Selaraskan surat anda dengan identiti perniagaan anda dan karang mesej tersendiri untuk menarik perhatian.

Mockup_Pembuat Kepala Surat 1-01

Hantar nota menawan yang dihiasi reka bentuk kepala surat yang tersendiri

Mel kiriman belum ketinggalan zaman. Hakikatnya, era e-mel sebenarnya memberikan kesan pacuan kepada mel kiriman. Namun, walaupun berbekalkan nostalgia dan desakan pada pihak anda, sama ada surat anda akan dibaca atau tidak akan tetap bergantung pada cara anda mempersembahkan mesej anda secara visual. Apabila surat anda dibuka, apakah perkara pertama yang dilihat oleh pembaca?

Pertama sekali, anda perlu ingat bahawa peti mel yang sebenar pun turut menerima spam. Sebelum membuat keputusan, pembaca anda akan melihat cara maklumat itu dibentangkan secara visual. Di Canva, anda tidak perlu risau tentang cara anda harus melakukannya. Anda boleh memilih sahaja daripada pelbagai pilihan susun atur kepala surat yang disediakan dan mula mengirim surat-surat tersebut!

Kepala surat profesional hanya di hujung jari anda

  1. Buka Canva dan pilih jenis design “Kepala Surat”.
  2. Pilih daripada pustaka susun atur yang direka bentuk dengan cantik.
  3. Muat naik foto anda atau pilih daripada lebih 1 juta imej stok.
  4. Betulkan imej anda, tambah penapis yang menarik dan sunting teks.
  5. Simpan dan kongsi.

Masukkan susun atur kepala surat anda dengan personaliti jenama anda

  1. Tukar imej. Muat naik imej anda sendiri atau pilih daripada pustaka stok kami yang mengandungi lebih 1 juta fotograf, grafik dan ilustrasi.
  2. Tukar fon. Pilih daripada lebih 130 fon baharu.
  3. Tukar latar. Pilih latar daripada pustaka kami atau gunakan imej.
  4. Tukar warna. Tukar warna kotak teks dan teks untuk menghasilkan gaya tambahan.

Sokong mesej kata-kata manis anda dengan kepala surat yang menawan

Suatu ketika dahulu, penciptaan kepala surat dalam pemproses kata merupakan perkara biasa. Kini tidak lagi. Tiada orang mahukan design dan huruf pemproses kata yang kelihatan remeh atau membosankan!

Dengan Canva, anda boleh memilih daripada koleksi susun atur profesional kami yang sedia digunakan, iaitu lebih 1 juta imej, ilustrasi dan ikon stok. Kemudian, kepala surat anda akan disimpan dalam akaun Canva anda untuk kegunaan masa depan atau anda boleh melihat semula design itu pada bila-bila masa untuk membuat perubahan.

Bekerjasama dengan seluruh pasukan anda untuk membuat design kepala surat yang menawan

Minta ahli pasukan pemasaran anda mengusahakannya juga menggunakan platform design interaktif kami! Dalam Canva, semua orang berpeluang menyumbangkan idea bernas untuk mencipta kepala surat yang mengagumkan.Hanya ketik pada butang kongsi dan hantar pautan boleh sunting kepada pasukan anda. Mereka bukan sahaja boleh mencapai set alatan Canva yang lengkap, malah mereka turut boleh memuat naik foto sendiri atau mengalih unsur design dengan mudah.

Selain itu, kami faham bahawa anda dan pasukan anda mungkin sangat sibuk, jadi kami memberi anda keupayaan untuk mereka bentuk di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Hanya tambahkan Canva ke peranti mudah alih anda dengan memuat turun aplikasi percuma kami pada peranti iPhone, iPad atau Android anda.

Muat naik unsur jenama anda sendiri pada kepala surat anda

Biar kepala surat anda memperagakan jenama anda - identiti visual yang menakjubkan!

Muat naik unsur jenama dan warna anda serta susun unsur jenama anda dengan mudah menggunakan antara muka seret dan lepas Canva yang mudah. Setelah anda selesai membuat design, anda boleh memuat turun design anda sebagai imej atau PDF berkualiti tinggi.

Kongsikan kad kepala surat anda dengan dunia dalam talian

Segerakkan identiti anda pada cetakan dan digital dengan membuat e-mel yang mempunyai reka bentuk kepala surat anda! Hantarkannya dalam talian melalui e-mel, media sosial atau dengan hanya memuat naik ke tapak web anda.Hanya pergi ke butang muat turun pada bahagian atas kanan halaman anda dan simpan reka bentuk anda sebagai imej atau PDF berkualiti tinggi bagi sebarang kegunaan untuk mencetak atau kegunaan digital yang anda inginkan!

Ingin pastikan kepala surat anda kelihatan sebaik seperti pada skrin? Teruskan mereka bentuk dan hantar reka bentuk anda ke Cetakan Canva. Kami akan menghasilkan kepala surat anda dengan pilihan kertas, warna dan kemasan berkualiti terbaik. Malah, kami akan menghantarnya terus ke pintu rumah anda.