Mudah sahaja untuk mencipta risalah kelab yang menakjubkan dalam Canva, kini dengan pilihan beratus-ratus reka letak percuma.

Anda ingin mencipta risalah kelab tersuai untuk menarik perhatian orang?

Dalam perniagaan hiburan, perkara paling penting ialah tanggapan pertama. Design yang menarik adalah penting untuk menarik perhatian apabila mencipta bahan pemasaran yang asli!

Berita baik – susun atur risalah kelab yang direka secara profesional pada Canva adalah yang terbaik pada web. Canva memudahkan anda mencipta bahan pemasaran yang menakjubkan walaupun tanpa pengalaman design grafik.

Anda hanya perlu menyesuaikan imej, fon dan warna untuk mencipta risalah kelab yang unik, yang pasti disukai oleh hadirin anda. Jika anda ingin menjimatkan masa dan duit dalam penciptaan risalah acara kelab yang seterusnya, pastikan anda mendaftar dengan Canva hari ini.

Cipta risalah kelab yang epik walaupun tanpa pengalaman design grafik

  1. Langkah 1

    Buat akaun Canva baharu untuk mulakan membuat reka bentuk Risalah Kelab anda sendiri

  2. Langkah 2

    Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi templat yang dicipta secara profesional

  3. Langkah 3

    Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok

  4. Langkah 4

    Tetapkan imej anda, tambahkan penapis yang menawan dan sunting teks

  5. Langkah 5

    Simpan dan kongsikan design baharu anda!

Buka Reka Bentuk Risalah Kelab yang Baharu

Semua acara yang laris jualannya bermula dengan pemasaran yang bagus

Usaha menganjurkan acara kelab boleh merunsingkan – tetapi proses mereka bentuk bahan pemasaran anda tidak perlu begitu. Jika anda tiada masa atau peruntukan belanja untuk mengupah pereka bentuk grafik bagi mencipta risalah acara anda yang seterusnya, Canva sedia membantu.

Canva membolehkan anda mencipta, berkongsi dan mempromosikan risalah kelab anda dalam hanya beberapa minit. Selepas mencipta risalah berkualiti tinggi menggunakan alatan rekaan seret dan lepas kami yang sememangnya ringkas, anda boleh berkongsi rekaan anda terus ke media sosial. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada butang Kongsi. Langkah ini membolehkan anda berkongsi rekaan anda pada Facebook, Twitter dan banyak lagi. Ia adalah cara yang bijak dan menjimatkan untuk menyebarkan kata-kata tentang acara anda yang seterusnya.

Sesuaikan imej atau foto stok yang berkualiti tinggi

Anda juga boleh menggunakan fotograf sendiri untuk mencipta risalah tersuai yang hadirin anda tentu sukai! Anda boleh memuat naik seberapa banyak imej sendiri yang anda mahu secara percuma dalam Canva.

Jika anda sedang mencari imej berkualiti tinggi untuk ditambahkan pada risalah anda, pastikan anda melayari pustaka stok kami yang mempunyai lebih 1 juta imej berkualiti tinggi. Kebanyakan imej ini adalah percuma dan imej premium pula hanya berharga sekadar $1.

Cetak risalah anda dalam resolusi tinggi yang menakjubkan

Mudah sahaja untuk memastikan risalah kelab anda kelihatan sebaik (atau lebih baik!) seperti pada skrin anda. Sebaik sahaja anda berpuas hati dengan reka bentuk anda, klik butang ‘Hantar untuk Cetak’ dan biarkan Cetakan Canva menguruskan cetakan risalah anda dalam warna penuh yang memukau dan pilihan kertas serta kemasan yang menarik. Nanti kami akan hantar salinan itu terus ke pintu rumah anda!

Jimat masa anda dengan membuat susun atur yang anda boleh guna berulang kali

Anda tidak perlu bermula tanpa sebarang asas setiap kali anda mencipta risalah kelab yang baharu dalam Canva. Setiap kali anda mencipta design, ia akan disimpan pada laman Canva anda.

Untuk mencipta design baharu, anda hanya perlu seret dan lepas imej baharu dan tukar teks. Semudah itu sahaja.

Jika anda memerlukan bahan promosi lain pula, anda tidak perlu menggunakan perisian design yang lain. Canva mempunyai banyak susun atur poster, banner Facebook, dan imej pengepala Twitter.

Sudah mendapat ilham? Mula membuat design

Canva ialah platform dalam talian percuma yang membolehkan anda untuk membuat design yang menakjubkan tanpa kemahiran design grafik. Semua susun atur dalam pustaka kami adalah percuma untuk digunakan mengikut kesukaan anda.

Tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa untuk menggunakan Canva pada web. Hanya pergi ke www.canva.com dan cipta akaun dalam talian untuk bermula. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun Canva pada peranti iPhone, iPad dan Android anda, yang membolehkan anda membuat reka bentuk di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja!

More Designs