleh meningkatkan ini ke peringat berikutnya dengan menggerakkan reka bentuk anda. Klik pada butang "Animasi" pada editor kami untuk menggunakan kesan "Timbul", "Pan", "Pop" dan banyak lagi. Anda juga boleh menganimasikan teks secara berasingan, seperti "Mesin Taip", "Letup", "Guling” dan “alih”, contohnya. Animasi logo boleh menghidupkan dan menambahkan keajaiban kepada penjenamaan anda.

Lebih Banyak Reka Bentuk