Laman utama Canva
  1. Cipta Sijil Hadiah

Cipta Baucar Hadiah Yang Menarik

Editor seret dan lepas mudah

3J+ foto dan grafik stok percuma

Jana kandungan dan media dengan AI

Muat turun atau kongsi reka bentuk dengan mudah

Pemberian sijil hadiah yang tepat pada masanya boleh menghilangkan tekanan bagi urusan tersebut. Kini anda boleh membuat reka bentuk permata ini sendiri dengan hanya beberapa klikan di Canva.

How to make a gift certificate - Canva

Buat reka bentuk sijil hadiah yang tiada sesiapapun sanggup membalutnya

Berapa banyakkah acara memberi hadiah yang terdapat dalam setahun? Banyak sekali. Tetapi anda tidak semestinya anda perlu bergegas-gegas ke pusat beli-belah dan keluar masuk kesemua kedainya. Hanya pilih kedai kegemaran penerima anda, beli sijil hadiah mereka dan katakan selamat tinggal kepada kesilapan membeli hadiah selama-lamanya!

Dengan alatan Canva dan pilihan luas susun atur profesional, kini orang yang bukan pereka bentuk turut boleh menghasilkan salah satu hadiah kegemaran ini! Tambah foto anda sendiri atau pilih daripada pustaka gambar yang serba lengkap dengan lebih sejuta imej berkualiti tinggi. Kini semua orang pun boleh memberikan maksud baharu kepada frasa: "pemikiran adalah yang penting."

Cara untuk membuat sijil hadiah

How to make a gift certificate - Canva

Sesuaikan sijil hadiah anda dengan mudah untuk dipadankan dengan jenama anda

Jika usaha anda terbantut apabila memikirkan perlu membuat reka bentuk dari mula, tenangkan diri dan biar kami bantu anda.

Dengan pilihan elemen reka bentuk, foto dan susun atur kami, anda pasti menjumpai elemen yang padan dengan jenama anda atau pencarian anda. Sesuaikan dengan warna jenama anda dan tambah semua butiran yang diperlukan: jumlah, tarikh sah laku, ruangan nama ataupun mesej pendek untuk penerima. Walau apapun penampilan dan gaya jenama anda – anda boleh mencapainya dengan mudah di Canva.

Sijil hadiah yang cantik, yang boleh direka bentuk oleh sesiapa sahaja

Sama ada anda hendak mencipta sijil hadiah untuk hari jadi orang tersayang atau terburu-buru untuk memenuhi tarikh penghantaran untuk kedai anda, anda pasti dapat melakukannya dengan reka bentuk dan alatan ringkas Canva yang sedia digunakan!

Anda boleh memilih daripada koleksi julat susun atur cantik kami yang sedia digunakan, lebih daripada 1 juta imej, ilustrasi dan ikon stok! Jangan risau jika anda bukan pakar reka bentuk. Kami mempunyai antara muka mesra pengguna yang membolehkan anda menyusun atur mengikut personaliti pasaran anda dan penampilan yang anda ingini dengan mudah. Sijil hadiah anda akan disimpan dalam akaun Canva anda untuk kegunaan masa depan atau anda boleh melihat semula reka bentuk anda pada bila-bila masa untuk membuat sebarang perubahan.

Bekerjasama dengan seluruh kumpulan anda dengan mudah

Anda boleh benarkan pasukan pemasaran anda bekerjasama dengan lancar menggunakan platform reka bentuk interaktif kami. Semua orang berpeluang meminjamkan kepakaran reka bentuk mereka dan menyepadukan idea mereka sendiri untuk semakan dan input seluruh pasukan.

Hanya ketik pada butang kongsi dan hantar pautan boleh sunting kepada pasukan anda. Bukan sahaja mereka boleh mengakses set alat Canva yang lengkap, malah mereka turut boleh memuat naik foto mereka sendiri atau mengalih elemen reka bentuk dengan mudah. Dalam Canva, semua ahli pasukan anda–penulis, jurugambar atau juga akauntan–boleh menjadi pereka bentuk.

Kongsikan sijil hadiah anda dalam talian atau cetak dalam peleraian tinggi yang menawan

Adakah anda ingin memuat naik sijil hadiah ke laman web anda untuk pembelian dalam talian atau menghantarnya untuk dicetak melalui mel pos? Tidak perlu berasa runsing kerana butang muat turun Canva yang mudah membolehkan anda berbuat demikian!

Selepas mereka bentuk sepuas hati, hanya hantar reka bentuk anda terus ke Cetakan Canva!(dibuka di tab atau tetingkap baharu) Kami akan mencetak reka bentuk anda dan menghantarnya ke pintu rumah anda. Dan hasilnya! Kini anda mempunyai sijil hadiah yang hebat untuk diberikan kepada pelanggan anda yang paling setia.

Soalan Lazim

Sijil hadiah hendaklah memasukkan:

  • Nama penerima
  • Jumlah yang dianugerahkan
  • Tarikh luput
  • Tandatangan yang dibenarkan
  • Butiran kenalan
  • Sebarang maklumat lain yang berkaitan

Anda mungkin mahu memasukkan Syarat Penggunaan di bahagian belakang sijil atau butiran lain yang menentukan bagaimana sijil harus digunakan.

Sijil hadiah biasanya berorientasikan landskap, berukuran sekitar 8 x 3.75 inci. Sijil yang lebih besar adalah 8.5 x 4 inci dan yang lebih kecil ialah 3.5 x 2 inci. Sijil hadiah adalah lebih besar daripada kad hadiah dan dicetak di atas kertas atau stok kad yang lebih tebal.

Ramai orang menggunakan sans-serif untuk sijil hadiah kerana ia jelas dan mudah dibaca. Anda boleh memilih mana-mana tipografi yang sesuai dengan tema anda, tetapi perlu diingat bahawa terlalu banyak fon atau gaya mewah boleh menjadikan sijil anda kelihatan berserabut. Kekal sederhana, bersih dan jelas.


Lebih Banyak Design Untuk Bisnes