Secara sepintas lalu, beritahu orang tersayang ke mana anda akan pergi dengan membuat reka bentuk kad tukar alamat menggunakan Canva. Siapa tahu, dengan begitu banyak reka letak menarik, anda mungkin memperoleh beberapa hadiah masuk rumah baharu!

Mereka bentuk kad pindah rumah untuk meraikan kediaman baharu anda

Berpindah rumah boleh menjadi amat rumit. Membungkuskan barang ke dalam kotak, mengalihkan kabinet antik Mak cik Tipah, mematikan bekalan utiliti dan juga memberitahu semua orang yang terdekat bahawa anda akan berpindah tempat tinggal. Jangan risau, Canva sedia membantu!

Kurangkan tekanan perpindahan rumah dengan membuat kad pindah rumah yang tidak dapat dilupakan menggunakan alatan yang mudah digunakan dan susun atur bergaya yang kami sediakan. Kongsikan berita perpindahan anda dengan membuat kad yang menyentuh hati, menyeronokkan atau gaya lain — anda tidak perlu risau tentang biskut Hari Raya Mak cik Tipah yang tidak sampai ke rumah anda.

Cipta kad pindah rumah anda sendiri dengan lebih cepat daripada beratur menunggu giliran di pejabat pos

  1. Buat akaun Canva baharu untuk mulakan membuat reka bentuk Kad Pindah Rumah anda sendiri.
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Sesuaikan kad pindah rumah anda dan berikan kesan yang mendalam

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Mereka bentuk kad anda dalam talian dengan Canva supaya anda tidak kehilangannya semasa berpindah

Dengan Canva, anda tidak perlu bimbang tentang pemacu kilat yang menyimpan reka bentuk anda: kami menyimpan segala-galanya pada awan! Anda boleh mengakses reka bentuk anda dalam talian di mana-mana sahaja atau cuba gunakan aplikasi percuma kami untuk kedua-dua peranti iOS dan Android supaya anda boleh membawa bersama stesen kerja reka bentuk dalam beg tangan atau beg galas anda.

Muat naik fotograf tersuai untuk menayang kediaman baharu anda

Perkara pertama yang ingin dilihat oleh rakan anda ialah gambar kediaman baharu anda! Canva memudahkan anda menambahkan foto anda sendiri pada susun atur kami yang mengagumkan. Hanya muat naik foto anda dan seret foto terus ke dalam kad pindah rumah anda. Kami juga membantu anda memangkas, menyunting dan menapis foto anda agar kelihatan bergaya dan moden.

Adakah kad pindah rumah anda kekurangan sesuatu? Cari daripada koleksi luas kami dengan lebih 1 juta foto stok dan unsur design untuk mencantikkan lagi kad pindah rumah anda dengan jidar, pusaran dan hiasan lain yang menarik. Dengan kebanyakan gambar dalamnya tersedia secara percuma dan imej premium hanya berharga $1, anda boleh menjadikan rumah baharu anda kelihatan hebat walaupun perabot masih dalam perjalanan!

Beritahu orang tersayang bahawa anda telah berpindah tanpa bersusah-payah

Apabila anda selesai mereka bentuk dan sudah berpindah masuk, Canva turut boleh membantu anda menghantar kad pindah rumah anda. Salin keseluruhan buku alamat anda ke dalam ciri "Kongsi" kami dan kemudian semua rakan dan rakan perniagaan anda akan menerima kad anda dalam peti masuk mereka. Jika anda memberitahu semua orang, anda turut boleh menyiarkan berita perpindahan anda ke Facebook, Twitter atau platform media sosial yang lain.

Adakah anda ingin mula mendapat surat pada alamat baharu anda? Mulakan surat-menyurat dengan mengepos kad pindah rumah anda menggunakan cara lama! Semua design Canva kelihatan menarik dalam cetakan dan dengan hanya beberapa klik, anda boleh menyediakan PDF berkualiti tinggi untuk dicetak dan diposkan.