Usah berpuas hati dengan slaid anda yang membosankan. Cipta persembahan ucap utama yang menarik di Canva! Gabungkan ucapan anda dengan kepintaran reka bentuk kami, kemudian kawal pentas dengan yakin dan berikan pembentangan yang memukau.

Karang pembentangan keynote yang membuatkan hadirin tergaman

Sebelum anda memberi ucapan penting yang seterusnya, pastikan anda diiringi oleh pembentangan yang hebat! Sama ada anda memberi pembentangan keynote untuk pelancaran produk, bercakap lebih mendalam tentang penemuan baharu TED (Teknologi, Hiburan, Reka Bentuk) atau menyampaikan cerita yang memberikan inspirasi, pembentangan yang hebat boleh menambah perisa pada mesej anda dan membesarkan impak pada kata-kata anda.

Tinggalkan slaid anda yang membosankan dan buat pembentangan keynote yang terbaik dengan Canva! Sama ada anda ingin menambah baik infografik anda atau menambahkan foto menyerlah yang berkualiti tinggi untuk menonjolkan diri, kami memberi anda alat untuk menghasilkan pembentangan keynote yang tidak dapat dilupakan.

Sediakan pembentangan keynote yang mencetuskan inspirasi tanpa bersusah-payah

  1. Buka Canva dan pilih jenis design "Persembahan"
  2. Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok
  4. Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks
  5. Simpan dan kongsikan

Sesuaikan pembentangan keynote anda untuk membuatkan para hadirin anda tergaman kagum

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon segar.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Besarkan impak pada ucapan keynote anda dengan grafik berkualiti tinggi tanpa berbelanja lebih

Pembentangan yang paling berkesan pastinya mempunyai ayat yang ringkas dan padat tertera pada skrin yang berlatarkan foto resolusi tinggi. Muat naik foto kegemaran anda, atau cari dalam koleksi luas kami yang mengandungi lebih 1 juta foto stok untuk mencari bahan sebenar yang diperlukan, tanpa mengira topik anda. Kami mempunyai banyak imej yang anda boleh gunakan dengan percuma dan imej premium hanya berharga $1, jadi idea revolusioner anda tidak memerlukan kos yang tinggi.

Buka ruang dalam kumpulan kerja anda dengan bekerjasama menggunakan Canva

Konsep yang menarik ialah hasil kerjasama banyak minda. Tidak kira rakan kerjasama anda, kami boleh membantu kumpulan anda menjadi terbuka dan berkembang melangkaui ruang pejabat anda. Anda bukan sahaja boleh mengakses Canva secara dalam talian di mana-mana sahaja terdapat sambungan Internet, kami turut menawarkan aplikasi iOS dan Android beraneka ciri secara percuma. Ia percuma untuk dimuat turun dari App Store dan Google Play.

Kami juga menjadikan kerjasama lebih mudah. Hanya klik butang “Kongsi”, kemudian tandai kotak untuk membenarkan orang lain menyunting pembentangan anda. Sesiapa sahaja yang mempunyai pautan boleh menyumbang dan semua perubahan akan disimpan ke awan, jadi anda boleh mencapainya dari mana-mana sahaja. Idea yang amat pintar, kan?

Terbitkan slaid anda dalam talian atau cetak supaya senang diedarkan

Membolehkan mesej anda menjangkau ke luar bilik persidangan dan kongsikan slaid anda dalam talian! Sebaik sahaja pembentangan keynote anda bersedia untuk persembahannya, klik butang “Kongsi” untuk mengirimkan slaid anda ke Twitter, Facebook, atau memautkannya kepada sesiapa sahaja yang mempunyai alamat e-mel.

Anda turut boleh mencetak pembentangan keynote anda untuk diedarkan kepada hadirin anda, atau sekadar untuk diberikan kepada sesetengah orang yang kurang celik teknologi. Lagipun, ucapan penting perlu disampaikan kepada semua orang.

Lebih Banyak Design Pembentangan