Biar Canva membantu anda mereka bentuk tiket anda yang unik untuk menjadikan majlis anda lebih istimewa.
Jika anda mengadakan majlis, maka tiket tersuai dengan rekaan yang cantik dan mampu milik adalah paling sesuai untuk anda. Tiket majlis bukan hanya berfungsi untuk tujuan kebenaran masuk ke majlis, tetapi ia juga merupakan cara yang hebat untuk membangkitkan keterujaan bagi majlis yang bakal berlangsung.
Gunakan antara muka navigasi Canva yang mudah untuk mudah menjadi kreatif dengan tiket majlis anda dan menggunakan kos yang minimum. Hanya pilih mana-mana tempat hebat kami dan sesuaikan design anda mengikut kesukaan anda. Dengan Canva, anda boleh membuat design tiket majlis yang bergaya dan menarik perhatian yang mewujudkan kemeriahan sebelum majlis bermula.
Selepas memilih templat yang sesuai dengan majlis anda, anda boleh menyesuaikannya dengan mudah menggunakan butiran majlis, salinan, imej serta logo anda sendiri. Anda tidak mempunyai imej? Tiada masalah. Anda boleh memilih imej yang menarik daripada koleksi kami yang banyak untuk menjadikan tiket majlis anda lebih menyerlah.
Koleksi kami benar-benar banyak dan anda boleh mencapai pustaka Canva yang terdiri daripada lebih 1 juta foto stok, imej dan unsur design untuk menghasilkan tiket majlis anda sendiri. Kami mempunyai pelbagai jenis imej yang percuma dan perkara yang paling baik ialah sebarang imej premium yang anda minati hanya berharga $1. Tiket majlis yang mampu milik tetapi juga bergaya? Ya, ia penyelesaian yang sesuai sekali.
Canva memudahkan penerimaan maklum balas dan kerjasama. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh berkongsi design tiket majlis anda dengan kenalan, rakan sekerja dan rakan-rakan dengan pilihan melihat atau mengedit untuk mereka. Anda juga boleh menge-melkan design anda terus kepada sesiapa yang anda suka atau dapatkan sahaja pautan boleh kongsi untuk sesiapa yang memerlukan URL langsung.
Adakah anda ingin mendapat maklum balas pada media sosial? Bagus! Dengan Canva, anda boleh mengirim tweet design tiket majlis anda yang hebat kepada pengikut anda atau berkongsi secara langsung pada Facebook — dengan cara ini, sesiapa sahaja boleh memberikan pendapat mereka.
Adakah anda ingat pada suatu masa dahulu, anda akan melekatkan tiket pada dinding bilik tidur anda sebagai kenangan? Tentu banyak yang anda boleh mengenangkan dengannya. Tiket majlis boleh menjadi lebih daripada sekadar pas masuk dan Canva akan membantu anda untuk menghasilkan karya seni yang sentimental. Apabila anda mencetaknya, ia akan kelihatan menarik sehingga para hadirin anda tidak sanggup untuk membuangnya.
Setelah tiket majlis anda siap, kami membuatnya mudah untuk dicetak dan dihantar. Anda boleh saja mengklik pada butang “Muat turun” dan simpan tiket majlis anda sebagai PDF untuk mencetaknya sendiri. Ataupun, sebagai alternatif, kami boleh membantu anda untuk mencetak design anda secara profesional, melengkapkannya dengan tanda pangkas dan santak.
Adakah anda mahu berjimat untuk kos cetakan dan memilih untuk mengedarkan tiket majlis anda melalui e-mel? Semua perkara itu juga mudah dilakukan. Anda boleh menyimpan dan memuat turun design anda dalam resolusi tinggi — dan semua design Canva juga kelihatan cantik pada skrin.
Buat design Tiket Majlis yang mudah dikenali dengan memuat naik logo anda menggunakan palet warna jenama anda dan fon yang konsisten.
Ya! Muat turun aplikasi iPhone dan iPad kami dari App Store atau aplikasi Android kami dari Google Play untuk mereka bentuk dari pejabat, rumah atau di mana-mana sahaja!Ataupun pergi ke www.canva.com untuk mencipta reka bentuk di web tanpa perlu memuat turun atau memasang apa-apa.
Kerjasama dalam Canva membolehkan anda membuat design dengan ahli sepasukan. Untuk membenarkan orang lain menyunting design anda, hanya tandai kotak di sebelah ‘Kongsi/e-mel sebagai reka bentuk boleh sunting’. Cara ini membolehkan mereka menyunting design anda dalam akaun Canva peribadi mereka.