1. Cipta Kad Ucapan Terima Kasih Perkahwinan

Kad Ucapan Terima Kasih (Majlis Perkahwinan)

Setelah anda membuka kesemua hadiah dan sampul surat, luahkan tanda penghargaan anda untuk setiap hadiah perkahwinan, kecil atau besar, dengan membuat reka bentuk kad ucapan terima kasih perkahwinan anda yang menawan di Canva.

Mockup_Wedding Thank You Card 1-01

Hasilkan kad ucapan terima kasih yang elegan untuk orang yang tersayang

Hari perkahwinan anda akhirnya selesai: naik turun emosi, saat-saat gementar dan bersalam mesra dengan ahli keluarga dan rakan. Kinilah masa untuk anda dan pasangan anda untuk memulakan hidup bersama sebagai pasangan berkahwin… tapi anda perlu menghantar semua kad ucapan terima kasih lagi!

Jangan takut, ada Canva! Membuat design dan menghantar kad ucapan terima kasih yang peribadi dan menyentuh hati kepada tetamu perkahwinan anda hanya beberapa langkah yang mudah. Koleksi susun atur kami yang bergaya, moden dan senang digunakan boleh membantu anda menghantar semua penghargaan anda supaya anda boleh kembali meraikan nikmat perkahwinan.

Buat design kad ucapan terima kasih yang menawan dalam masa lima minit

Mula senarai: Buat design kad ucapan terima kasih yang menawan dalam masa lima minit

Langkah 1

Buka Canva dan pilih jenis design “Kad”.

Langkah 2

Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.

Langkah 3

Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

Langkah 4

Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

Langkah 5

Simpan dan kongsi.

Tamat senarai: Buat design kad ucapan terima kasih yang menawan dalam masa lima minit
Mula Membuat Reka Bentuk Kad Terima Kasih Perkahwinan

Buka Canva dan pilih jenis design “Kad”.

Pilih daripada pustaka kami yang mengandungi unsur design grafik profesional seperti banner, ikon, bingkai dan banyak lagi.

Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.

Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.

Simpan dan kongsi.

Mula Membuat Reka Bentuk Kad Terima Kasih Perkahwinan

Sertakan foto perkahwinan anda dan hiaskannya dengan imej berkualiti tinggi daripada pustaka kami

Biar tetamu anda mengenang kembali hari perkahwinan anda dengan menambah beberapa gambar detik istimewa pada kad ucapan terima kasih anda! Cukup mudah untuk memasukkan foto daripada jurugambar perkahwinan anda terus ke mana-mana susun atur kami, kemudian memangkas, menyunting atau menapisnya untuk dipadankan dengan mood yang sebenar.

Anda mahukan masa penghantaran yang lebih cepat? Berikan capaian design anda kepada jurugambar perkahwinan anda dengan menandai kotak “Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk yang boleh disunting” agar mereka boleh memuat naik foto perkahwinan anda sebaik sahaja foto tersebut tersedia.

Adakah jurugambar anda terlepas saat Ibu dan Ayah memeluk anda dengan erat? Cari koleksi kami yang mengandungi lebih daripada 1 juta foto dan imej stok renda, kelopak bunga, pelamin atau apa-apa sahaja yang mengingatkan hari istimewa anda. Dengan banyak imej tersedia secara percuma dan imej premium berharga hanya $1, tiada sebab untuk melupakan kenangan hari perkahwinan anda.

Cetak kad ucapan terima kasih anda yang cantik sebagai kenangan pada hari kemudian

Setelah anda pastikan kad ucapan terima kasih anda tepat, anda boleh sediakannya untuk dicetak dalam beberapa minit. Hanya klik “Muat turun” dan pilih “PDF berkualiti tinggi” untuk fail dengan warna yang meriah dan imej resolusi tinggi. Anda boleh cetak kad ucapan terima kasih anda terus daripada pencetak rumah anda, atau jika anda hendak menggunakan kertas istimewa, hantar fail anda kepada pakar pencetakan. Anda cuma perlu letakkan tanda tangan, lekatkan setem dan hantar.

Kongsikan kad ucapan terima kasih anda pada media sosial

Anda mahu kad ucapan terima kasih anda diedarkan segera? Akses Canva dan semua reka bentuk anda di mana-mana sahaja terdapat sambungan Internet atau luahkan kreativiti dari peranti mudah alih anda dengan aplikasi iOS dan Android percuma kami. Penghantaran kad ucapan terima kasih perkahwinan anda boleh dilakukan dengan hanya beberapa minit dari mana-mana komputer!

Ciri mudah hantar kami memudahkan anda untuk berkongsi kad ucapan terima kasih anda ke dalam talian supaya tetamu boleh mengingati hari penting anda sebelum ia pudar dari ingatan. Hanya klik “Kongsi” untuk menyiarkan kad ucapan terima kasih anda pada X (dahulunya Twitter) atau Facebook atau tampal senarai tetamu anda ke dalam fungsi kongsi untuk menghantar kad anda ke setiap peti masuk e-mel tetamu.


More Designs