• Utama
  • Cipta Imej Kecil YouTube

Cipta Imej Kecil Paling Menarik untuk Video Youtube Anda

Usah beri pilihan untuk penonton anda menatal lalu imej kecil YouTube anda tanpa melakukan klikan dan tontonan.

Buat reka bentuk imej kecil YouTube yang menarik perhatian yang meningkatkan kadar tontonan

Akhirnya, anda telah selesai melakukannya — anda telah merakam dan mengedit video yang lebih hebat daripada semua klip kucing yang terdapat dalam Internet. Kini anda tertanya-tanya sama ada semua kehebatan itu dapat dihimpunkan dalam satu design imej kecil sahaja. Anda tentu inginkan sesuatu yang akan merakam seluruh video anda dalam satu imej dan menggalakkan kebolehklikannya dalam satu langkah.

Dengan Canva, anda boleh memperkayakan gambar pilihan anda dengan unsur teks dan design, atau mencipta design thumbnail yang kemas untuk senarai main atau saluran yang disegerakkan. Dengan alatan dan antara muka kami yang mudah dikemudikan, anda boleh menyesuaikan thumbnail YouTube mengikut kebolehsebaran segera. Bagaimanakah untuk membuat imej kecil youtube? Mudah!

Bagaimana untuk membuat lakaran kenit YouTube

  1. Lancarkan Canva

    Buka Canva di meja komputer anda atau aplikasi mudah alih. Log masuk atau daftar diri menggunakan akaun Google atau Facebook, kemudian cari templat "Imej kecil YouTube" untuk mula mereka bentuk.

  2. Terokai templat

    Perlukan inspirasi? Cari templat imej kecil YouTube muzik, templat imej kecil YouTube makanan, kecantikan, perjalanan, tutorial dan banyak lagi. Jika anda melihat sesuatu yang anda suka, klik pada templat untuk mula mereka bentuk.

  3. Nikmati pelbagai ciri

    Pustaka Canva mempunyai berjuta-juta foto, ikon dan ilustrasi untuk dipilih. Gunakan ciri animasi untuk menjadikan imej kecil anda menonjol. Cari skema warna dan kombinasi fon yang unik untuk jenama anda.

  4. Sesuaikan imej kecil anda

    Jadi kreatif dengan imej kecil anda. Muat naik imej atau karya seni anda sendiri, lakukan eksperimen dengan susun atur, susun semula bahan dan buat mana-mana perubahan lain yang anda rasa sesuai. Reka bentuk anda boleh menjadi unik seperti anda.

  5. Muat naik dan terbitkan

    Setelah berpuas hati dengan reka bentuk imej kecil anda, tiba masanya untuk kongsikannya dengan dunia. Muat turun dan simpan ke komputer meja atau peranti mudah alih anda, kemudian tambahkannya ke saluran anda. Anda juga boleh kongsikannya di media sosial dengan satu klik.

Buka Reka Bentuk Imej Kecil YouTube yang baharu

Manfaatkan templat imej kecil YouTube yang direka bentuk secara profesional

Salah satu faedah memiliki saluran YouTube rasmi ialah pilihan memuat naik imej kecil anda sendiri. Ciri ini bertindak sebagai wajah video anda dan kebanyakannya menentukan sama ada video anda akan ditonton. Jadi, dalam usaha anda menerbitkan video tersebut, tentu sekali anda tidak ingin mengabaikan butiran yang kecil tetapi penting ini.

Walaupun anda tergesa-gesa untuk menerbitkan video tersebut, anda tidak perlu mengabaikan keberkesanan imej kecil anda. Canva membolehkan anda mencipta muka depan video yang menawan untuk mahakarya anda menggunakan templat sedia ada dan direka bentuk secara profesional, yang turut membolehkan pengguna bukan pereka bentuk memulas dan membuat sendiri menggunakan antara muka seret dan lepas Canva yang mudah.

Cipta pasukan dan bekerjasama

Imej kecil YouTube anda adalah perkara pertama yang penonton anda lihat sebelum menonton video anda. Dengan Canva, anda boleh mengekalkan kreativiti anda dan menjemput ahli pasukan untuk bekerjasama pada lakaran kecil YouTube anda dalam masa nyata. Siarkan komen, tag ahli pasukan anda, tinggalkan maklum balas, kongsi reka bentuk dan selesaikan cadangan semua dalam editor Canva.

