Laman utama Canva
  1. Cipta Video Meme

Ubah detik yang lucu kepada video meme yang lucu

Meme Video Banner

Editor seret dan lepas mudah

1J+ templat direka bentuk secara profesional

Jana kandungan dan media dengan AI

Muat turun atau kongsi reka bentuk dengan mudah

Tunjukkan sesuatu yang lucu untuk ketawa dengan keluarga dan rakan. Ketawa sepuas-puasnya dengan menambah rasa humor kepada reaksi yang tidak ternilai yang dirakam pada kamera dan peribadikan ini menggunakan pembuat video meme Canva.

Create Meme Videos

Buat semua orang ketawa dengan video meme

Semuanya boleh dijadikan sebagai meme, tambah kepada telatah dan keganjilan Internet dengan pembuatan meme yang hebat. Situasi yang tidak masuk akal? Jadikan ini mood untuk semua orang. Jenaka yang tersangat lucu belum dedahkan? Kongsikan untuk dinikmati oleh semua. Atau anda boleh bermain-main dengan video meme untuk menukarkan perbualan dalam talian anda kepada lawak jenaka.

Dengan penjana video meme Canva, anda tidak perlu mengambil masa yang lama untuk berseronok. Naik taraf meme biasa dan statik anda kepada video meme lucu yang bergerak. Keluarkan reaksi tidak ternilai, spontan dalam foto atau video anda dan letakkan kapsyen yang lucu untuk mengabadikan detik tersebut. Anda juga boleh menambah animasi dan unsur grafik yang menggelikan hati, kemudian menyimpan ini dalam MP4 untuk berkongsi dengan segera. Gunakan ini untuk menarik perhatian pengikut anda atau untuk membuatkan jenama anda lebih sehati dengan generasi dalam talian.

Cara membuat video meme

How to make a meme video

Memperkenalkan Magic Studio™: Semua kuasa AI Canva

Magic Studio™ menghimpunkan alat dikuasakan AI yang terbaik untuk anda dan pasukan anda bagi membantu anda mereka bentuk dengan lebih mudah, pantas dan kreatif.

Reaksi anda terakam dalam kamera

Meme semuanya tentang visual. Gambar atau reaksi video menceritakan untuk anda, oleh itu anda perlu mencari kiu visual yang sepadan untuk menjayakan lawak jenaka itu. Jika anda mempunyai reaksi yang boleh dibuat sebagai meme terakam dalam kamera, gunakan ini sebaik-baiknya Anda bebas untuk memuat naik klip, foto atau tangkapan skrin daripada galeri anda kepada Canva dan gunakan ini untuk memperibadikan video meme anda.

Editor video meme Canva juga mempunyai pelbagai imej, GIF dan video stok percuma yang dipralesen yang boleh membantu anda mencipta meme yang lucu dan semberono yang akan disukai orang. Anda juga boleh menambah runut ketawa tau bunyi aneh daripada pustaka audio stok berkualiti kami.

Pergerakan Besar. Besar. Gedang!

Lepasi meme biasa dalam imej pegun. Buatkan video anda pop, pudar, timbul, dan banyak lagi untuk mendapatkan perhatian semua orang pada setiap siaran lucu yang anda ada. Siapa tahu? Ini mungkin akan menularkan meme anda. Ingat yang visual beranimasi bantu menarik perhatian penonton, oleh itu cipta video meme anda dengan gerakan yang besar dan bertenaga.

Kekalkan perhatian semua orang dengan menambah animasi yang mengujakan kepada teks dan unsur anda. Atau tetapkan seluruh video meme anda kepada gerakan dengan peralihan yang rancak. Klik “Animasikan” dan gunakan kesan berbeza kepada mana grafik dalam susun atur anda, supaya ini memberikan penceritaan jenaka anda lebih lucu kepada video meme anda .

Pengeditan (dan perkongsian) pastinya mood

Sungguh mudah untuk menjadi pencipta video meme hebat. Sama ada cipta satu untuk terlibat dengan komuniti anda sebagai jenama atau hanya sebagai perbualan ringan dan lucu bersama keluarga dan rakan anda. Anggap video meme anda sebagai tambahan kepada ekspresi anda dan berbuat ini dengan lancar menggunakan editor video Canva Sesuaikan templat yang sedia cipta dengan mudah dengan alat seret dan lepas kami. Kemudian dapatkan video meme tersuai anda tanpa tera air.

Kongsi video meme anda pada semua akaun media sosial anda atau tambahkan kepada kandungan masa depan seperti vlog. Siarkan dengan pantas terus daripada editor atau jadualkan ini dalam alat perancangan kandungan kami. Anda juga boleh memuat turun ini sebagai MP4 berkualiti tinggi, oleh itu mudah apabila anda ingin memberikan reaksi kepada topik yang popular atau membuatkan ketawa dalam sembang biasa anda.

Soalan Lazim

Internet ialah tempat yang sangat baik untuk mencari beberapa jenis meme. Pustaka kami mempunyai koleksi templat percuma yang anda boleh menyesuaikan secara mudah dan menyimpan sebagai video meme asal anda.

Tentunya! Meme boleh bertindak sebagai selingan atau tindak balas kepada detik dalam video YouTube anda. Hanya muat turun video meme tersuai anda dalam MP4 resolusi tinggi. Kemudian, gunakan editor video kami untuk memuat naik dan edit unsur lain seperti audio dan klip untuk menghasilkan kandungan YouTube.

Gunakan sisi lucu anda dengan mengedit video meme dalam perjalanan. Cipta reka bentuk detik yang boleh dibuat meme pada penyemak imbas mudah alih atau hanya muat turun aplikasi kami dalam peranti iOS atau Android. Log masuk ke akaun anda atau daftar diri untuk akaun dan cipta kejayaan dengan video meme anda.

Kandungan meme boleh menjadi lucu dan berwawasan. Sesetengahnya selalu menggunakan satira, komen atau nostalgia untuk membuat meme yang memberi kesan. Alat teks kami membolehkan anda menambah kapsyen agar sesuai dengan visual. Fon San serif seperti Helvetica dan Arial biasanya standard, tetapi anda boleh memilih pilihan yang luar biasa dengan muka taip yang hiasan dan menyeronokkan.

Lebih Banyak Reka Bentuk