1. Cipta Surat Pengiring

Pembuat surat pengiring dalam talian percuma

Tarik perhatian bakal majikan anda serta-merta dan cipta kesan pertama yang terbaik dengan surat pengiring yang hebat. Mula menyesuaikan prakata permohonan pekerjaan anda hari ini dengan pembuat surat pengiring percuma Canva dan tingkatkan peluang untuk mencapai pekerjaan impian anda .

Create Cover Letters

Lihat arah tujuan penulisan secara visual membawa anda

Surat pengiring boleh membantu atau merosakkan permohonan anda, dan hanya 17% kemungkinan bakal majikan anda akan membaca surat ini. Itulah sebabnya agak penting untuk membuat ini dengan betul dan meyakinkan bakal majikan anda yang surat ini patut dibaca. Tarik perhatian bakal majikan serta-merta dengan surat yang tampak profesional dan dengan visual menarik yang menggambarkan pengalaman dan kemahiran anda dengan efektif.

Dengan pembuat surat pengiring dalam talian percuma Canva, anda boleh memilih sendiri reka bentuk daripada pelbagai templat yang direka secara profesional kami, menulis mesej yang dikarang dengan terancang, dan anda sudah bersedia. Sesuaikan surat anda dengan unsur reka bentuk daripada pustaka kami yang anda boleh seret dan lepas untuk menukar fon dan warna atau menambah ikon dan vektor mengikut keinginan anda. Anda boleh sesuaikan surat mengikut syarikat yang anda pohon,untuk menyesuaikan surat ini .

Cara membuat pengiring surat

Mula senarai: Cara membuat pengiring surat

Mula berinspirasi

Lancar Canva dan cari "Surat Pengiring" untuk mencari idea anda boleh menyesuaikan kepada tema atau gaya yang anda ingin.

Pilih reka bentuk

Pilih templat percuma yang menepati idea anda atau penerima surat pengiring dan permohonan pekerjaan anda. Semak seimbas lalu reka bentuk yang sedia cipta dan pilih daripada format dan gaya berbeza, atau yang sepadan dengan templat resume yang anda pernah guna dalam Canva. Anda juga boleh bermula daripada mula dengan susun atur kosong.

Peribadikan mesej anda

Edit reka bentuk dalam editor intuitif kami. Perbaiki unsur dalam susun atur seperti memilih fon yang lain, menambah ikon kecil, atau melaraskan skema warna. Yang paling penting, jangan lupa mesej surat pengiring anda.

Temui ciri

Lihat pustaka stok meluas kami untuk memilih unsur grafik yang anda boleh tambah pada surat pengiring anda. Gunakan ikon, ilustrasi, bentuk percuma dan premium dan banyak lagi untuk menyampaikan kepakaran dan pengalaman anda secara visual.

Hantar mesej anda

Anda kini bersedia untuk mendapatkan pekerjaan tersebut dengan surat pengiring tersuai. Simpan dan muat turun reka bentuk anda dalam fail PDF untuk berkongsi reka bentuk dalam talian atau cetak dalam kualiti yang tinggi. Lampirkan resume anda, yang anda boleh cipta dalam Canva.
Tamat senarai: Cara membuat pengiring surat
Cipta surat pengiring

Serlahkan diri daripada yang lain

Maksimumkan kesan positif surat pengiring anda kepada permohonan pekerjaan anda. Muncul teratas antara khalayak pemohon yang bercita-cita tinggi dengan menulis surat pengenalan diri anda yang menarik dan menyerlahkan keupayaan dan kemahiran anda. Lampirkan dengan surat pengiring yang tampak menarik daripada templat sedia cipta percuma kami. Selain itu, terdapat juga reka bentuk resume yang sepadan dalam pustaka kami!

Pilih susun atur estetik yang boleh disesuaikan dengan mudah dengan pembuat surat pengiring dalam talian percuma Canva. Anda boleh menerapkan gaya yang lembut atau berani tetapi jangan lupa untuk memadankan dengan penjenamaan syarikat atau menyesuaikan dengan industri anda. Tarik perhatian pengurus pengambilan pekerja supaya anda dapat panggilan balik dengan segera.

Berikan mereka sekilas gambaran tentang anda

Surat pengiring anda ialah cara anda berkongsi kisah kerjaya anda dengan mahir dan dengan sentuhan peribadi. Jangan hanya menulis frasa resume dalam mesej anda. Cuba libatkan deria visual mereka dengan kata-kata yang berorientasikan tindakan untuk memerihalkan prestasi dan kepakaran anda. Atau mungkin masukkan unsur grafik menarik untuk melengkapkan mesej anda?

Capai pelbagai bahan reka bentuk apabila anda membuat pengeditan menggunakan pembuat surat pengiring Canva. Tunjukkan kepada mereka gambaran sepintas lalu personaliti dan gaya anda. Tambah ikon, bentuk, bidai dan gaya fon yang menyampaikan hasrat anda namun tampak profesional dan penuh tekad.

Hantar reka bentuk menarik yang berbaloi dibaca

Anda tidak perlu membaca maksud yang tersirat untuk mencipta prolog yang menarik kepada resume anda. Sama ada anda baru sahaja bermula atau berada di kalangan pereka bentuk ternama, pembuat surat pengiring Canva boleh melakukan ini dan tanpa cela. Lakukan ini dengan mudah dengan editor intuitif kami dan nikmati penggunaan fungsi seret dan lepas sepenuhnya. Kini anda tidak perlu risau tentang penciptaan surat pengiring yang mantap semasa mencari pekerjaan. Anda boleh memberikan fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada penyediaan lain dan menulis surat pengiring yang berbaloi dibaca dan dilihat dengan mudah.

Soalan Lazim

Surat pengiring ialah dokumen, yang biasanya dalam 250 sehingga 400 perkataan, yang membantu resume dengan menjelaskan secara perinci kelayakan dan pengalaman pada tahap yang lebih peribadi.

Surat pengiring anda tidak semestinya dokumen satu halaman yang membosankan. Ikuti format surat perniagaan biasa anda, seperti pengepala, ucapan pembuka surat, isi utama dan kata penutup. Kemudian, tambahkan gaya kreatif yang sepadan dengan kehalusan atau kekreatifan industri atau bakal majikan anda. Cari fon serif atau san serif yang mudah dibaca atau sekurang-kurangnya tetapkan satu muka taip. Berhati-hati dengan saiz, pilihan warna, jidar, penjajaran dan jarak teks anda.

Surat pengiring mungkin tidak diperlukan setiap kali, tetapi mengirimkan surat ini selalunya bermanfaat. Pakar menyarankan surat ini adalah satu-satunya cara anda menjelaskan butiran resume anda yang tidak disimpulkan secara langsung, seperti sela pekerjaan dan peralihan utama kerjaya. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengenalkan diri anda dan biarkan bakal majikan anda mempertimbangkan pembawaan dan tahap minat anda.

Lebih Banyak Reka Bentuk