Muat naik dan sunting gambar anda sendiri untuk menghasilkan imej kecil yang merakam detik terbaik video anda

Imej kecil anda berkemungkinan besar disertakan elemen yang diambil daripada video itu sendiri. Bagi kebanyakan orang, gambar itu mungkin ringkas sahaja. Namun bagi pakar saluran yang benar-benar tahu selok-belok perkara yang dilakukan, anda tentu sedar bahawa anda boleh melangkah setapak ke hadapan dengan memutar beberapa tombol warna dan kontras untuk menghasilkan warna yang bersesuaian dengannya.

Muat naik gambar milik anda ke templat reka bentuk anda dan ubah suai dengan mudah. Dengan Canva, keupayaan menyunting anda merangkumi pelarasan kecerahan dan kontras atau pemilihan pratetap, untuk mencipta penapis yang boleh digunakan semula berulang kali pada imej kecil akan datang.

Pilih daripada pilihan meluas fon dan ikon untuk muka depan imej kecil YouTube yang menawan

Sekeping gambar menceritakan pelbagai kisah tetapi penambahan tajuk pada imej kecil anda akan memberikan lebih banyak maklumat. Jika anda telah menyemak lewa saluran paling disukai ramai di YouTube, anda akan menyedari bahawa biasanya saluran tersebut meletakkan tajuk pada imej kecil mereka. Saluran yang lebih bagus menambahkan naskhah pelengkap yang menyokong imej mereka secara langsung dan menjadi penghenti tatal yang berkesan.

Mudah sahaja untuk menambahkan teks pada imej kecil anda menggunakan Canva. Tambahan pula, anda boleh memilih daripada pelbagai pilihan fon yang melengkapi kandungan video anda — gabungan muzik yang menarik atau syarahan bermaklumat. Ikon, foto dan ilustrasi juga sentiasa tersedia untuk menghidupkan semua idea reka bentuk anda.

Gunakan imej kecil YouTube yang mengagumkan pada saluran anda dan semua ciri media sosial anda

Tahniah! Anda telah mereka bentuk imej kecil YouTube yang cukup sesuai untuk video anda! Kini, anda hanya perlu memuat turun reka bentuk mengagumkan itu dan memuatkannya pada saluran anda!

Hanya pergi ke butang Muat Turun dan pilih format imej keutamaan anda. Muat turun format itu sebagai JPEG untuk menghasilkan fail yang bersaiz lebih kecil atau gunakan sebagai PNG jika anda inginkan imej berkualiti tinggi yang menawan. Sesuaikan video anda dengan karya agung imej kecil anda dan terbitkan dalam dunia dalam talian untuk tontonan dan belajar daripada contoh cemerlang anda.

Berkolaborasi bersama kumpulan anda

Canva dibina untuk membantu anda mengembangkan jenama anda. Jika anda mencipta syarikat permulaan, membina perniagaan kecil atau mengimpikan yang lebih besar, setelah anda mencipta logo Canva anda, boleh membantu pasukan anda mencipta reka bentuk jenama yang kemas dengan palet, logo dan elemen warna jenama yang boleh dikongsi di editor. Anda juga boleh bekerjasama dalam masa nyata pada sebarang reka bentuk, di mana-mana peranti, dari sebarang lokasi.

Soalan Lazim

Saiz imej kecil YouTube ialah 1280 x 720 piksel, dengan lebar minimum 640 piksel. Dimensi menggunakan nisbah aspek 16:9. Kekal pada ukuran fail maksimum 2 MB. Ingat, ia mesti nampak baik apabila dipaparkan dengan saiz yang sama dengan pemain video.

Imej kecil YouTube yang bagus menarik perhatian orang dan menarik mereka ke saluran anda. Itu bermaksud ia memerlukan saiz yang tepat, gunakan foto atau imej yang menarik dan berkualiti tinggi, dan sertakan teks tajuk anda untuk memberikan konteks kepada penonton anda.

Amalan imej kecil YouTube termasuk:

  • memilih fon yang bersih dan mudah dibaca untuk teks tajuk anda
  • menggunakan warna dan grafik yang sepadan dengan jenama anda
  • memanfaatkan kontras warna untuk menjadikan imej sejelas yang mungkin
  • mencerminkan kandungan saluran anda dengan tepat.

Lebih Banyak Design Media Sosial