Buat design jemputan berkesan yang unik menggunakan pembuat jemputan e-mel Canva yang mudah digunakan!
Acara anda mula disediakan sebaik sahaja anda menghantar jemputan. Keputusan sama ada untuk menghadiri atau tidak akan bergantung pada isi kandungan jemputan anda. Itulah sebab anda perlu memastikan jemputan anda tampil dengan cara yang paling menarik perhatian!
Tinggalkan jemputan e-mel yang biasa dan tidak imaginatif — di Canva, terdapat ratusan imej dan grafik yang berkualiti tinggi serta templat yang direka bentuk secara profesional mengikut kehendak anda, semuanya untuk membantu dalam penciptaan jemputan tersuai karya anda sendiri. Dengan hanya sedikit imaginasi dan luahan kreativiti (serta idea jemputan daripada kami), anda boleh membuat jemputan unik dan diperibadikan yang menyampaikan ucapan tahap peribadi kepada penerima…anda tidak perlu menggunakan jemputan e-mel tanpa inspirasi lagi!
Jemputan perlu menambat hati rakan, orang tersayang dan orang lain yang penting dalam hidup anda untuk bersama-sama berkongsi peristiwa penting dalam kehidupan anda dalam acara anda, dan cara yang terbaik untuk menarik perhatian mereka adalah dengan jemputan tersuai yang indah. Anda boleh menggunakan fotograf peribadi milik anda pada jemputan agar berciri lebih peribadi, dan cara ini 100% percuma! Anda turut boleh meneliti daripada 1 juta imej, grafik dan ilustrasi berkualiti tinggi Canva yang sebahagiannya percuma, manakala imej premium cuma berharga $1 setiap satu.
Terdapat pilihan ratusan templat yang dihasilkan secara profesional untuk memulakan reka bentukdesign anda. Templat tersebut dicipta dengan mahir oleh kumpulan pereka bentuk kami yang menakjubkan, dan memberi anda design menarik yang boleh disiapkan dengan menyeret dan melepaskan unsur tambahan ke dalam templat tersebut.
Anda turut boleh menggunakan templat yang sama mengikut kesukaan anda, jadi anda tidak perlu bermula daripada sifar setiap kali. Setiap kali anda membuat design pada Canva, ia akan disimpan pada laman anda, yang anda boleh capai semula pada bila-bila masa, dan kemudian menyeret dan melepaskan imej, teks dan kesan untuk design serba baharu. Semudah itu sahaja!
Sesuai dengan namanya, jemputan ini seharusnya dihantar melalui e-mel — yang boleh dilakukan dengan memasukkan alamat e-mel penerima di bawah butang “Kongsi” Canva yang tangkas. Pilihan perkongsian kami turut membolehkan anda menerbitkan jemputan melalui media sosial agar anda boleh mengetag sahaja rakan anda!
Cara lain adalah dengan memuat turun reka bentuk anda dalam JPG, PNG atau PDF dan lampirkan fail tersebut pada mesej e-mel anda. Hanya pilih butang muat turun pada skrin anda dan simpan fail anda sebagai imej atau PDF berkualiti tinggi, semudah itu sahaja! Kini anda mempunyai jemputan e-mel yang boleh dihantar kepada senarai kenalan anda.
Hanya pergi ke www.canva.com untuk mula mencipta reka bentuk anda. Anda tidak perlu memuat turun Canva, cuma cipta akaun dan log masuk. Jika anda ingin mereka bentuk di mana-mana sahaja, muat turun aplikasi iPhone dan iPad percuma kami dari app store atau aplikasi Android percuma kami dari Google Play.
Jika butiran acara anda bertukar – usah berasa tertekan! Butiran kecil boleh ditukar dengan mudah dalam Canva. Reka bentuk anda akan disimpan secara automatik di bahagian “Reka Bentuk Saya”pada laman Canva anda dan anda boleh menyunting serta menyimpannya seberapa kerap yang anda mahu.
Mereka bentuk dalam Canva adalah percuma! Pustaka susun atur kami telah dicipta oleh pereka bentuk yang hebat, memudahkan anda untuk mencipta reka bentuk profesional dengan hanya beberapa klik. Jika anda menggunakan imej anda sendiri dalam reka bentuk anda, seluruh proses adalah percuma. Anda juga boleh memilih dari pustaka Canva yang mengandungi lebih juta imej, grafik dan ilustrasi. Kebanyakan imej ini juga percuma, manakala yang lain berharga $ sahaja.