Dengan ratusan reka letak percuma untuk dipilih dan pustaka yang penuh dengan imej mengagumkan, cukup mudah untuk mencipta jemputan parti yang sempurna dalam Canva.
Cipta dan kongsikan jemputan parti menakjubkan dalam Canva menggunakan pilihan reka letak kami yang direka bentuk secara profesional. Muat naik gambar anda atau pilih daripada pustaka imej menakjubkan kami untuk mencipta jemputan sempurna bagi sebarang keraian parti.
Canva membolehkan anda merakamkan keperibadian dan gaya dalam jemputan parti anda. Reka letak kami boleh disesuaikan walaupun untuk keraian yang paling unik! Seret dan lepas imej kegemaran anda serta pilih fon dan warna yang sesuai dengan tema anda.
Anda tidak akan kebuntuan inspirasi apabila anda mereka kad jemputan parti dalam Canva. Selain memuat naik imej anda sendiri dengan percuma, kami memberi anda capaian kepada lebih 1 juta imej, grafik dan ilustrasi premium. Kebanyakan imej ini adalah percuma, manakala selebihnya hanya berharga $1 setiap satu.
Facebook membolehkan anda berhubung dengan keluarga dan rakan tanpa menyimpan alamat surat-menyurat dan nombor telefon. Simpan reka bentuk anda sebagai fail PNG untuk berkongsi reka bentuk tersebut di web. Cipta acara di Facebook dan muat naik jemputan parti funki anda atau hantar dalam mesej peribadi kepada rakan karib anda!
Selain daripada perincian asas acara, jemputan parti mungkin merangkumi latar yang sederhana dengan warna dan fon yang cerah, meriah; imej, ilustrasi atau foto yang sesuai dengan tema anda; dan ruang untuk maklumat kenalan supaya para tetamu dapat RSVP.
Fon jemputan parti klasik merangkumi Ostrich Sans, Nevis Bold, Century Schoolbook, Bookeyed Nelson, Champagne, Everything Holiday, Playlist atau Priscilla. Fon skrip boleh dibaca tetapi elegan, fon tulisan tangan lebih sentimental, fon serif abadi dan fon san serif yang lebih moden. Untuk teks badan, serif dan sans serif kelihatan paling baik.
Semasa menulis jemputan parti anda, pastikan untuk menyebutkan peristiwa, masa dan tarikh, lokasi, tema, nama hos dan perincian RSVP. Jelaskan sama ada parti itu dilayan atau BYOB. Jika parti anda mempunyai tema, reka bentuk teks anda di sekitarnya.