

Editor seret dan lepas mudah
1J+ templat direka bentuk secara profesional
Cuba aplikasi reka bentuk dan kerja kami
Jemput orang lain dan reka bentuk bersama
Biar Canva membantu anda berfikir di luar daripada kebiasaan dan mereka bentuk label yang menghubungkan vintaj anda pada jenama peribadi anda.

Tidak kira jenis wain anda – wain merah, wain putih, sedap dan berperisa atau berbuih, Canva boleh membantu anda mereka bentuk label wain yang sesuai. Malah, jika semua design hebat bermula dengan konsep yang menarik, maka anda pastinya perlukan label tema wain rekaan kami yang cantik.
Alat design seret dan lepas kami juga membolehkan anda menyesuaikan label anda semaksimum – atau seminimum – yang anda suka! Pilih fon pelengkap untuk membuat design yang penuh dengan hiasan dan bertema klasik yang diinspirasikan oleh label wain Old World atau dapatkan sesuatu yang lebih funki dan menyeronokkan. Gunakan alat design seret dan lepas Canva untuk membuat design yang melambangkan vintaj peribadi anda.
Pilih banyak templat label yang hebat untuk diletakkan pada botol wain anda dengan menyesuaikan pelbagai unsur design dalam susun atur. Pustaka kami terdiri lebih daripada berjuta-juta foto stok, imej dan unsur design yang menjadikannya mudah untuk menambah sentuhan anda sendiri. JIka anda tidak mahu menggunakan imej percuma, imej premium kami hanya berharga $1 untuk setiap sekali penggunaan.
Anda juga boleh memuat naik logo, foto, atau ilustrasi anda sendiri. Walau apa-apa sahaja, hanya seret dan lepaskan imej pada design anda dan selaraskannya sehingga ia kelihatan menarik.
Anda tidak perlu berhenti di situ sahaja. Maklumkan kepada seluruh dunia atau sekurang-kurangnya kepada rakan-rakan dan keluarga anda. Jika anda baru memulakan perusahaan wain, anda mungkin mahu rakan-rakan connoisseur wain anda untuk melihat produk yang anda sedang usahakan.
Walaupun anda bekerjasama dengan kumpulan anda di tempat lain, Canva membuatkan anda bekerjasama dengan mudah untuk menghasilkan design. Klik ‘Kongsi’ untuk menghantarkannya melalui e-mel secara langsung kepada kenalan atau menghantar pautan kepada sesiapa yang memerlukannya. Anda juga boleh meminta komen tentang karya seni anda. Malah, jika anda benar-benar mahu berkongsi design anda di seluruh dunia, anda boleh masukkannya pada X (dahulunya Twitter) atau Facebook yang hanya memerlukan satu klik lagi pada butang ‘Kongsi’.
Anda boleh memperoleh design anda daripada skrin dan meletakkannya pada botol anda semudah mengklik butang ‘Muat turun’. Simpan design anda sebagai PDF berkualiti tinggi untuk mencetaknya di rumah atau pada pencetak profesional. Akhirnya, semuanya siap! Perkara yang tinggal hanyalah untuk menyambutnya dan minum wain yang mempunyai label baharu anda – bergembiralah!
Canva ialah platform dalam talian percuma yang membolehkan anda untuk membuat design yang menakjubkan tanpa kemahiran design grafik. Semua susun atur dalam pustaka kami adalah percuma untuk digunakan mengikut kesukaan anda. Tidak perlu memuat turun atau memasang apa-apa untuk menggunakan Canva pada web. Hanya pergi ke www.canva.com dan cipta akaun dalam talian untuk bermula. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun Canva pada peranti iOS dan Android anda, yang membolehkan anda membuat reka bentuk di rumah, tempat kerja atau di mana-mana sahaja!
Buat Label Wain yang mudah dikenali dengan memuat naik logo anda menggunakan palet warna jenama anda dan fon yang konsisten.
Membuat design Label Wain dalam Canva adalah percuma! Pustaka susun atur kad kami dibuat oleh pereka bentuk yang hebat yang menjadikannya mudah untuk anda membuat design profesional dalam beberapa klik. Jika anda menggunakan imej anda sendiri dalam design anda, seluruh proses adalah percuma. Anda juga boleh memilih daripada pustaka Canva yang mengandungi lebih 1 juta imej, grafik dan ilustrasi. Kebanyakan imej ini juga percuma, manakala selebihnya berharga $1 setiap satu.