

Editor seret dan lepas mudah
1J+ templat direka bentuk secara profesional
Jana kandungan dan media dengan AI
Jemput orang lain dan reka bentuk bersama
Reka bentuk dan cetak kepala surat yang membina identiti perniagaan anda dan memberi tanggapan yang berkekalan.

Mel pos belum ditamatkan perkhidmatan. Sebenarnya, era e-mel secara tidak langsung memberi surat pos biasa kesan tambahan. Namun, walaupun berbekalkan nostalgia dan desakan pada pihak anda, sama ada surat anda akan dibaca atau tidak masih bergantung pada cara anda mempersembahkan mesej anda secara visual. Apabila surat anda dibuka, apakah perkara pertama yang dilihat oleh pembaca?
Pertama sekali, anda perlu ingat bahawa peti mel yang sebenar pun turut menerima spam. Sebelum membuat keputusan, pembaca anda akan melihat cara maklumat itu dibentangkan secara visual. Di Canva, anda tidak perlu bimbang tentang cara anda harus melakukannya. Anda boleh memilih sahaja daripada pelbagai pilihan reka letak kepala surat yang disediakan dan mula mengirim surat-surat tersebut!
Magic Studio™ menghimpunkan alat dikuasakan oleh AI yang terbaik untuk anda dan pasukan anda bagi membantu anda mereka bentuk dengan lebih mudah, pantas dan kreatif.
Suatu ketika dahulu, penciptaan kepala surat dalam pemproses kata pernah menjadi perkara biasa. Kini tidak lagi. Tiada siapapun yang mahukan reka bentuk dan surat pemproses kata yang kelihatan remeh atau membosankan!
Dengan Canva, anda boleh memilih daripada pelbagai reka letak profesional kami yang sedia digunakan, iaitu lebih 1 juta imej, ilustrasi dan ikon stok. Kemudian, kepala surat anda akan disimpan dalam akaun Canva anda untuk kegunaan masa depan atau anda boleh melihat semula reka bentuk anda pada bila-bila masa untuk membuat perubahan.
Minta ahli pasukan pemasaran anda mengusahakannya juga menggunakan platform reka bentuk interaktif kami! Di Canva, semua orang berpeluang menyumbangkan idea bernas kepala surat mereka. Hanya ketik pada butang kongsi dan hantar pautan boleh diedit kepada pasukan anda. Mereka bukan sahaja akan mempunyai akses kepada set alat Canva yang lengkap, mereka juga boleh memuat naik foto mereka sendiri atau menggerakkan elemen reka bentuk dengan mudah.
Selain itu, kami faham bahawa anda dan pasukan anda boleh menjadi sangat sibuk, jadi kami memberi anda keupayaan untuk mereka bentuk di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Hanya tambahkan Canva pada peranti mudah alih anda dengan memuat turun aplikasi percuma kami pada peranti iPhone, iPad atau Android anda.
Benarkan kepala surat anda mempamerkan identiti visual jenama anda yang sudah mengagumkan!
Muat naik elemen dan warna jenama anda serta susun elemen jenama anda dengan mudah menggunakan antara muka seret dan lepas Canva yang mudah. Setelah anda selesai mereka bentuk, anda boleh memuat turun reka bentuk anda sebagai imej atau PDF yang berkualiti tinggi.
Selaraskan identiti anda pada cetakan dan digital dengan membuat e-mel menggunakan reka bentuk kepala surat anda! Hantar dalam talian melalui sebaran e-mel, media sosial atau dengan hanya memuat naik ke tapak web anda. Hanya klik pada butang Muat turun dan simpan reka bentuk anda sebagai imej atau PDF yang berkualiti tinggi untuk sebarang cetakan atau penggunaan digital yang anda fikirkan!
Ingin memastikan kepala surat anda kelihatan sebaik seperti pada skrin? Teruskan dan hantar reka bentuk anda terus ke Canva Print. Kami akan menghasilkan kepala surat anda dengan pilihan kertas, warna dan kemasan yang berkualiti terbaik. Malah, kami akan menghantar terus ke pintu rumah anda.
Kepala surat anda tidak perlu digunakan pada setiap halaman. Selepas halaman pertama, anda boleh menggunakan kertas surat berkepala biasa. Tujuan kepala surat adalah untuk memperkenalkan jenama peribadi atau perniagaan anda, jadi tidak perlu terus digunakan pada setiap halaman.
Kepala surat ialah tajuk di bahagian atas dokumen yang merangkumi logo, nama perniagaan dan maklumat hubungan anda. Kepala surat biasanya diletakkan di sebelah kiri atau kanan surat dan sepadan dengan tema kertas surat berkepala.
Kepala surat boleh merangkumi nama, logo, maklumat hubungan dan tapak web anda. Dalam sesetengah kes, jika anda merupakan peniaga perseorangan, anda mungkin ingin menambah nombor pendaftaran syarikat anda. Jika anda berada dalam perkongsian, pastikan semua rakan kongsi dalam syarikat itu disebutkan dalam kepala surat, bukan hanya seorang.