Alat reka bentuk seret dan lepas Canva yang ringkas memudahkan anda mencipta pengepala e-mel yang dapat dilihat, dibaca dan dihargai.
Zaman e-mel yang mempunyai teks sahaja telah lama berlalu — e-mel kini perlu berbentuk ringkas, tepat dan tersebar luar. Sama ada anda sedang mengarang e-mel pemasaran untuk kerja atau menulis nota peribadi dengan sedikit unsur kasih sayang, Canva boleh membantu anda membuat pengepala e-mel yang bergaya untuk menghiasi bahagian atas surat-menyurat anda.
Buka Canva dan pilih jenis design “Pengepala E-mel”.
Pilih daripada pustaka susun atur yang direka bentuk dengan cantik.
Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
Simpan dan kongsi.
Adakah anda seorang ahli bahasa tetapi bukanlah seorang artis? Adakah anda boleh menulis soneta tetapi kurang mahir dalam pemilihan fon yang hebat? Tiada masalah! Canva mempunyai banyak pilihan susun atur pengepala e-mel yang menonjol, cantik dan moden, justeru anda boleh tumpukan pada penulisan anda.
Pilih susun atur, kemudian muat naik foto anda sendiri untuk memberikan gaya tersendiri kepada pengepala e-mel anda. Jika anda tidak menjumpai gambar matahari terbenam yang sesuai dalam album foto anda, Canva mempunyai lebih 1 juta foto dan imej stok untuk menyempurnakan e-mel anda. Dengan pelbagai pilihan imej percuma dan imej premium tersedia hanya berharga $1, cukuplah bahan untuk memulakan e-mel anda dengan kuat.
Katakanlah anda ingin mengeluarkan keluaran surat berita pengembaraan gua anda seterusnya yang popular dengan cepat. Dengan Canva, mudah sahaja untuk membuat pendua bagi design anda, sunting bahagian yang anda perlukan dan sediakan pengepala e-mel bagi keluaran pengembaraan gua anda yang seterusnya untuk sampai kepada pembaca anda.
Canva menyimpan semua projek reka bentuk anda dalam awan, jadi anda boleh mencapai, mengedit dan berkongsinya di mana-mana sahaja terdapat sambungan Internet. Dengan aplikasi iOS dan Android percuma Canva, anda turut boleh mengemas kini pengepala e-mel anda di mana-mana sahaja ataupun di dasar gua (walaupun anda mungkin perlu naik ke permukaan sebelum dapat menghantarnya).
Mengapakah perlu berhenti setakat e-mel sahaja? Pastikan anda memanfaatkan pengepala e-mel anda sepenuhnya dengan berkongsi merentasi semua saluran media sosial anda. Hanya klik pada butang Kongsi untuk menyiarkan rekaan anda terus ke media sosial seperti Facebook atau Twitter.